WADAH PELANCAR EDISI KHAS PERSIDANGAN NEGERI 2020

JPAN SELANGOR

» Bangunan JPAN Selangor yang beralamat di No. C-105, Blok C, Glomac Business Centre, Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

PENINGKATAN PEROLEHAN KOPERASI SEKOLAH DI SELANGOR

Dato’ Haji Mohd. Alias Hamzah Pengerusi JPAN Selangor

P restasi koperasi sekolah di Selangor berada pada tahap yang amat memberangsangkan dengan jumlah perolehan sepanjang enam bulan pertama tahun 2019 adalah RM45.68 juta, berdasarkan laporan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

POSITIF Oleh: NADIAH KAMARUDIN

Jumlah tersebut hampir menandingi jumlah perolehan yang dicatat sepanjang tahun 2018 iaitu RM46.44 juta. Perolehan yang direkodkan oleh koperasi-koperasi sekolah di negeri tersebut juga menyaksikan peningkatan sebanyak 31.1 peratus dari tahun 2014 ke 2018. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor, Dato’ Haji Mohd. Alias Hamzah ketika ditemui PELANCAR berkata, peningkatan perolehan dalam tempoh lima tahun adalah petanda positif untuk masa depan gerakan koperasi sekolah di negeri tersebut. Sebanyak 99 peratus atau 2,409 koperasi sekolah di Malaysia menjalankan perniagaan berasaskan kepenggunaan dan selebihnya terlibat dalam aktiviti pertanian dan perkhidmatan. Berhubung perkara tersebut, Dato’ Alias berkata, antara cabaran yang dihadapi oleh koperasi sekolah di negeri Selangor adalah tidak mempunyai tanah yang cukup luas untuk melaksanakan projek pertanian secara komersial berbanding koperasi sekolah di Kelantan atau Terengganu.

» Kejohanan Petanque Peringkat Negeri Selangor menjadi acara tahunan anjuran JPAN Selangor.

44 PELANCAR Edisi Khas

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease