WADAH PELANCAR EDISI KHAS PERSIDANGAN NEGERI 2020

JPAN PERLIS

2020 TAHUN MESRA KOPERASI

» Bangunan JPAN Perlis yang beralamat di No.17 & 19, Jalan Satu, Taman Pertiwi Indah Jalan Kangar – Alor Setar 01000 Kangar, Perlis.

Oleh: ZAKUAN AZMI

Haji Sahimi Shari Pengerusi JPAN Perlis

Perancangan tersebut juga akan turut melibatkan penganjuran program kemasyarakatan yang melibatkan penyertaan anggota koperasi dan masyarakat. Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perlis, Haji Sahimi Shari sewaktu ditemu bual bersama PELANCAR di Pejabat Perhubungan ANGKASA Negeri Perlis. Katanya, jalinan kerjasama tersebut sangat penting dalam usaha berterusan ANGKASA Perlis untuk meningkatkan jati diri anggota dalam konteks yang lebih terbuka selain terus berusaha membantu menggerakkan momentum gerakan koperasi di negeri Perlis khususnya. Menurut beliau, setakat ini kerjasama dalam kalangan anggota koperasi sangat baik berdasarkan kepada sambutan yang diberikan sepanjang penganjuran program ANGKASA dan koperasi. Namun ANGKASA Negeri Perlis akan menggandakan lagi usaha tersebut bagi membantu menyemarak dan meningkatkan lagi jumlah penyertaan anggota dan masyarakat dari semasa ke semasa. Berdasarkan kepada rekod sehingga Januari 2020, jumlah koperasi yang telah menjadi Ahli ANGKASA adalah sebanyak 184 daripada keseluruhan 211 koperasi yang berdaftar di negeri Perlis.

» Melawat Pusat Dobi KOGURU Perlis.

A NGKASA Perlis mahu mengambil inisiatif baharu pada tahun ini menerusi pendekatan mesra koperasi bagi mewujudkan hubungan lebih baik sesama Koperasi Ahli ANGKASA, membantu dalam konteks tadbir urus perniagaan dan membincangkan peluang-peluang kerjasama ekonomi yang boleh dikongsikan melaluinya.

38 PELANCAR Edisi Khas

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease