“Memandangkan negeri Perlis mempunyai jumlah koperasi dan bilangan anggota yang tidak ramai, kita mahu memastikan penglibatan aktiviti koperasi dapat disertai oleh semaksimum mungkin dan menjadikan program koperasi sebagai wadah kepada usaha membentuk keharmonian dan kemesraan sesama anggota dan masyarakat,” ujarnya. Katanya lagi, melalui pertemuan seperti itu, ANGKASA Perlis akan dapat berkongsi ilmu dan faham kehendak mereka terhadap usaha penambahbaikan selain mengambil tindakan segera sekiranya wujud sebarang permasalahan dalam kalangan anggota dan koperasi. Melalui pendekatan turun padang juga, ANGKASA akan dapat berkongsi dalam pelbagai aspek sosioekonomi dengan mewujudkan lebih banyak rangkaian perniagaan melalui sokongan dan penglibatan secara langsung dari ANGKASA Pusat. Setelah segala permintaan dan permasalahan dapat dikenalpasti, koperasi tersebut akan dibantu dengan lebih pantas melalui sesi khidmat nasihat dan taklimat selain menetapkan kursus atau bengkel yang bersesuaian dengan bidang yang dijalankan. ANGKASA Perlis juga akan turut mengambil kira cadangan anggota koperasi khususnya oleh Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang mahukan program atau kursus mengikut kepentingan gerakan koperasi seperti penganjuran majlis ilmu, lawatan dan kursus yang relevan dengan keperluan dan kepentingan secara bersama. Bangunan ANGKASA Perlis yang terletak di Jalan Satu, Taman Pertiwi Indah di Kangar kini sedang dalam proses mengubahsuai stor untuk dijadikan sebagai dewan serbaguna. Dewan tersebut yang dijangka siap penghujung Mac ini mempunyai keluasan 40’ x 20’ dan dapat memuatkan sehingga 30 orang. Koperasi boleh menyewa ruangan tersebut untuk tujuan pelbagai seperti mesyuarat dengan kadar sewaan menarik yang akan ditentukan kemudian dan sebarang pertanyaan lanjut mengenainya boleh menghubungi Pegawai ANGKASA Perlis di talian 04-9799004.
» Dato’ Haji Kamarudin menunjukkan cek zakat berjumlah RM40,800.00 sebagai saham projek cuci kereta kepada 80 asnaf yang mewakili dua buah masjid di Perlis.
» Program Karnival Halal Muslim Perlis 2019.
» Program ‘Bicara Integriti Koperator Berkoperasi.
Aktiviti JPAN Perlis Sepanjang Tahun 2019
Bil.
Aktiviti/Lokasi
1. Kunjungan Hormat JPAN Ke Atas YB EXCO Koperasi, YB Tuan Azizan Sulaiman 2. Bengkel E-Usahawan ANGKASA 3. Seminar Kepimpinan Anggota Lembaga Koperasi Negeri Perlis 4. Bengkel Rakan Strategik Penanaman Nanas MD2 (KOBERA) 5. Lawatan Penanda Aras Biro Wanita JPAN Perlis Ke Koperasi Terpilih Di Negeri Perak 6. Lawatan Ke Projek Perumahan Dan Kedai Dobi Milik Koperasi Guru Melayu Negeri Perlis Berhad 7. Program Peluang Perniagaan Koperasi Sekolah (Kiosk, Kantin, BA 100) 8. Lawatan Koperasi Negeri Perlis Ke Karnival Produk & Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS) 9. Program ‘Bicara Integriti Koperator Berkoperasi’
Aktiviti JPAN Perlis Sepanjang Februari dan Mac 2020
Bil.
Aktiviti/Lokasi
1. Kunjungan Hormat JPAN Perlis Ke Atas Pengarah SKM Negeri Perlis 2. Pengurusan Kewangan & Pemulihan Kredit Koperasi (Zon Utara) 3. Taklimat Perniagaan Koperasi (BA 100) 4. Kursus ‘Business Canvas’ 5. Dialog Pengetua Negeri Perlis 6. Lawatan Ke Projek Perumahan Dan Kedai Dobi Milik Koperasi Guru Melayu Negeri Perlis Berhad
Edisi Khas PELANCAR
39
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease