koperasi mampu mencapai sehingga 120,000 ekor ayam untuk satu pusingan iaitu 32 hari. Sebanyak enam pusingan mampu dilakukan dalam setahun dan ini akan menjadikan jumlah keseluruhan pengeluaran sebanyak 600,000 ekor ayam,” jelasnya. Menurutnya lagi, setiap reban memerlukan modal sebanyak RM3.5 juta dan koperasi boleh memilih antara tiga model sama ada bergerak sendiri, kerjasama kurang daripada 10 buah koperasi atau kerjasama dengan lebih 10 buah koperasi. Konsep reban tertutup dapat menghindarkan bau busuk dan pencemaran serta pembiakan lalat. Ia juga dapat mengurangkan purata kadar kematian ayam kepada hanya tiga peratus berbanding tujuh peratus menerusi reban terbuka.
belajar ke Reban Ayam Syarikat Aznor Agro & Construction di Batang Kali, Selangor bersama-sama koperasi dan melihat sendiri bagaimana mereka menguruskan reban ayam tertutup. Hasil daripada lawatan tersebut, Koperasi Kemajuan Tanah Negeri Johor (KOPKETA) telah bersetuju untuk menjadi koperasi perintis di Johor yang menjalankan projek Reban Ayam Tertutup secara persendirian. JCorp juga bersedia untuk membantu menyediakan semua bahan mentah dan membina reban manakala JPAN Johor akan menjadi pemudah cara untuk memastikan segala proses berjalan lancar,” katanya. Beliau berharap dengan usaha yang dijalankan JPAN Johor dan KOPKETA ini akan menjadi inspirasi kepada koperasi-koperasi lain untuk turut serta seterusnya menjadi model kepada koperasi di negeri lain.
“Pada tahun lepas, JPAN Johor telah melakukan lawatan sambil
Fokus Fungsi Koperasi/Sektor ANGKASA Johor Tahun 2020 Bil. Aktiviti 1. KOPERASI KARIAH MASJID • Peluang aktiviti seperti projek tanaman fertigasi/ hidroponik • Peluang perniagaan yang boleh diceburi contohnya Ejen Penulisan Wasiat MAAB 2. KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH • Peluang perniagaan baru yang boleh diceburi seperti projek tanaman jagung/kelapa/durian/napier 3. KOPERASI KREDIT • Ar- Rahnu • Pusat Dialisis 4. KOPERASI WANITA • Peluang menjana pendapatan dalam bidang pertanian moden dan pengeluaran produk • Memperkasa tadbir urus koperasi 5. KOPERASI SEKOLAH • Kursus dan Klinik SPBA • Peluang perniagaan khursusnya dalam bidang peruncitan 6. KOPERASI BARU KURANG DUA TAHUN PENUBUHAN • Peluang perniagaan yang boleh diceburi • Kursus SPBA 7. SEKTOR HARTANAH • Peluang dalam perniagaan contohnya Cabin Hardware • Menyertai Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad 8. SEKTOR PERUNCITAN • Program BA100 9. SEKTOR KESIHATAN & PENJAGAAN DIRI • Kursus Urutan Kesihatan • Kursus Bekam
» Keadaan di Reban Ayam Syarikat Aznor Agro & Construction di Batang Kali, Selangor.
Edisi Khas PELANCAR
43
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease