WADAH PELANCAR EDISI KHAS PERSIDANGAN NEGERI 2020

JPAN MELAKA

» Bangunan JPAN Melaka yang beralamat di No. 48 – 1, Jalan KF 4, Kota Fesyen, 75450 Ayer Keroh, Melaka.

Haji Muslim Md. Shah Pengerusi JPAN Melaka PROGRAM BA 100 BANTU KOPERASI PERUNCITAN BERDAYA SAING Oleh: RAHMAT MOHD DID

P rogram Barang Asas 100 (BA 100) merupakan salah satu usaha berterusan yang digerakkan oleh ANGKASA dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup di era ini dan dalam masa yang sama menggerakkan perniagaan koperasi yang terlibat dalam industri peruncitan khususnya kedai runcit koperasi. Menerusi usaha tersebut,sebanyak tiga ribu koperasi mikro di bawah program BA 100 bakal dinaiktaraf secara berperingkat kepada koperasi sederhana bermula tahun ini melalui program pembangunan kedai runcit koperasi agar lebih berdaya saing di pasaran. Seiring dengan matlamat tersebut, Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Melaka telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Program Mesra Koperasi dan Bazar Jualan Harga Patut yang berlangsung pada 22 Februari 2020 di Dewan Perkim, Masjid Tanah, Melaka. Program yang dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof itu dihadiri oleh 60 buah koperasi dewasa dan 82 buah koperasi sekolah seluruh negeri Melaka. Menurut Pengerusi JPAN Melaka, Haji Muslim Md. Shah, ANGKASA Negeri Melaka sentiasa menyokong sebarang program berkaitan pembangunan perniagaan koperasi dalam usaha untuk bersama-sama membantu sosioekonomi anggota koperasi dan masyarakat.

“BA 100 adalah program nasional yang diperkenalkan oleh ANGKASA dalam usaha berterusan untuk membantu menggalak dan memperkasa perniagaan koperasi terutamanya dalam menawarkan penjualan barangan asas dengan harga berpatutan selain mengelak daripada manipulasi harga orang tengah,” katanya. Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan penyampaian empat kategori anugerah penghargaan kepada koperasi-koperasi negeri Melaka yang telah menyumbang bakti kepada gerakan koperasi khususnya di Melaka. SENARAI PENERIMA ANUGERAH MAJLIS MESRA KOPERASI BERSAMA YB MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI

PENERIMA ANUGERAH AKKS 2019 (KOPERASI SEKOLAH SETIAP NEGERI) Koperasi SMK Durian Tunggal Melaka Berhad Koperasi SMK Seri Tanjong Melaka Berhad Koperasi SMK Sungai Udang Melaka Berhad

KEJOHANAN PETANQUE ANGKASA PERINGKAT KEBANGSAAN 2019 Koperasi SMK Malim Melaka Berhad

KOPERASI YANG MENJALANKAN KEGIATAN PELANCONGAN Koperasi Keluarga Hajah Che Me Melaka Berhad

KOPERASI YANG MENJALANKAN PROJEK BA 100 Koperasi Chabau Melaka Berhad

40 PELANCAR Edisi Khas

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease