WADAH PELANCAR EDISI KHAS PERSIDANGAN NEGERI 2020

RENCANA

PERTINGKAT PRESTASI KEDAI RUNCIT KOPERASI Program BA100 Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI

A NGKASA sedar bahawa usaha untuk memperkasakan perniagaan kedai runcit koperasi memerlukan pembaharuan dan pendekatan tadbir urus yang lebih holistik serta bersesuaian dengan kehendak pasaran dan tahap kemampuan koperasi. » Gambar hiasan.

Laporan statistik Suruhanjaya Koperasi Malaysia sehingga Jun 2019 menunjukkan sebanyak 5,429 buah koperasi terlibat dalam sektor pengguna dengan menjana perolehan bernilai RM1,142 juta. Ini jelas menunjukkan peningkatan berterusan penglibatan koperasi dalam sektor peruncitan dalam tempoh lima tahun. Berasaskan kepada tinjauan dan analisis pasaran yang telah dijalankan, masih terdapat sebilangan kedai runcit milik koperasi hanya mampu membeli stok dalam kuantiti yang minimum atas faktor modal pusingan yang terhad. Keadaan ini pasti akan membuatkan harga jualan barangan runcit menjadi lebih tinggi kerana peniaga terpaksa membeli stok daripada pihak ketiga yang menawarkan harga yang tidak kompetitif.Apa yang lebih membimbangkan,barangan yang dibeli tidak mencapai standard seperti yang dikehendaki, stok lama atau rosak dan mungkin tiruan. Justeru, objektif utama pembangunan program Barang Asas 100 (BA 100) adalah untuk membantu koperasi dengan menawarkan produk pengguna pada harga yang lebih berpatutan walaupun stok hanya mampu dibeli dengan jumlah yang terhad. Pendekatan

tersebut juga adalah sebahagian daripada jati diri yang diperjuangkan dalam gerakan koperasi menerusi prinsip keenam iaitu‘Kerjasama Antara Koperasi’sekali gus membantu menaiktaraf kualiti hidup anggota koperasi dan dalam masa yang sama dapat membantu merangsang perniagaan kedai runcit koperasi. Keputusan untuk membangunkan program BA100 juga lebih menjurus kepada hasil kajian bersama oleh ANGKASA, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKM) tentang bagaimana untuk membantu kerajaan memastikan harga barangan asas terus terkawal dan tidak membebankan pengguna. Walaupun diakui, proses yang perlu dilalui bagi membangunkan program BA100 agak kompleks terutamanya dalam aspek tempahan dan belian secara online. Namun pendekatan tersebut telah melalui proses penilaian yang panjang dan dipersetujui secara bersama. Hasil kajian juga mendapati melalui pendekatan program BA100, tempahan stok mampu diselaras dengan lebih sistematik, tanpa melalui pihak ketiga dan akhirnya harga jualan runcit akan dapat dijual dengan harga yang lebih kompetitif di pasaran.

52 PELANCAR Edisi Khas

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease