WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2020

MuatTurun Aplikasi Mudah Alih

PERCUMA

JANUARI 2020 JILID: WP02 / 1

ANGKASACoop

www.angkasa.coop RM1.00

Kertas Kitar Semula

Bantu Promosi Gerakan Koperasi Oleh : RAHMAT MOHD DID Alor Gajah Coop Run 2020 (AGCR 2020)

» Flag off perasmian Alor Gajah Coop Run 2020 oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Dato’ Seri Mohd Redzuan Md. Yusof. A lor Gajah Coop Run 2020 (AGCR 2020) yang julung kali dianjurkan oleh agensi di bawah Kementerian Pembangunan

terus memberi fokus untuk memperkasa dan membudayakan koperasi dalam segenap lapisan masyarakat selain menterjemahkan peranan secara lebih komprehensif bagi membantu menangani kos sara hidup dengan membangun dan memanfaatkan program pembangunan Barang Asas 100 (BA100). Hadir sama di acara tersebut ialah Pengerusi Eksekutif SKM, Dato’ Nordin Salleh; Ketua Pengarah IKM, Haji Ariffin Mamat, Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA,

Usahawan (MED) iaitu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah berlangsung di Dataran Keris, Alor Gajah, Melaka, 11 Januari lepas. Program larian tersebut yang turut men- dapat kerjasama daripada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Institut Koperasi Malaysia (IKM), Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan CoopBank Pertama (CBP) itu melibatkan penyertaan seramai lebih dua ribu orang mengikut kategori pertandingan iaitu Fun Run (5KM), Veteran (3KM) dan Family Run (3KM) yang terbuka kepada lelaki, wanita dan keluarga daripada pelbagai peringkat umur. Menteri Pembangunan Usahawan, Dato’ Seri Mohd Redzuan Md. Yusof yang turut hadir merasmikan program tersebut berkata, program Larian Komuniti seperti AGCR 2020 adalah amat baik bagi membantu mempromosikan gerakan koperasi menerusi penglibatan pelbagai peringkat komuniti khusus di Negeri Melaka supaya melibatkan diri dalam aktiviti sihat. Katanya, pada tahun ini, MED akan

» Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya (kiri) menjelaskan tentang produk- produk edaran di bawah program BA100 kepada Dato’ Seri Mohd Redzuan Md. Yusof.

Haji Nasir Khan Yahaya; Pengerusi jawatankuasa perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Melaka, Haji Muslim Md. Shah; Pengerusi Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad, Datuk Noripah Kamso dan Timbalan Pengerusi CoopBank Pertama, Hajah Nor Hidayah Omar.

» Sesi senamrobik sebelum acara larian dimulakan.

2

ANGKASA

P bagi

Terap Semangat Kekitaan Dalam Perniagaan

enerapan dan semangat kekitaan dalam perniagaan adalah penting nilai

baharu membentuk keperibadian yang lebih berani dan yakin. Beliau berkata demikian ketika selain mengetuai sesi dialog bersama para usahawan dan pemimpin koperasi anjuran Pertubuhan Usahawan Bumiputra Selangor di Dataran Niaga Tun Teja, Rawang, 29 Disember lalu. Program tersebut yang turut mendapat kerjasama daripada Dewan Perniagaan dan Keusahawanan Selangor dan Depenksel Niaga Berhad juga melibatkan dua ahli panel yang lain iaitu Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nordin Salleh dan Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah. Selain membincangkan tentang perspektif peluang- peluang perniagaan, cabaran dan perkongsian ilmu. Sesi dialog tersebut juga turut dijadikan sebagai medan kepada peserta untuk bersoal jawab selain menjawab soalan-soalan terkumpul daripada kalangan peniaga di peringkat akar umbi khususnya yang terlibat dalam industri pemborongan dan peruncitan.

memastikan usahawan sentiasa bersedia untuk bersama- sama mengharungi cabaran semasa dunia perniagaan. Bekas Menteri Kewangan dan anggota Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Dr. Abdul Daim Zainuddin berkata, semangat kekitaan akan dapat membantu meningkatkan pelbagai aspek pengurusan seperti menyusun agenda jangka pendek dan panjang sesebuah perniagaan secara lebih terancang. Katanya, banyak faedah luar jangka yang dapat dimanfaatkan dalam perniagaan seperti saling berpesan antara satu sama lain, menjana peningkatan dan kepelbagaian usaha serta kaedah

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

» Tun Daim Zainuddin ketika membentangkan sesi dialog bersama Datuk Nordin Salleh dan Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah.

» Peserta bergambar bersama panelis selepas sesi dialog.

Dari Meja Presiden ANGKASA

komitmen untuk menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya. Namun di sebalik penilaian tersebut, koperasi harus bersedia dan menyediakan platform lebih kukuh seperti penyediaan sumber yang mencukupi bagi memastikan piawaian prestasi yang mahu disasar atau diletakkan sememangnya mampu untuk dicapai. Semua elemen tersebut sekiranya dapat dinilai dengan sempurna dan adil, masalah kesan psikologi dan impak terhadap hasil kerja akan menjadi lebih baik pada masa akan datang sekaligus mengelak dari

berlakunya ketirisan dalam sesebuah keputusan. Semoga prestasi warga kerja di seluruh negara akan terus meningkat demi kejayaan dan kelestarian gerakan koperasi di Malaysia.

K elebihan terhadap daya saing dan produktiviti dalam sesebuah organisasi lazimnya didorong oleh faktor tadbir urus selain pengurusan sumber manusia yang berkesan. Sebagai jaminan kepada kelestarian tersebut, kaedah penilaian prestasi telah menjadi antara elemen yang sering dinilai dalam menentukan tahap pencapaian dan prestasi seseorang kakitangan seperti

sifat, gelagat, hasil tugas dan potensi yang dikenal pasti. Penilaian prestasi juga boleh dijadikan sebagai asas kepada perancangan tadbir urus di masa hadapan merangkumi pelbagai aspek yang bukan sahaja dapat memberi kesan yang positif kepada tadbir urus koperasi malah kepada kakitangan yang terlibat. Pendekatan penilaian prestasi terhadap pekerja juga akan dapat membantu meningkatkan motivasi dan

SIDANG PENGARANG

Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah

Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah

Pengurus Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor

Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal

Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,

Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail

Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Mohamad Zairul Hafiz Sardin

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Sekretariat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com

Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya

Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya

Pengurus Besar Bahagian Sekretariat Halim Haji Ibrahim

Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin

Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik

3

ANGKASA

Koperasi Perlu Kepimpinan Efektif, Tadbir Urus Berkesan

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah; Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad, Dato’ Seri Ayub Yaakob dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya.

“Setelah hampir 100 tahun koperasi bertapak di negara kita, wajar untuk gerakan ini keluar dari kotak pemikiran konvensional dan ia mesti bermula daripada sikap yang diserlahkan oleh seorang pemimpin melalui cara berfikir dan tindakan yang menggambarkan daya kepimpinannya,” ujar beliau.

Hadir sama di majlis perasmian seminar tersebut ialah Ketua Setiausaha MED, Datuk Wan Suraya Wan Md Radzi; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nordin Salleh; Ketua Pengarah IKM, Haji Ariffin Mamat;

» Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, YB Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Ramli

Oleh: NADIAH KAMARUDIN

Koperasi perlu sentiasa berada pada tahap kepimpinan yang efektif termasuk tadbir urus yang berkesan dalam usaha memastikan taraf sosioekonomi anggota terus dipertingkat selain kebajikan yang sentiasa terjaga. Justeru, dalam usaha untuk mencapai tahap kepimpinan yang lebih efektif, seseorang pemimpin perlu bijak menggabungkan ciri-ciri ilmu, kreativiti dan inovasi selain berani mengambil risiko dengan peluang yang ada. Seminar Bicara CEO anjuran Institut Koperasi Malaysia (IKM) dengan dukungan Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) telah mengambil inisiatif bijak dengan menjemput pemimpin- pemimpin daripada lebih 700 buah koperasi seluruh negara untuk berkumpul dan saling bertukar-tukar pandangan bagi merealisasikan matlamat tersebut. Program yang dihadiri oleh 945 pemimpin koperasi itu berlangsung di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi Disember lalu dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, YB Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Ramli. Beliau dalam ucapannya berkata, gerakan koperasi negara perlu lebih giat berusaha bagi memastikan perolehan sebanyak RM60 bilion menjelang tahun 2025 dapat dicapai sejajar dengan matlamat yang terkandung dalam Dasar Keusahawanan Nasional 2030. Menurut beliau, cabaran tersebut perlu disahut, terutamanya oleh barisan kepimpinan koperasi serta memastikan apa juga perniagaan yang diceburi, dapat memberi pulangan yang setimpal. Di samping itu, kepimpinan koperasi juga harus bersiap sedia mendepani Industri4.0denganmenggunapakai teknologi terkini khususnya dalam penghasilan produk atau penyediaan perkhidmatan.

SESI FORUM 1

‘Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030)’ Datuk Wan Suraya Wan Md Radzi Ketua Setiausaha MED

‘Hala Tuju Koperasi @ Rangka Undang-undang Baharu Untuk Pembangunan Koperasi’ Dato’ Nordin Salleh Pengerusi Eksekutif SKM

‘Peranan ANGKASA Dalam Memartabat Gerakan Koperasi’ Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah Presiden ANGKASA

‘Pembangunan Kapasiti Modal Insan Gerakan Koperasi’ Haji Ariffin Mamat Ketua Pengarah IKM

SESI FORUM 2

‘Kepimpinan dan Strategi dalam Transformasi Koperasi’ Dato’ Seri Ayub Yaakob Pengerusi Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad

‘Memacu Penyertaan Bumiputera dalam Keusahawanan’ Datuk Haji Naim Datuk Haji Mohamad Ketua Pengarah Program, Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA)

‘Perniagaan Produk Siti Khadijah’ Hajah Padzilah Enda Sulaiman Pengasas Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd.

4

WAWANCARA

Program

Majukan Rantaian Bekalan Sektor Koperasi

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

Datuk Nordin Salleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Bagaimana strategi rantaian bekalan boleh membantu mengatasi ketidakstabilan harga barangan di pasaran?

Proses rantaian bekalan ini merupakan satu pendekatan yang saya kira boleh membawa kesan yang besar terhadap dunia perniagaan. Memandangkan aktiviti jual beli pada masa kini semakin terarah kepada pendekatan e-commerce, kita berhadap strategi rantaian bekalan yang lebih berkesan khususnya dalam aspek logistik dapat dibentuk dan diperkasa bagi membantu mengesan punca masalah, mengenal pasti item dan seterusnya dapat menyalurkan item tersebut kepada pengguna dengan lebih sempurna, cepat dan meluas. Kelebihan ini juga dengan sendirinya akan dapat membantu menurunkan harga barang.

Sempena tahun baharu 2020, apakah pelan pembangunan ekonomi koperasi yang akan dilaksanakan oleh SKM.

Terima kasih. Agenda memperkasa ekonomi sektor koperasi terus diberi tumpuan bagi mencapai sasaran dan kejayaan untuk meletakkan Malaysia sebagai negara keusahawanan unggul menjelang 2030 menerusi Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) oleh Kementerian Pembangunan Usahawan. Selain memberi tumpuan bagi melahirkan lebih ramai usahawan melalui sektor koperasi, lima objektif utama yang ditetapkan di bawah DKN itu juga diharap dapat membantu melonjakkan sosioekonomi negara kepada yang lebih baik.

Boleh Datuk beri pandangan terhadap program BA100 yang dijalankan secara peruncitan online.

Bagaimana Datuk melihat perkembangan Sektor Pemborongan dan Peruncitan dalam membantu mencapai matlamat DKN 2030.

Rancangan BA100 yang diasaskan oleh ANGKASA merupakan satu langkah ke hadapan untuk memperluaskan usaha bagi menyampaikan bahan-bahan keperluan rakyat dengan harga yang berpatutan dan pada masa yang sama membantu sektor koperasi untuk terus berkembang. Jika sebelum ini kita hanya dapat memberi tumpuan kepada beberapa jenis barangan pengguna sahaja kerana faktor-faktor yang terhad selain kos yang agak tinggi, namun menerusi pendekatan program BA100 ini, kita harap pendekatan baharu dalam rantaian bekalan dapat dilaksana dengan lebih cekap selain dapat merangkumkan lebih banyak item jualan.

Sektor Pemborongan dan Peruncitan sememangnya menjadi antara fokus penting kepada SKM bagi mencari jalan membantu kerajaan meningkatkan bilangan usahawan dan pada masa yang sama mengatasi kos sara hidup rakyat. Gerakan koperasi diharap dapat menyahut seruan tersebut dengan menggandakan usaha bagi melonjakkan jualan koperasi dan bersama-sama membantu mengatasi masalah harga dengan menawarkan harga yang lebih berpatutan kepada masyarakat pengguna. SKM juga giat dalam pelbagai aktiviti sedemikian seperti penganjuran karnival jualan harga patut dan lain-lain. Ini telah kita lakukan di seluruh negara dengan harapan dapat mengatasi masalah kos pembelian khusus-nya barangan asas dan makanan. Ia juga sekaligus dapat membuka peluang kepada masyarakat untuk membeli barang keperluan dangan harga patut. Tetapi kita percaya masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan pendekatan sebegitu sahaja. Justeru, strategi rantaian bekalan atau supply chain yang lebih mantap perlu dibangunkan bagi memastikan sebarang permasalahan yang wujud dapat diatasi.

Apa harapan Datuk terhadap program ini.

Saya berharap program BA100 dapat membantu melonjakkan perolehan koperasi dan memanfaatkan pengguna. Namun yang lebih penting, koperasi dapat menguasai pasaran barangan keperluan selain pengurusan perniagaan dapat dipantau dan diselaraskan secara profesional sehingga akhirnya dapat menurunkan harga jualan kepada satu tahap yang lebih baik.

5

ANGKASA

Naik Taraf Tiga Ribu Koperasi Mikro Program BA100 Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

» Dato’ Abdul Fattah diberi penerangan tentang sistem jimat.biz oleh pegawai BA100 di kaunter kedai Koperasi UMK Berhad.

» Dato’ Abdul Fattah turut berkesempqtqn meninjau operasi kedai Koperasi UMK Berhad.

T iga ribu koperasi mikro di bawah program Barang Asas 100 (BA100) bakal dinaiktaraf secara berperingkat kepada koperasi sederhana bermula tahun ini. Ia berasaskan kepada sasaran peningkatan kapasiti jualan yang lebih tinggi melalui aktiviti perniagaan berasaskan runcit. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, usaha mentransformasikan koperasi- koperasi mikro kini giat dijalankan di seluruh negara bagi mengenalpasti mana-mana koperasi yang berminat untuk menyertai program BA100. Ia sekaligus menaik taraf operasi perniagaan runcit sedia ada berasaskan pendekatan urusniaga e-runcit JIMATBIZ. Katanya, koperasi mikro yang menjalankan operasi perniagaan runcit termasuk koperasi sekolah berpeluang untuk menggandakan perolehan koperasi masing-masing sehingga RM2.4 juta setahun dengan menyertai BA100. Usaha yang sedang digerakkan itu dibahagi kepada dua fasa bermula Januari hingga Mei dengan sasaran 1,500 koperasi berdaftar dan 1,500 lagi menjelang November depan selain menyasarkan bilangan pengguna yang aktif sekurang-kurangnya 1,000 orang sebulan. Menurutbeliau,pendekatanserba baharu dalam perniagaan berteraskan e-runcit itu juga turut menyasarkan

pengguna berpendapatan rendah (B40) bandar dan luar bandar untuk membeli barangan keperluan semasa khususnya produk kegunaan isi rumah dengan harga yang berpatutan. BA100 adalah program nasional yang diperkenalkan oleh ANGKASA dalam usaha berterusan untuk membantu menggerak dan memperkasa perniagaan koperasi terutama untuk membantu dan menawarkan penjualan barangan asas dengan harga berpatutan selain mengelak daripada manipulasi harga daripada orang tengah. Dato’ Abdul Fattah berkata demikian kepada media sewaktu hadir merasmikan Majlis Pelancaran Barang Asas (BA100) dengan kerjasama antara ANGKASA dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah berlangsung di Coopmart Koperasi UMK Berhad, Taman Pinggiran Universiti, UMK di Bachok, Kelantan pada 16 Januari lalu. Koperasi UMK Berhad merupakan Universiti awam pertama di Malaysia yang mengikuti Program BA100. Sementara itu, Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ TS. Dr. Noor Azizi Ismail berkata, sebagai sebuah universiti yang berteraskan keusahawanan, UMK komited dalam usahanya untuk membantu meningkatkan taraf hidup warga koperasi dan masyarakat melalui peranan yang dapat dimainkan oleh Koperasi UMK Berhad.

Katanya, projek BA100 dilihat amat baik dengan cara menawarkan barang asas dengan harga yang berpatutan dan secara tidak langsung akan dapat membantu menaiktaraf kualiti hidup anggota koperasi selain membantu merangsang perniagaan Koperasi UMK Berhad. Selain itu katanya, program objektif tersebut mampu membantu menaik- taraf operasi koperasi peruncitan secara lebih holistik dan kompetitif selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 di bawah Teras Strategik 3, iaitu ‘Merangsang Pembangunan Keusahawanan Ber-

sepadu dan Holistik’.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Prof. TS Dr. Arham Abdullah; Pengerusi Koperasi Universiti Malaysia Kelantan, Prof. Madya Dr. Muhammda Ismail; Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim.

6

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI

Koperasi Perlu Kukuh Identiti Di Serata Dunia – Presiden ICA Oleh: NADIAH KAMARUDIN

I su mengukuh dan memartabatkan identiti koperasi di serata dunia antara agenda utama yang dibincangkan dalam Mesyuarat Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) di Brussels, Belgium pada 10 Januari 2020. Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Presiden ICA, Mr. Ariel Guarco antara lainnya turut membincangkan Pelan Strategik ICA 2020 – 2030 yang memberi fokus pada empat tema utama iaitu promosi identiti koperasi, pertumbuhan gerakan koperasi, kerjasama antara koperasi dan sumbangan kepada gerakan koperasi secara global. Mr. Ariel berkata, kekuatan gerakan koperasi dunia pada ketika ini telah tersebar di setiap kawasan geografi dan berkongsi identiti yang sama. “Namun begitu, gerakan ini mempunyai kelemahan di mana dalam rangkaian global ICA, masih lagi wujud kekurangan kerjasama antara koperasi, komitmen yang terhad untuk berkongsi sumber untuk penyelidikan dan pendidikan serta kekurangan penyertaan daripada koperasi besar,” katanya.

Beliau turut berkata, Pelan Strategik ICA yang dijangka akan dibentangkan pada Kongres ICA di Seoul, Korea Selatan pada Disember 2020 bertujuan untuk memberi panduan strategik kepada ICA sebagai organisasi yang menyatu dan mewakili koperasi di seluruh dunia untuk menghadapi cabaran globalisasi masa kini melalui inisiatif yang positif dan proaktif. Isu anak muda lewat didedahkan mengenai koperasi sebagai model perniagaan di beberapa negara membawa kepada cadangan agar koperasi dimasukkan dalam kurikulum sekolah di peringkat sekolah rendah dan menengah. Malaysia yang diwakili oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Kamarudin Haji Ismail menyambut baik hasrat Mr. Ariel yang mahu melihat penubuhan sekolah koperasi diperluaskan lagi di tanah kelahiran beliau iaitu Argentina dan menyeru agar negara-negara lain mengikuti jejak langkah Malaysia telah memperkasakan Gerakan Koperasi Sekolah sejak 1968. Seramai 20 pemimpin koperasi mewakili 18 buah negara telah hadir ke mesyuarat tersebut. Anggota mesyuarat juga turut diseru agar

membuat persediaan yang lebih terperinci untuk sambutan Hari Koperasi Antarabangsa yang akan tertumpu pada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) ke-13 iaitu tindakan perubahan iklim.

» Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail bersama Presiden ICA, Mr. Ariel Guarco.

ANGKASA 7 Taklimat Projek Vendor Nurseri Anak Getah

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI Bantu Koperasi Tingkat Pendapatan P rogram taklimat dan lawatan kerja ANGKASA ke Tapak Semaian RISDA Semaian

& Lanskap (RSSB) di Kampung Awah, Temerloh, Pahang telah berlangsung pada 18 Disember 2019 diketuai Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail. Beliau ketika bercakap kepada media PELANCAR berkata, lawatan dan taklimat tersebut adalah sesi yang kedua selepas kejayaan sesi taklimat pertama projek nurseri semaian benih getah secara sistem vendor bersama koperasi di RSSB, Pendang, Kedah. Sejajar dengan misi Bahagian Perladangan, Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA iaitu untuk memperkasa koperasi perladangan dan pertanian dengan meningkatkan kualiti, teknologi, rantaian nilai dan pemasaran hasil perladangan dan pertanian. Taklimat tersebut dilihat sebagai penting kepada ANGKASA bagi mengkaji selain membincangkan potensi projek tersebut bersama koperasi khususnya yang berada di negeri Pahang dan negeri-negeri berdekatan. Katanya, ANGKASA juga berharap agar peluang yang ingin dikongsikan bersama pihak RSSB itu diambil oleh koperasi bagi membantu meningkatkan perolehan jangka panjang selain menjana pembangunan modal insan menerusi tunjuk ajar serta peluang pekerjaan baharu kepada anggota. “Perkara ini juga seiring dengan objektif untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor perladangan dan pertanian koperasi menerusi projek pembangunan yang berskala ekonomik dan bersifat kelestarian,” ujar beliau. Sesi taklimat tentang RSSB telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RSSB, Haji Mr Azmi Mat Zain. RSSB yang dimiliki sepenuhnya oleh RISDA iaitu

» Dato’ Haji Kamarudin diberi penerangan tentang kualiti anak-anak pokok getah yang disemai di RSSB, Kampung Awah, Temerloh. Turut sama ialah Haji Mansor Ab. Rahman (paling kanan).

Katanya, bagi mengekalkan pertumbuhan jangka panjang dan kesinambungan peluang perniagaan, RSSB telah membuka pasaran anak-anak benih dan pokok kepada pihak luar yang berminat selain menceburi bidang kerja pengurusan ladang, kontrak pembangunan ladang, lanskap dan penyelenggaraan termasuklah program penyediaan anak-anak benih getah secara sistem vendor. Menurut beliau, RSSB sedia memberti tunjuk ajar tentang teknik semaian benih getah kepada koperasi selain menaruh harapan yang tinggi agar penyertaan daripada sektor koperasi dapat membantu mempelbagaikan peluang ekonomi menerusi projek-projek baharu. Hadir sama di majlis taklimat tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pahang Zon 2, Haji Mansor Ab. Rahman; Pengurus Besar Pengurusan Institusi Felcra Berhad, Haji Zainul Anzaid Haji Seman dan Pengurus Besar Bahagian Perladangan, Pertanian dan Industri Asas Tani ANGKASA, Encik Hasnan Mustapha.

» Bergambar selepas selesai majlis taklimat.

sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab memajukan sektor pekebun kecil berfungsi menyedia dan membekalkan anak-anak benih getah dan sawit kepada pekebun kecil yang menyertai rancangan tanam semula RISDA.

» Anak-anak pokok getah yang disemai di RSSB Kampung Awah, Temerloh.

8

ANGKASA

148 Pelajar Terima Dokumen Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA Sesi 2019/ 2020

Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ

S eramai 148 pelajar menerima Dokumen Pendidikan Yayasan ANGKASA bagi sesi 2019/2020 dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM1,482,250. Majlis Pelancaran Portal Pelajar dan Penyerahan Dokumen Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA sesi 2019/ 2020 telah dirasmikan oleh Presiden ANGKASA merangkap Presiden ASEAN Co- operative Organization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah. Portal pelajar akan diguna bagi memudahkan pelajar untuk berinteraksi dan berurusan dengan pihak Yayasan ANGKASA secara lebih mudah dan pantas. Menerusi portal itu juga, maklumat

berkaitan pendidikan pelajar akan dapat diakses secara lebih mudah dan selamat. Majlis turut memberi penghargaan kepada pelajar pembiayaan Yayasan ANGKASA yang mendapat keputusan Ijazah Kelas Pertama dengan pembiayaan tersebut diubah kepada Biasiswa Penuh, pemberian trofi, sumbangan wang tunai serta hamper barangan koperasi. Hadir sama ialah Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik serta barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA.

» Pelancaran portal Yayasan ANGKASA oleh Dato’ Abdul Fattah Abdullah diiringi oleh Naib-Naib Presiden dan Pengurusan Kanan ANGKASA.

» Gambar kenangan penerima Anugerah Keputusan Cemerlang dan Dokumen Pembiayaan Yayasan ANGKASA 2019/2020 bersama Barisan Pemimpin dan pengurusan ANGKASA dan Yayasan ANGKASA.

» Presiden ANGKASA , Dato Abdul Fattah Haji Abdullah serta tetamu kenamaan bersama pelajar cemerlang dan penerima Kontrak Pembiayaan Yayasan ANGKASA Sesi 2019/2020.

9

ANGKASA

» Sebahagian peserta yang hadir.

» Salah seorang wakil pelajar membaca ikrar.

» Dato’ Abdul Fattah berucap di majlis pelancaran.

ANGKASA 10 Tingkat Kredibiliti Pengamal Bidang Perwarisan

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

» Datuk Haji Mohamad Ali Hasan semasa memberikan ucapan.

P restasi MyANGKASA Amanah Berhad (MAAB) dalam perkhidmatan pentadbiran pusaka, pengamanahan individu dan pengamanahan korporat ternyata telah memberi keyakinan kepada masyarakat khususnya dalam usaha satu-satunya syarikat amanah milik sektor koperasi. Kejayaan ini terbukti melalui pencapaian MAAB sehingga November 2019 merekodkan wasiat yang didaftarkan melalui MAAB telah pun mencapai angka 90,000 wasiat, manakala rakan strategik yang berdaftar termasuklah institusi bank (98 buah); koperasi (17 buah) dan agensi (35 buah). Menurut Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah, MAAB masih kekal sebagai pemain industri produk penulisan wasiat pada kadar bayaran terendah di pasaran berbanding syarikat amanah yang lain. Katanya, inilah semangat dan konsep koperasi yang diterapkan di MAAB bagi membantu pelanggan, bukan kepada anggota koperasi malah orang ramai dalam menyelesaikan permasalahan harta pusaka. “ANGKASA melihat aliran kerjasama dengan syarikat pemegang amanah oleh syarikat- syarikat yang menawarkan perkhidmatan kepada orang ramai ini sebagai sesuatu yang amat baik dan menjadi contoh kepada syarikat-syarikat perkhidmatan yang lain,” ujarnya. Beliau berkata, kerjasama strategik antara MAAB dan Islamic Banking & Finance Institute

Malaysia (IBFIM) yang ditandatangani pada 12 April April 2018 lalu berjaya merealisasikan Modul Perancangan Dan Pentadbiran Perwarisan untuk kegunaan pengamal bidang perwarisan. Ujarnya, modul yang ditawarkan dalam kursus ini menyediakan kursus berkaitan perkara asas mengenai ciri-ciri produk sehinggalah kepada proses pelaksanaan dan penghasilan di samping pendedahan kes-kes sebenar yang diharap dapat memberi kefahaman dalam kalangan pengamal dan perunding institusi kewangan. “Pengisian modul ini menerangkan secara terperinci tentang keseluruhan produk bermula dengan sifat dan ciri-ciri produk sehinggalah kepada proses pelaksanaan dan penghasilan kepada kira-kira 1,500 wakil dari saluran pemasaran bagi memperkasakan lagi pengetahuan dan kemahiran kumpulan ini khususnya dalam pengurusan perwarisan dan kewangan Islam. Beliau menyatakan, kerjasama strategik ini adalah langkah tepat ke arah memajukan strategi pembangunan perniagaan kedua-dua pihak khususnya dalam meningkatkan pemahaman orang ramai terutama agen jualan produk penulisan wasiat dan penyelesaian terhadap masalah perwarisan yang tertunggak. Kerjasama pembangunan modul ini adalah berasaskan Islam iaitu Islamic Legacy Management (ILM) yang lebih teratur dan tersusun yang menawarkan program pensijilan yang direalisasikan menerusi tanda aras kerangka kelayakan IBFIM serta diberikan perakuan akreditasi program oleh

agensi akreditasi kewangan bagi memastikan kualiti pensijilannya diperakui. Dato’ Abdul Fattah menyatakan inisiatif pelaksanaan kursus menerusi modul pembangunan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran pusaka, pengamanahan individu dan pengamanahan korporat sekali gus memberi keyakinan kepada masyarakat terhadap usaha satu-satunya syarikat amanah milik sektor koperasi ini. Katanya, walaupun masih baru dalam industri pengamanahan, kepercayaan semua pihak terhadap jenama ANGKASA itu berjaya menjalin kerjasama perniagaan dengan pelbagai institusi bank komersil di negara ini, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan koperasi-koperasi. Sementara itu, Naib Presiden ANGKASA yang juga merangkap Pengerusi MAAB, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menjelaskan, bagi memperkasakan kerjasama strategik yang lebih berkesan antara MAAB dan rakan strategik MAAB, diharap kedua-dua pihak dapat menyokong penganjuran Kursus Pengurusan Perwarisan Islam secara berkala. Antara manfaat kursus tersebut adalah seperti memudahkan pihak Syariah dan Sivil untuk menguatkuasa dan memperkasakan undang-undang perwarisan, meningkatkan kredibiliti pengamal bidang perwarisan dan membuka ruang perniagaan dalam bidang perwarisan kepada institusi serta usahawan persendirian.

11 KOPERASI ANGKASA Perkenal Pelan Anti Rasuah Untuk Koperasi Oleh : RAHMAT MOHD DID

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah dan Penguasa Kanan SPRM, Tuan Hamzah Ibrahim berjabat tangan tanda persefahaman. Turut sama ialah Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Naib-Naib Presiden ANGKASA Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.

A NGKASA akan melancarkan Pelan Antirasuah Koperasi (CACP) kepada semua Anggota Lembaga Koperasi (ALK) bermula bulan Mac ini. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, modul tersebut merupakan kesinambungan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang diperkenalkan kerajaan pada awal tahun lalu tetapi pengisiannya akan memfokuskan kepada integriti, akauntabiliti dan liabiliti pengurusan koperasi supaya dapat mendidik dan memberi pengetahuan agar tidak terdedah dengan salah guna kuasa dan penyelewengan. “Mulai 1 Jun 2020, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menguatkuasakan Akta Liabiliti Korporat iaitu organisasi perlu bertanggungjawab terhadap sebarang salahguna kuasa dan penyelewengan yang berlaku. Ini berbeza dengan sebelum ini iaitu hanya pihak pengurusan sahaja yang dipertanggungjawabkan. “Untuk pengetahuan semua, ANGKASA merupakan 12 agensi terawal yang dianugerahkan Skim Pensijilan Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) berdasarkan ISO 37001: 2016 oleh SPRM dan SIRIM QAS International. “Jadi kami berharap ia dapat menjadi contoh kepada semua koperasi untuk bersama-sama mendapatkanpensijilantersebutbagimemperkuatkan organisasi bukan sahaja dari segi kekuatan kewangan tetapi kekuatan tadbir urus,” katanya.

Dato’ Abdul Fattah berkata demikian sewaktu merasmikan Seminar Pengurusan Antirasuah dan Standard Dalam Koperasi 2019 di Kuala Lumpur, Disember lalu. Seminar yang berlangsung selama dua hari itu dihadiri seramai 108 peserta mewakili 54 buah koperasi seluruh negara. Objektif seminar diadakan adalah bagi meningkatkan tahap kesedaran serta kefahaman warga koperasi tentang antirasuah, meningkatkan kesedaran dan memupuk usaha pembudayaan antirasuah dalam tadbir urus perkhidmatan koperasi selain menggalakkan semangat bertanggungjawab untuk memerangi rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan serta meningkatkan komitmen anggota koperasi tentang peranan yang boleh

dimainkan untuk mengukuhkan antirasuah dalam tadbir urus koperasi. Hadir sama pada seminar tersebut ialah Penguasa Kanan SPRM, Tuan Hamzah Ibrahim, Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya termasuk Naib-Naib Presiden ANGKASA yang lain iaitu Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik serta Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak merangkap Anggota Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti ANGKASA, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin.

» Sebahagian daripada peserta

12 RENCANA

Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Tangani Rasuah Dalam Organisasi

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ P erdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad melancarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 pada 29 Januari 2019 lalu sebagai salah satu inisiatif kerajaan dalam merealisasikan manifesto kerajaan ke arah negara bebas rasuah dan berintegriti. Bertemakan ‘Memecah Rantaian Rasuah’ , NACP merupakan pelan yang dibangunkan khusus untuk dilaksanakan bermula Januari 2019 hingga Disember 2023. Pelaksanaan pelan ini dibangunkan oleh Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah, Jabatan Perdana Menteri (GIACC) dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan lain. Pelan khusus ini dibangunkan bagi menetapkan sasaran yang praktikal berdasarkan inisiatif yang akan diambil oleh setiap agensi kerajaan dan swasta dalam menangani masalah rasuah, integriti dan tadbir urus untuk tempoh lima tahun akan datang. Program kesedaran anti rasuah dalam kalangan anggota koperasi yang kini sedang dilaksanakan ANGKASA akan memfokuskan kepada pengukuhan integriti, ketelusan, serta prosedur perniagaan koperasi bagi mewujudkan persekitaran aktiviti koperasi yang berintegriti dan bebas rasuah. Ia merupakan satu inisiatif Badan Induk ini kepada koperasi melalui pelaksanaan Bengkel Modul Integriti Koperasi yang telah bermula pada tahun ini. Pelaksanaan program ini meliputi pendedahan terhadap tadbir urus koperasi, liabiliti korporat, pencegahan rasuah dan kepentingannya dalam koperasi. Inisiatif ini amat bertepatan sekali sebagai peringatan kepada semua penggerak dalam gerakan koperasi untuk mengamalkan budaya integriti dan akauntabiliti tinggi dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan. Selain menjadi pemangkin ke arah memulakan dan meneruskan aktiviti kepada pembasmian rasuah ke koperasi, inisiatif ini juga menjadi simbol pengamalan nilai integriti dalam diri setiap anggota yang menjadi kunci kejayaan sesebuah koperasi. Bagi memperkukuhkan integriti dalam organisasi, kerjasama strategik yang diwujudkan oleh ANGKASA dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ini membolehkan pendedahan anti rasuah ke koperasi

dengan sistem yang bersistematik dalam menangani gejala rasuah dalam koperasi. Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) merupakan satu inisiatif dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) dirangka bagi menangani isu dalaman dalam organisasi berkaitan kelemahan integriti, tadbir urus dan anti rasuah. Sehubungan itu, ANGKASA mengambil pendekatan proaktif dan berkesan dengan memberi pendedahan ilmu dan perkongsian bermanfaat mengenai OACP dalam kalangan anggota koperasi menerusi penganjuran bengkel Modul Integriti Koperasi yang dijalankan di seluruh negara. OACP dibentuk untuk memperkukuhkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan agensi-agensi bagi membangun pelan strategi anti rasuah dalaman organisasi sekali gus memastikan Malaysia bebas daripada gejala rasuah. Selain itu, ia juga bermatlamat meningkatkan kesedaran, komitmen serta kerjasama pelbagai sektor dalam usaha meningkatkan integriti supaya ia menjadi budaya dalam masyarakat serta diamalkan dalam semua bidang.

Dalam konteks sektor koperasi, diharap dengan pelaksanaan pelan ini, ia dapat dijadikan rujukan lengkap kepada semua warga organisasi dan pengurusan tertinggi sehingga ke peringkat bawah supaya setiap individu dapat memainkan peranan dalam melaksanakan pelan tindakan bagi melahirkan organisasi bebas rasuah dan berintegriti. Bagi memastikan gerakan koperasi ‘Sifar Rasuah’, ANGKASA meneruskan komitmennya dengan memanfaatkan kerjasama strategik ini dengan memberi kesedaran kepada anggota koperasi untuk mengamalkan budaya integriti di samping berpegang kepada nilai-nilai koperasi yang menjadi tunjang kepada sektor koperasi. Usaha ini amat bertepatan sekali dengan kerjasama yang dijalinkan bersama SPRM yang antara lain memberi platform terbaik buat SPRM menembusi sektor koperasi dalam memberikan ilmu dan bimbingan berkaitan bahaya rasuah.

Sumber: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) & Pelan Antirasuah Nasional (NACP)

13 KOPERASI

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI K eputusan Koperasi Panel Kesihatan Selangor Berhad (KPKSB) untuk menjalin kerjasama perniagaan bersama Rosby Fabricare Sdn. Bhd. dalam industri dobi berskala tinggi dilihat sebagai tepat pada masanya dalam usaha koperasi tersebut yang mahu meningkatkan perolehan jangka panjang. Menerusi program kerjasama tersebut, koperasi akan berperanan dalam aspek pemasaran dengan membawa masuk peluang dan permintaan pelanggan baharu seperti hospital, hotel dan institusi yang banyak menggunakan fabrik. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah yang hadir menyaksikan perjanjian tersebut turut menyuarakan keyakinannya terhadap potensi perniagaan dobi berskala tinggi selain berharap agar perniagaan yang dijalankan oleh KPKSB dapat dijadikan sebagai sumber rujukan bagi membantu koperasi- koperasi lain sekiranya ingin menjalankan perniagaan yang sama. Majlis menandatangani perjanjian usahasama antara KPKSB dan Rosby Fabricare Sdn. Bhd. berlangsung pada 2 Januari 2020 di pusat dobi tersebut yang bertempat Taman Industri Puchong Permai. Hadir sama di majlis tersebut ialah Pengerusi Eksekutif Rosby Fabricare Sdn. Bhd., Haji Mohd Shobhi Mustakim. Sementara itu, Pengerusi KPKSB, Dato’ Dr. J Kannan Raman ketika ditemui media PELANCAR berkata, minat KPKSB terhadap industri dobi telah wujud sejak dua tahun yang lalu. Setelah mengkaji dan yakin dengan potensinya yang mampu meningkatkan perolehan KPKSB, semua Anggota Lembaga Koperasi (ALK) telah menyatakan persetujuan dan bersedia untuk memberikan komitmen penuh bagi memastikan rancangan tersebut berjaya mencapai matlamat sosioekonomi seperti yang diharapkan. Jalin Kerjasama Perkhidmatan Dobi Berskala Tinggi KPKSB - Rosby Fabricare

» Dato’ Abdul Fattah (berdiri lima dari kiri) bergambar bersama barisan ALK KPKSB dan pengurusan Rosby Fabricare.

» Dato’ Abdul Fattah turut berkesempatan meninjau ruang operasi Rosby Fabricare.

Koperasi Disaran Bergabung dan Teroka Peluang Baharu

Oleh : RAHMAT MOHD DID

K operasi disaran supaya lebih berani untuk meneroka peluang-peluang perniagaan baharu selain bergabung tenaga dan kebolehan bagi terus menjana dan memastikan aliran tunai terus kukuh. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia sentiasa komited untuk membantu koperasi menjalankan aktiviti perniagaan dan perkhidmatan yang dapat memberi pulangan dari segi sosioekonomi dan bermanfaat untuk anggota khasnya dan koperasi amnya. Katanya, kelangsungan koperasi juga dapat dipastikan dengan Pelan Korporat Lima Tahun yang disediakan oleh pihak pengurusan.

Dato’ Abdul Fattah berkata merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Gugusan Sungai Kambang Berhad Kali Ke-26 di Kuala Lipis pada 19 Disember 2019. Menurut beliau, Statistik demikian sewaktu koperasi di Pahang sehingga 30 Jun 2019 berjumlah 1,147 buah dengan keanggotaan seramai 244,631 orang, syer berjumlah RM290.30 juta dan perolehan berjumlah RM351.78 juta. “Dengan bilangan koperasi serta keanggotaan seramai ini, koperasi di sini mempunyai banyak peluang untuk bekerjasama dan meneroka bidang baru yang lebih berimpak tinggi sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi koperasi di

samping memberi pulangan kepada anggota,” katanya. Hadir sama ialah Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Raub/Kuala Lipis/Cameron Highlands, Encik Mohd Shukemei Ahmad; Ketua Unit Pengurusan Peserta Wilayah Pahang,

Encik Wan Kamaruddin Wan Idris; Pengurus Koperasi Peserta-Peserta Koperasi FELCRA Malaysia Berhad, Encik Muhamad Firdaus Mohd Fadzilah dan Pengerusi Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Gugusan Sungai Kambang Berhad, Haji Ahmad Salim.

» Dato’ Abdul Fattah berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Gugusan Sungai Kambang Berhad.

14 KOPERASI

Cakna Terhadap Alam Sekitar Pupuk Semangat Generasi Muda

boleh dimanfaatkan semula dalam kehidupan dan pada masa yang sama dapat membantu memulihara alam sekitar. Katanya, pembaziran makanan umpamanya menjadi sebahagian daripada dilema dalam kalangan masyarakat dan perlu ada usaha bagi memastikan lebihan atau sisa tersebut dimanfaatkan dengan sebaiknya. Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan program Redirect: BIN TO GARDEN anjuran L.I.F.E. Squad di Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal Dalam di Kajang, Selangor, 10 Januari lalu. Menurut beliau, gerak kerja yang dijalankan oleh sekumpulan 10 pasca siswazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu wajar diberi pujian dan sokongan oleh semua pihak kerana menjadikan pelajar sekolah sebagai sasaran memupuk kesedaran awal tentang kepentingan memelihara serta pemuliharaan alam sekitar. Usaha tersebut juga katanya perlu diangkat sebagai tanda sokongan kepada 17 bidang utama dalam matlamat Pembangunan Mampan ( Sustainable Gevelopment Goals ) yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam Perhimpunan Agung PBB pada 2015 untuk dicapai pada 2030 sebagai agenda demi pembangunan dan kemaslahatan manusia dan bumi. Program yang melibatkan penyertaan daripada kalangan pelajar sekolah itu juga turut mendapat kerjasama daripada UKM, Perbadanan Pengurusan Sisa pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) serta Mentari Alam Eko (M) Sdn. Bhd. (MAEKO) Antara yang hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Penasihat Projek BIN TO GARDEN, Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohd Ali; Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat, Haji Arbain Pinji; Penolong Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Majlis Daerah Kajang, Encik Mohd Zikri Ibrahim; Penolong Pengarah Kanan SWCorp, Puan Lee Yiew Chen dan barisan tenga pengajar yang diketuai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal Dalam, Puan Nur Suzanalita Mohd Azhar.

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

» Hasil kompos akan digunakan sebagai baja untuk tanaman bunga dan sayuran di kawasan lanskap sekolah.

U saha bagi meningkatkan semangat untuk terus cakna terhadap kepentingan menjaga alam sekitar secara lestari dalam kalangan generasi muda wajar dikembangkan bukan sahaja menerusi kempen-kempen kesedaran, malah melalui pendekatan pendidikan dan penggunaan inovasi baharu selain kreativiti khususnya dalam aspek pengurusan bahan buangan sisa pepejal. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, kempen yang dijalankan itu sangat penting bagi membantu meningkatkan tahap kesedaran kepada masyarakat khususnya generasi muda tentang bagaimana sisa pepejal seperti nutrien lebihan sisa makanan

» Dato’ Abdul Fattah menandatangani plak perasmian Bilik BIN TO GARDEN Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal Dalam.

» Dato’ Abdul Fattah melihat kompos yang terhasil daripada sisa lebihan makanan melalui mesin pemprosesan kompos milik Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal Dalam.

» Bergambar bersama sebilangan guru dan pelajar yang terlibat dalam program Redirect: BIN TO GARDEN BIN TO GARDEN.

15 KOPERASI

Koperasi Pelancongan Sawah Sempadan Berhad

» Produk sos cili perasa nanas dan dodol

Pengeluar Dodol Dan Sos Cili Perasa Nanas

keluaran koperasi.

Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ

Kelebihan dodol dan sos cili perasa nanas keluaran koperasi adalah rasanya yang manis bercampur rasa masam. Buah nanas yang diperoleh dari negeri Johor itu terlebih dahulu dikisar dan seterusnya dimasak dalam tempoh yang lama serta diproses dengan teliti bagi menjamin kualiti dan keaslian rasa. Menurut beliau, harga dodol dan sos cili perasa nanas sedikit tinggi berbanding dodol dan sos cili asli. Dodol nenas dijual dengan harga RM30 sekilogram manakala dodol biasa dengan saiz yang sama dijual pada harga RM25/kg. Dodol dan sos cili kini dipasarkan di sekitar Tanjung Karang dan lain-lain daerah dalam negeri Selangor selain turut menerima tempahan dari negeri-negeri lain. Dodol perasa nanas juga sering menjadi pilihan pelanggan sempena hari raya selain dijadikan sebagai cenderahati untuk majlis kenduri. Koperasi Pelancongan Sawah Sempadan Berhad juga turut aktif mengeluarkan produk-produk lain yang juga berasaskan nenas seperti biskut tart nanas dan jem nanas. Pihak koperasi juga kini dalam perbincangan dengan beberapa pihak yang menjalankan perniagaan atau mempunyai platform atas talian bagi membantu mengedar produk koperasi. Koperasi turut membuka peluang kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi pengedar dodol dan sos cili ke negeri-negeri lain. Pembekal buah nanas juga boleh mengadakan kerjasama dengan koperasinya dalam memastikan stok buah nanas mencukupi, seiring dengan tempahan pelanggan. Koperasi juga turut mempunyai enam buah rumah kampung yang dijadikan sebagai homestay dan disewa dengan harga bermula RM170 hingga RM200. Melalui pakej yang ditawarkan, pelanggan atau ‘Tamu’ berpeluang menyertai aktiviti memancing serta berakit di kawasan sekitar. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Koperasi Pelancongan Sawah Sempadan Berhad Blok B Sawah Sempadan, 45500 Tanjung Karang, Selangor Darul Ehsan. Tel. : 011-1494 6497 / 011-5773 8597 E-mel : zaibos71@gmail.com

» Bangunan tempat pembuatan sos cili dan dodol nanas, asli dan perasa lain.

K operasi Pelancongan Sawah Sempadan Berhad adalah antara koperasi yang berjaya menginovasikan produk keluarannya sehingga terpilih untuk berada di bawah Pra Product 100 Champion ANGKASA iaitu dodol dan sos cili perasa buah nanas. Pengerusinya, Puan Zaleha Ibos yang juga Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor berkata, idea untuk menjadikan nanas sebagai perasa bagi dodol dan sos cili bermula hasil hubungan baik yang dibina oleh koperasi yang ditubuhkan pada tahun 2015 itu dengan Lembaga Nanas Selangor. Proses pengeluaran dodol dan sos cili dijalankan di sebuah bangunan di Tanjung Karang. Seramai empat orang tenaga kerja untuk kerja pengeluaran dodol dan sos cili, manakala, tiga orang pekerja untuk urusan pentadbiran dan pemasaran. Selain perasa nanas, koperasi juga turut mengeluarkan sos cili dan dodol perisa asli. Dodol yang siap dimasak akan dibungkus dalam pek paling kecil iaitu 500 gram hingga sekilogram dengan pengeluaran minimum 100 pek sehari manakala sos cili pula dikeluarkan sebanyak 200 botol sehari.

» Puan Zaleha Ibos dengan produk koperasinya di Wisma Ungku A. Aziz sempena pelancaran Pra 100 Product Champion .

» Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail merasmikan Majlis Penyerahan Alat Bantu Perniagaan dan Coop Plate, Program Pra 100 Product Champion 2019.

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease