WADAH PELANCAR EDISI KHAS PERSIDANGAN NEGERI 2020

JPAN KELANTAN

Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah Pengerusi JPAN Kelantan

» Bangunan JPAN Kelantan yang beralamat di Lot 321, Seksyen 12, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bahru, Kelantan Darul Naim.

TRANSFORMASI DIGITAL DALAM PERNIAGAAN

G erakan Koperasi sewajarnya merebut peluang dalam era ekonomi digital untuk memacu teknologi ke arah meningkatkan kecekapan dan produktiviti sekaligus membudaya dan memanfaatkannya bagi membantu meningkatkan imej koperasi dalam kalangan masyarakat. Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Kelantan, Encik Wan Mohamad Zain Wan Abdullah menyatakan, sudah tiba masanya bagi gerakan koperasi untuk berani meneroka bidang teknologi dan inovasi dalam mengembangkan potensi dan peluang perniagaan baharu ke peringkat yang lebih luas sama ada di pasaran tempatan mahu pun global. Menurutnya, pelapis muda wajar mengambil tanggungjawab tersebut bagi meneruskan kesinambungan dan kelestarian perniagaan koperasi kerana mereka lebih terdedah dengan alam maya dan dalam situasi ini,gerakan koperasi perlu mengguna pakai teknologi terkini dan inovasi baharu dalam penghasilan produk koperasi yang berimpak tinggi sekaligus memberi pulangan manfaat kepada komuniti setempat. Dalam konteks ini juga katanya,anggota koperasi perlu menyahut cabaran dengan memainkan peranan secara lebih proaktif dan berusaha untuk menyesuaikan semula aktiviti perniagaan mereka sejajar dengan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) bagi meningkatkan pendapatan koperasi.

KOPERASI Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

“Perkembangan revolusi ini amat memerlukan perubahan seiring dengan transformasi digital sekali gus memberi kelebihan kepada daya saing koperasi untuk menyahut cabaran yang diketengahkan dalam era pendigitalan ekonomi baharu serta memperbaiki kualiti perkhidmatan. “Pada masa kini, bidang teknologi dan inovasi merupakan medium terbaik untuk menjalankan perniagaan kerana jaringannya yang meluas telah membolehkan capaian kepada sasaran perolehan menjadi lebih cepat dan berkesan. “Sektor koperasi perlu memperbaiki kualiti perkhidmatan supaya ia bersesuaian dengan keadaan semasa selaras dengan perkembangan industri teknologi dan inovasi masa kini dan pendedahan terhadap era digital ini perlu diperluaskan secara total,” katanya. Sementara itu, Encik Wan Mohamad Zain menjelaskan, pencapaian gerakan koperasi negeri Kelantan amat memberangsangkan dan mendapat sokongan daripada seluruh warga koperasi di negeri tersebut dalam setiap program yang dianjurkan JPAN Kelantan dan ANGKASA Pusat.

48 PELANCAR Edisi Khas

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease