JPAN SARAWAK
» Bangunan JPAN Sarawak yang beralamat di Aras Bawah, Lot 433, Seksyen 65, KTLD, Jalan Matang 93050 Kuching, Sarawak. .
PROSPEK PERNIAGAAN LUAS UNTUK KOPERASI KELUARGA DI SARAWAK
Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin Pengerusi JPAN Sarawak
kadar yang perlahan. Dengan mengadakan beberapa siri bengkel dan penerangan peluang perniagaan melalui gerakan koperasi, bilangan koperasi keluarga yang semakin aktif telah bertambah dari masa ke masa Melalui siri ceramah,bengkel dan seminar yang sering diadakan,koperasi- koperasi keluarga turut diterangkan dengan kelebihan-kelebihan yang diperolehi seperti pelepasan cukai untuk lima tahun pertama, sokongan berterusan dalam pembangunan dan pemasaran produk dan perkhidmatan, pemadanan perniagaan antara koperasi dengan koperasi atau industri dan latihan serta bimbingan yang diberikan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia,Institut Koperasi Malaysia dan ANGKASA. Kita bukan sahaja mahu membantu koperasi keluarga mengenal pasti perniagaan yang mereka boleh jalankan, tetapi turut memastikan perniagaan mereka meningkat agar boleh bersaing dalam pasaran terbuka.Kita akan memberi bimbingan kepada mereka sehingga mereka boleh berdikari dan seterusnya boleh menjadi contoh kepada koperasi keluarga yang lain. Dengan pertambahan bilangan koperasi keluarga di Sarawak,ANGKASA Negeri perlu merangka pelan perniagaan yang dapat memenuhi keperluan-keperluan koperasi yang ditubuhkan. Bagaimana koperasi keluarga dapat membantu dalam meningkatkan jumlah perolehan? Sememangnya satu cabaran untuk meyakinkan kepada ahli-ahli keluarga untuk mengubah bisnes model perniagaan sedia ada (milikan tunggal, perkongsian atau Sdn. Bhd.) kepada model perniagaan koperasi. Hal ini adalah kerana dalam koperasi, keuntungan perlu dibahagi-bahagikan antara anggota dalam bentuk dividen dan jumlahnya kecil berbanding model perniagaan yang lain. Walau bagaimanapun, pada pandangan saya, perkara ini bukan menjadi masalah sekiranya anggota-anggota
Oleh: NADIAH KAMARUDIN
P ELANCAR berkesempatan menemubual Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin untuk mendapatkan pandangan dan pendekatan yang diguna dalam menjana pembangunan koperasi keluarga khususnya di negeri Sarawak. Apakah bentuk usaha yang dijalankan oleh ANGKASA Negeri Sarawak bagi merangsang perkembangan koperasi keluarga? Terima kasih PELANCAR. Koperasi keluarga adalah satu komponen penting dalam kluster koperasi di Malaysia. Membangunkan ekonomi sesebuah keluarga melalui penubuhan koperasi sangat digalakkan kerana aset yang dimiliki oleh ahli sesebuah keluarga seperti hartanah boleh dibangunkan melalui geran ataupun pembiayaan yang disediakan melalui gerakan koperasi. Melalui beberapa siri lawatan yang dilakukan ke koperasi-koperasi keluarga, didapati masih banyak di kalangan ahli keluarga yang tidak memahami konsep perniagaan melalui koperasi dan menyebabkan perniagaan koperasi keluarga berkembang pada
36 PELANCAR Edisi Khas
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease