WADAH PELANCAR EDISI KHAS PERSIDANGAN NEGERI 2020

menjadikan koperasi keluarga mereka sebagai hab untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka. Melalui pendekatan ini, jumlah perolehan dari pelbagai aktiviti perniagaan dapat ditingkatkan di bawah nama koperasi keluarga.Dengan jaringan yang dipunyai oleh gerakan koperasi di seluruh Malaysia, lebih banyak ruang yang dapat dimanfaatkan oleh koperasi-koperasi keluarga di Sarawak. Bagaimana ANGKASA Sarawak melihat prospek keunikan seni dan budaya dalam membangunkan perniagaan koperasi khususnya terhadap koperasi keluarga? Saya melihat koperasi keluarga, terutama yang berada di kawasan pedalaman, boleh meraih pendapatan melalui kekayaan produk eko pelancongan dan biodiversiti di negeri ini. Saya sendiri pernah dibawa oleh sebuah koperasi nelayan untuk melihat khazanah Sarawak dan saya

perhatikan banyak keluarga yang memiliki bot mereka sendiri yang boleh digunakan untuk membawa pelancong-pelancong menyusuri sungai dan melihat keindahan alam semula jadi. Dengan kepelbagaian etnik serta budaya kaum di Sarawak, banyak lagi peluang yang boleh diteroka dan ditawarkan kepada pengunjung dan pelancong dari dalam dan luar negera.Melihatkan kepada‘trend’semasa di mana pelancongan menjadi satu kemestian terutamanya semasa cuti sekolah,koperasi-koperasi keluarga di Sarawak perlu mengambil peluang ini dengan memperkenalkan keunikan budaya di kawasan masing-masing. Apakah harapan yang ingin dicapai untuk gerakan koperasi di Sarawak? Visi saya adalah untuk menjadikan ANGKASA Sarawak menjadi satu badan perhubungan negeri yang Dinamik, Inovatif, Efektif dan Responsif (DIER) kepada pembangunan ekonomi koperasi ahli dengan berpaksikan kepada Dasar Koperasi Negara 2011-2020 serta Pelan Strategik dan Pelan Tindakan ANGKASA 2017 – 2050. Memahami visi yang saya gariskan, ANGKASA Sarawak ingin bertindak sebagai ‘partner in cooperatives building’bagi koperasi-koperasi di negeri ini.Seiring dengan moto‘Bekerja bersama-sama demi manfaat bersama’, saya yakin koperasi-koperasi di Sarawak mampu berdiri sama tinggi dengan koperasi-koperasi yang lain di Malaysia bahkan di dunia sekalipun dengan memanfaatkan segala bentuk sumber, ruang dan peluang yang disediakan.

Perancangan Aktiviti JPAN Sarawak tahun 2020 Bil. Aktiviti/Lokasi 1. Bengkel Mee Tarik

2. Bengkel Burung Walit 3. Bengkel Kariah Masjid 4. Bengkel Pembungkusan 5. Kursus Fertigasi Tanaman 6. Kursus Penanaman Nenas

7. Kursus Durian & Dodol Durian 8. Bengkel Laman Web dan Grafik 9. Bengkel Pemprosesan Sejuk Beku 10. Bengkel Penjagaan Diri & Kesihatan

11. Bengkel Perniagaan Dalam Talian (Online) 12. Bengkel Penerangan Koperasi Kariah Masjid 13. Bengkel Peluang Perniagaan Koperasi dalam Hartanah

Aktiviti JPAN Sarawak Sepanjang Tahun 2019

» Lawatan ke koperasi di Lawas dan Limbang.

Bil.

Aktiviti/Lokasi

1. Bengkel Inovasi Keusahawanan 2. Bengkel Membuat Rantai Manik 3. Bengkel Pastri anjuran JPAN Sarawak

4. Seminar Kepimpinan ALK Negeri Sarawak 5. Bengkel Projek Tanaman Fertigasi Halia & Cili 6. Bengkel e-Usahawan ANGKASA Negeri Sarawak

7. Seminar Kepimpinan Anggota Koperasi Negeri Sarawak 8. Workshop Tranformation Programme (WTP) Sarawak 2019 9. Workshop Tranformation Programme (WTP) Sarawak 2019 10. Program Modul Integriti Koperasi Peringkat Negeri Sarawak 11. Bengkel Belanjawan Koperasi Peringkat Negeri Sarawak 2019 12. Program Pengiraan Cukai Koperasi ANGKASA Negeri Sarawak 13. Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Sarawak 2019 14. Bengkel Kraftangan & Pemasaran Atas Talian anjuran JPWN 2019 15. Bengkel Pembangunan Pendidikan Zakat dalam Ekonomi Koperasi 16. Majlis Dialog Bersama Sultan Syarif Mahmud Melvin (Sultan Pontianak)

» Lawatan kerja Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin ke Koperasi Lubok Punggor Simunjan Sdn Bhd. Sepanjang tahun 2019, beliau telah mengadakan lawatan ke 30 koperasi dan lima agensi kerajaan.

17. Sesi Pengenalan Pakej Pelancongan Muslim Berkumpulan & Program ACO Gold 18. Majlis Ramah Tamah ANGKASA Negeri Sarawak 2019 bersama Presiden ANGKASA 19. Bengkel Penampilan Diri anjuran Jawatankuasa Pembangunan Wanita Negeri (JPWN) 2019

» Bengkel Membuat Rantai Manik.

Edisi Khas PELANCAR

37

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease