» Koperasi SMK Gombak Setia dan Koperasi SAM Tinggi Tengku Ampuan Jemaah berjaya menduduki kedudukan Top 16 – 28 pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Koperasi Sekolah Peringkat Kebangsaan 2019 anjuran ANGKASA.
“Pada pandangan saya, buat masa ini memadailah untuk koperasi sekolah memberi fokus sepenuhnya kepada tiga fungsi (kepenggunaan, pertanian dan perkhidmatan) kerana kita dapat lihat sendiri jumlah perolehan meningkat dari tahun ke tahun walaupun tidak menceburi bidang perniagaan berasaskan fungsi lain,” ujar beliau. Beliau turut menjelaskan bahawa JPAN Selangor menyambut baik cadangan untuk koperasi sekolah terlibat dalam bidang perniagaan lain pada tahun-tahun akan datang dan cadangan tersebut perlu dikaji secara terperinci, mempunyai pelan yang strategik serta mendapat kerjasama daripada semua pihak. Sementara itu, berhubung kunci kejayaan koperasi sekolah di seluruh negara termasuk Selangor,Dato’Alias memuji komitmen tinggi dan kerjasama yang ditunjukkan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang terdiri daripada pengetua, guru-guru dan murid-murid. Kerjasama yang kukuh antara JPAN Selangor dengan koperasi- koperasi sekolah di negeri tersebut memudahkan hebahan mengenai program-program pembangunan yang dianjurkan oleh ANGKASA.
Perbincangan meja bulat kerap dijalankan oleh jawatankuasa untuk memberi peluang kepada koperasi-koperasi yang mahu menambah pendapatan,menerima tunjuk ajar dan dorongan oleh koperasi-koperasi di peringkat menengah. “Dalam JPAN Selangor terdapat beberapa warga pendidik termasuk diri saya juga, maka semangat untuk memperkasa agenda gerakan koperasi sekolah merupakan denyut nadi kami,” menurut Dato’ Alias. Koperasi-koperasi dewasa di negeri ini turut merekodkan pencapaian yang cemerlang dan ia dapat dilihat dari segi perolehan yang meningkat sebanyak 85 peratus dari RM275.8 juta pada tahun 2014 ke RM512.4 juta pada tahun 2018. Sebanyak sembilan buah koperasi dewasa di Selangor berjaya termasuk dalam senarai 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2019. Jumlah pendapatan keseluruhan koperasi-koperasi tersebut adalah sebanyak RM164.9 juta,hasil daripada penglibatan dalam aktiviti-aktiviti ekonomi seperti perkhidmatan kredit,pemborongan & peruncitan,pembangunan hartanah, pertanian, stesen minyak, pelaburan dan Ar-Rahnu.
Perancangan Aktiviti JPAN Selangor Tahun 2020 Bil. Aktiviti 1. Bengkel Spa 2. Bengkel Cupcake 3. Bengkel Asas Pertanian 4. Program ternakan / akuakultur 5. Meja Bulat Pembangunan Wanita 6. Lawatan ke koperasi negeri Sarawak 7. Lawatan ke koperasi negeri Selangor 8. Kejohanan Petanque Negeri Selangor 9. Program CSR ke Rumah Mahmudah Bangi
10. Seminar Keusahawanan ANGKASA Selangor 11. Lawatan penanda aras koperasi ke Terengganu 12. Meja Bulat Sektor Pelancongan, Penjagaan Diri dan Kesihatan 13. Meja Bulat Sektor Peruncitan dan Pemborongan / Sektor Pembangunan Komuniti 14. Meja Bulat Sektor Perladangan / Sektor Industri Pertanian dan Asas Tani / Sektor Hartanah & Industri Binaan » Barisan kepimpinan JPAN Selangor.
Edisi Khas PELANCAR
45
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease