WADAH PELANCAR EDISI KHAS PERSIDANGAN NEGERI 2020

RENCANA

PERUBAHAN DALAM KEPIMPINAN CORAK KECEMERLANGAN

KOPERASI Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

K ejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada gaya kepimpinan berkesan yang menjadi elemen penting dalam membantu meningkatkan pencapaian organisasi. Pemimpin yang hebat melalui proses kemahiran kepemimpinan yang mantap iaitu dicorakkan dengan nilai dan prinsip-prinsip koperasi dalam membentuk pemimpin yang sadik, amanah dan telus. Kekuatan sesebuah organisasi terletak kepada corak kepimpinan yang bersesuaian dengan perkembangan semasa serta menitik beratkan aspek kepimpinan baik dan berpengetahuan luas khususnya dalam bidang pengurusan pentadbiran dan perniagaan.

Di antara prinsip tersebut adalah Matlamat dan Strategi Pengurusan perlu jelas; Penetapan Perubahan; Motivasi dan Penghargaan Dalam Perubahan; Penstrukturan; Sistem, Polisi dan Prosedur dan Perkaitan Komponen Dalam Organisasi. (Dr. Haji Nik Rashid Ismail (2014). “Kepemimpinan Dan Pengurusan Perubahan: Suatu Cabaran Kepada Pemimpin Koperasi”. Wacana Makalah Ilmiah Koperasi Jilid 4). Tadbir urus koperasi yang telus dan berkesan memerlukan ALK yang berpengalaman dan berpengetahuan untuk mengurus perjalanan koperasi.Bagi tujuan tersebut,Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007) Seksyen 45 telah menetapkan kuasa dan tanggungjawab kepada ALK untuk mengurus dan mentadbir koperasi secara cekap dan berkesan Dalam memastikan kecemerlangan organisasi terus kukuh dan direalisasikan dengan jayanya, ALK, anggota dan kakitangan koperasi perlu sentiasa bersedia menghadapi perubahan demi perubahan dengan kepelbagaian inovasi yang bersifat dinamik serta mengambil kira perubahan semasa yang ada sekarang.

Dalam Gerakan Koperasi, kepemimpinan merujuk kepada sekumpulan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) yang bertanggungjawab memacu sesebuah koperasi dan dianggap sebagai pelaksana perubahan atau transformasi terhadap gerakan koperasi. Oleh itu, pemilihan pemimpin yang tepat sangat penting agar tanggungjawab yang diberi dilaksanakan dengan penuh adil,saksama dan sentiasa memberi komitmen yang tinggi serta sanggup menerima perubahan dan cabaran. Sesuatu perubahan yang berlaku dalam Gerakan Koperasi menjadi tanggungjawab besar kepada pemimpin sesebuah koperasi. Ia bagi memastikan perubahan berkaitan dapat diuruskan dengan cekap dan sistematik seterusnya memberi manfaat kepada anggota dan kakitangan koperasi. Dalam proses pelaksanaan pengurusan perubahan, beberapa prinsip asas perlu diambil perhatian oleh kepimpinan kerana ia menjadi teras utama bagi membentuk corak kepemimpinan.

56 PELANCAR Edisi Khas

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease