WADAH PELANCAR EDISI KHAS PERSIDANGAN NEGERI 2020

MEMBUAT KEPUTUSAN BERTENTANGAN DENGAN PERUNDANGAN

TIDAK ADA PENGAGIHAN KUASA

IMPLIKASI TADBIR URUS

PENYELEWENGAN DAN PENYALAHGUNAAN KUASA

TIDAK TELUS DAN AMANAH

TIDAK MEMATUHI PROSEDUR YANG ADA

RAJAH 1.1: Implikasi Atas Tadbir Urus Koperasi

Konsep kerjasama adalah kunci kejayaan kepada sesebuah kepimpinan. Kerjasama ini ditunjukkan dalam perhubungan antara pemimpin dengan ALK dan anggota secara keseluruhannya. Ini merupakan cabaran kepada pemimpin koperasi bagi memastikan agenda semua pihak yang terlibat dapat dipenuhi tanpa mengakibatkan implikasi negatif. Justeru, pemimpin perlu mempunyai kredibiliti yang tinggi untuk menghadapi cabaran dalam dunia kepemimpinan Gerakan Koperasi. Ia adalah selaras keperluan yang terkandung di dalam Tujuh Teras Strategik Gagasan Kemakmuran Bersama yang ketujuh iaitu ‘Peningkatan Modal Sosial Masyarakat’ yang menyokong pembangunan dan pertumbuhan ekonomi melalui pembentukan jati diri masyarakat yang matang,berilmu dan mementingkan perpaduan. Isu-isu seperti tadbir urus yang lemah, masalah kewangan dan penglibatan pasif anggota boleh mengekang perkembangan gerakan koperasi dan dalam hal sedemikian, faktor keberkesanan kepimpinan mendorong kejayaan dan memainkan peranan besar dalam pencapaian prestasi koperasi.

Kecemerlangan sesebuah koperasi bergantung kepada cara bagaimana pengurusan dan pemimpin mencorakkan anggotanya bekerja dengan bersungguh-sungguh agar menghasilkan sesuatu ‘output’ yang diingini oleh koperasi. Implikasi terhadap pengabaian jati diri koperasi boleh menyebabkan hubungan, komunikasi dan kerjasama tidak mantap.Situasi ini menyebabkan maklumat dan perkembangan koperasi tidak diketahui dengan jelas.Kekeliruan dan rungutan berlaku sepanjang masa walaupun pihak ALK dan pihak pengurusan telah mempelbagaikan perkhidmatan koperasi (Datuk Haji Mohamad Ali Hasan & Ahmad Marzuki Ismail (2017). “Jati Diri Koperasi: Penerapan, Pengamalan Dan Manfaatnya Dalam Koperasi”. Dalam konteks ANGKASA sebagai Badan Puncak Gerakan Koperasi Negara, ANGKASA akan terus memperkasakan gerakan koperasi ke peringkat lebih tinggi serta berusaha memberikan perkhidmatan lebih cemerlang pada masa akan datang dengan mempamerkan corak kepemimpinan yang unggul. Usaha membangunkan kecemerlangan sektor koperasi sebenarnya memerlukan semangat kerjasama yang tinggi daripada semua pihak dan ia menjadi kekuatan kepada sesebuah organisasi untuk terus maju.

Edisi Khas PELANCAR

57

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease