Sesi perbincangan bersama pemimpin koperasi juga boleh dijalankan dari semasa ke semasa tanpa memerlukan ruang masa yang khusus.Menurut beliau,perbincangan bersama pemimpin koperasi pernah dijalankan di dalam van bagi memastikan waktu pertemuan yang singkat dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Haji Zulkifli yang berpengalaman luas dalam dunia koperasi melebihi 40 tahun turut berpesan kepada koperator muda agar sentiasa meningkatkan ilmu kepimpinan koperasi. Katanya, sebagai pemimpin muda,kedewasaan pemikiran sangat penting dan sentiasa digilap secara matang dan berilmu. Koperator muda juga perlu sentiasa mendekati masyarakat untuk mengambil tahu setiap perincian masalah, pandangan dan peluang- peluang terbaik untuk dimanfaatkan demi masa depan koperasi.
Koperasi Ahli sebenarnya sangat memerlukan sokongan ANGKASA sebagai pemudahcara dalam pelbagai urusan terutamanya dalam soal tadbir urus perniagaan. Menerusi pendekatan musyawarah, JPAN WPKL yakin kaedah tersebut mampu membuahkan hasil yang baik dan memuaskan hati semua pihak. Katanya, JPAN WPKL telah lama mengamalkan kaedah pertemuan empat mata setiap minggu di pejabat JPAN WPKL melibatkan Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari bagi membincangkan tentang pelbagai perkara termasuk mengenalpasti mana-mana perkara yang masih belum diselesaikan. Pertemuan tersebut juga katanya amat penting bagi mengekalkan keharmonian dalam JPAN selain bertindak sebagai pemantau utama kepada tadbir urus yang telah, sedang dan yang akan dijalankan oleh JPAN WPKL.
» Kunjungan hormat JPAN WPKL ke Institut Koperasi Malaysia (IKKM) disambut oleh Ketua Pengarah IKKM, Haji Ariffin Mamat dan pegawainya. Lawatan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim dan juga perancangan program yang boleh dianjurkan bersama.
» JPAN WPKL telah melawat ke Koperasi Komuniti Penduduk Putrajaya Berhad. Koperasi mengusahakan kebun komuniti di kawasan Putrajaya dan mempunyai produk madu kelulut.
Program JPAN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sepanjang Tahun 2019
Bil.
Aktiviti
1. Kempen Keahlian Dan Kursus Induksi Koperasi Anggota Baru ANGKASA Wilayah Persekutuan 2019 2. Kunjungan Hormat Ke Institut Koperasi Malaysia (IKM) 3. Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim, Ibu Tunggal Dan Fakir Miskin 2019 4. Kejohanan Boling Koperator Wanita ANGKASA Wilayah Persekutuan 2019 5. Lawatan Mesra Ke Koperasi Komuniti Penduduk Putrajaya Berhad 6. Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah Wilayah Persekutuan dan Lawatan Penanda Aras ke Sabah 7. Program mentor Mentee Pembangunan dan Pemantapan Koperasi Sekolah 8. Seminar Pemerkasaan dan Pemantapan Koperasi Kredit 9. Seminar Pemerkasaan Ekonomi Koperator Wanita 10. Kem Jati Diri Koperator Muda 11. Kunjungan Hormat ke Koperasi Harapan Berhad 12. Kejohanan Petanque ANGKASA Peringkat Negeri Wilayah Persekutun 2019 13. Majlis Penerangan Dan Dialog Kepada Koperasi Baru Untuk Menjadi Ahli ANGKASA 2019 14. Kunjungan Hormat Ke Koperasi Pesara-Pesara Malaysia Berhad
Edisi Khas PELANCAR
51
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease