11 KOPERASI ANGKASA Perkenal Pelan Anti Rasuah Untuk Koperasi Oleh : RAHMAT MOHD DID
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah dan Penguasa Kanan SPRM, Tuan Hamzah Ibrahim berjabat tangan tanda persefahaman. Turut sama ialah Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya, Naib-Naib Presiden ANGKASA Dato’ Che Mohd Shukree Che Isa, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.
A NGKASA akan melancarkan Pelan Antirasuah Koperasi (CACP) kepada semua Anggota Lembaga Koperasi (ALK) bermula bulan Mac ini. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, modul tersebut merupakan kesinambungan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang diperkenalkan kerajaan pada awal tahun lalu tetapi pengisiannya akan memfokuskan kepada integriti, akauntabiliti dan liabiliti pengurusan koperasi supaya dapat mendidik dan memberi pengetahuan agar tidak terdedah dengan salah guna kuasa dan penyelewengan. “Mulai 1 Jun 2020, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menguatkuasakan Akta Liabiliti Korporat iaitu organisasi perlu bertanggungjawab terhadap sebarang salahguna kuasa dan penyelewengan yang berlaku. Ini berbeza dengan sebelum ini iaitu hanya pihak pengurusan sahaja yang dipertanggungjawabkan. “Untuk pengetahuan semua, ANGKASA merupakan 12 agensi terawal yang dianugerahkan Skim Pensijilan Pengurusan Anti Rasuah (ABMS) berdasarkan ISO 37001: 2016 oleh SPRM dan SIRIM QAS International. “Jadi kami berharap ia dapat menjadi contoh kepada semua koperasi untuk bersama-sama mendapatkanpensijilantersebutbagimemperkuatkan organisasi bukan sahaja dari segi kekuatan kewangan tetapi kekuatan tadbir urus,” katanya.
Dato’ Abdul Fattah berkata demikian sewaktu merasmikan Seminar Pengurusan Antirasuah dan Standard Dalam Koperasi 2019 di Kuala Lumpur, Disember lalu. Seminar yang berlangsung selama dua hari itu dihadiri seramai 108 peserta mewakili 54 buah koperasi seluruh negara. Objektif seminar diadakan adalah bagi meningkatkan tahap kesedaran serta kefahaman warga koperasi tentang antirasuah, meningkatkan kesedaran dan memupuk usaha pembudayaan antirasuah dalam tadbir urus perkhidmatan koperasi selain menggalakkan semangat bertanggungjawab untuk memerangi rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan serta meningkatkan komitmen anggota koperasi tentang peranan yang boleh
dimainkan untuk mengukuhkan antirasuah dalam tadbir urus koperasi. Hadir sama pada seminar tersebut ialah Penguasa Kanan SPRM, Tuan Hamzah Ibrahim, Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya termasuk Naib-Naib Presiden ANGKASA yang lain iaitu Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik serta Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sarawak merangkap Anggota Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti ANGKASA, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin.
» Sebahagian daripada peserta
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease