SEULAS PINANG Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah
Presiden ANGKASA
Assalamualaikum dan salam sejahtera
P ersidangan Negeri (PN) adalah lambang manifestasi kejayaan dan keupayaan ANGKASA sebagai sebuah badan Apeks untuk membantu melancarkan program pembangunan koperasi ahli di seluruh negara. Ia sejajar dengan falsafah perjuangan asal yang didorong oleh hasrat penubuhan badan gabungan induk sejak awal kemerdekaan tanahair bagi mencapai hasrat, pengiktirafan dan memperkasa perpaduan selain berusaha membantu mengatasi taraf ekonomi kehidupan anggota koperasi, terutamanya di luar bandar. Sehingga kini, pelbagai program pembangunan sektor koperasi terus digerakkan seiring dengan perkembangan sosioekonomi semasa selain diselaras dan dipertingkat secara lebih komprehensif dan menyeluruh. Transformasi ekonomi yang semakin pantas dan canggih telah banyak merubah rentak dan budaya berjual beli dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia.
Transaksi kewangan bukan lagi hanya berorientasikan ‘ cash and carry’ tetapi boleh berlaku secara online di mana-mana sahaja serata dunia manakala premis jualan juga boleh berada serata lokasi kerana pendekatan promosi dan jualan boleh diuruskan secara maya tanpa memerlukan kehadiran pelanggan. Pendekatan yang digunapakai bukan sahaja kompleks dan berinovasi tinggi, malah jaringan perniagaan yang canggih, kos efektif dan memudahkan juga mampu mengurangkan pendekatan konvensional yang sedia ada dalam masa yang singkat. Justeru, PN merupakan sebuah platform yang membicarakan tentang pencapaian dan medan untuk memilih pucuk pimpinan di peringkat negeri. Kita harus melihatnya dalam konteks yang lebih luas dan manfaatkan pertemuan sehari itu dengan usul dan cadangan yang lebih inovatif. Kita juga harus bersama-sama mencari kata sepakat untuk membina transformasi ekonomi koperasi yang lebih signifikan dengan persekitaran ekonomi semasa dan mampu berdaya saing di pasaran. Selamat bersidang.
DATO’ ABDUL FATTAH HAJI ABDULLAH
Edisi Khas PELANCAR
5
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease