WADAH PELANCAR EDISI KHAS PERSIDANGAN NEGERI 2020

Menerusi platform Jimatbiz dan Jimatshop, sistem yang dibangunkan di bawah program BA100 itu bukan sahaja dapat membantu kelancaran tempahan dan belian, malah menerusinya juga, kadar harga barangan di kedai runcit koperasi akan dapat dikawal secara lebih efisien. Sistem tersebut juga dapat membantu peruncit dan pengguna untuk mengenali pelbagai produk baharu keluaran koperasi sekaligus membantu usahawan koperasi memperkenal dan mempromosikan produk keluaran mereka menerusi platform JimatBiz. ANGKASA mahu memastikan penyertaan koperasi dalam program BA100 sama ada sebagai pembekal mahupun peruncit dapat memberi kesan yang lebih besar terhadap momentum kedai runcit koperasi di Malaysia. Melalui pendekatan tadbir urus yang lebih sistematik dan terkawal serta selari dengan persekitaran sosioekonomi sektor peruncitan yang sentiasa bersaing hebat, kedai runcit koperasi diharap dapat berdiri dengan lebih teguh,lebih berdaya saing dan lebih dikenali di sebalik ruang perniagaannya yang kecil serta bilangan pelanggan yang terhad seperti di kedai koperasi sekolah dan masjid. Sebagai sebuah badan Apeks, ANGKASA akan terus membantu membangun dan merangsang perniagaan koperasi menerusi perspektif yang lebih baik dari semasa ke semasa dan akan terus membantu menaiktaraf operasi sektor peruncitan koperasi agar terus berjaya demi manfaat sosioekonomi anggota dan gerakan koperasi.

» Kedai Jimat Anda yang terletak di Wisma Ungku A. Aziz.

» Koperasi berpeluang mempromosi dan memasarkan produk keluaran mereka di pasaran melalui program BA100.

Edisi Khas PELANCAR

53

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease