WADAH PELANCAR EDISI KHAS PERSIDANGAN NEGERI 2020

JPAN KEDAH

Sokong Produk Dan Perkhidmatan Koperasi

DEMI PEMBANGUNAN BERSAMA Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI

A spek kerja secara berpasukan sememangnya menjadi sebahagian daripada amalan dan prinsip yang diperjuangkan oleh koperasi dan perlu sentiasa diterapkan oleh semua pihak demi mencapai matlamat dan kejayaan secara bersama. Antara yang boleh diperkasakan adalah seperti membina rangkaian kerjasama di segenap peringkat menerusi sokongan dan keutamaan terhadap produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi bagi membantu meningkatkan pulangan kepada koperasi dan anggotanya. Demikian disuarakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kedah, Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh sewaktu ditemu bual PELANCAR di pejabat ANGKASA Negeri Kedah di Alor Setar. Katanya, JPAN Kedah sentiasa memberi penekanan terhadap perkara tersebut selain memastikan setiap sen yang dibelanjakan, dapat memberi manfaat ekonomi kepada koperasi dan anggotanya. Antara yang diberi penekanan adalah seperti mengutamakan sewaan ruang dan hotel milik koperasi, mengutamakan produk koperasi dalam setiap pembelian dan memberi keutamaan terhadap perkhidmatan yang dijalankan koperasi. ANGKASA Kedah juga sentiasa menjalankan kempen utamakan produk dan perkhidmatan koperasi menerusi pendekatan subsidi harga produk pengguna dalam beberapa program atau aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun lalu. » Bangunan JPAN Kedah yang beralamat di No. 1571, Tingkat 3, Jalan Kota, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Haji Wan Ibrahim Wan Jusoh Pengerusi JPAN Kedah

Menurut beliau, lebihan dana daripada penjimatan kos penganjuran program umpamanya akan digunakan semula oleh ANGKASA Kedah untuk membantu anggota koperasi atau peserta yang hadir dengan menanggung sebahagian kecil daripada harga pasaran produk tertentu sebelum dijual semula dengan harga yang lebih rendah demi manfaat bersama. “Sebagai contoh, beras kampit lima kilogram dijual dengan harga RM10.00 sahaja pada waktu tersebut berbanding harga pasaran semasa sekitar RM13.50 kerana ANGKASA Kedah telah menanggung sebanyak RM3.50 dalam jumlah tertentu tertakluk kepada lebihan yang ada. Begitu juga dengan produk-produk pengguna yang lain seperti gula dan tepung,” ujar beliau. Pada tahun ini, JPAN akan berusaha untuk membantu menjana pembangunan perniagaan koperasi bagi meningkatkan lagi kepelbagaian dalam produk dan perkhidmatan yang disediakan. Antara yang akan diberi perhatian adalah seperti mempelbagaikan pakej pelancongan, perkhidmatan sampingan seperti pengangkutan dan mengeluarkan produk-produk cenderamata untuk menjana aktiviti pelancongan di negeri Kedah.

46 PELANCAR Edisi Khas

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease