13 KOPERASI
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI K eputusan Koperasi Panel Kesihatan Selangor Berhad (KPKSB) untuk menjalin kerjasama perniagaan bersama Rosby Fabricare Sdn. Bhd. dalam industri dobi berskala tinggi dilihat sebagai tepat pada masanya dalam usaha koperasi tersebut yang mahu meningkatkan perolehan jangka panjang. Menerusi program kerjasama tersebut, koperasi akan berperanan dalam aspek pemasaran dengan membawa masuk peluang dan permintaan pelanggan baharu seperti hospital, hotel dan institusi yang banyak menggunakan fabrik. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah yang hadir menyaksikan perjanjian tersebut turut menyuarakan keyakinannya terhadap potensi perniagaan dobi berskala tinggi selain berharap agar perniagaan yang dijalankan oleh KPKSB dapat dijadikan sebagai sumber rujukan bagi membantu koperasi- koperasi lain sekiranya ingin menjalankan perniagaan yang sama. Majlis menandatangani perjanjian usahasama antara KPKSB dan Rosby Fabricare Sdn. Bhd. berlangsung pada 2 Januari 2020 di pusat dobi tersebut yang bertempat Taman Industri Puchong Permai. Hadir sama di majlis tersebut ialah Pengerusi Eksekutif Rosby Fabricare Sdn. Bhd., Haji Mohd Shobhi Mustakim. Sementara itu, Pengerusi KPKSB, Dato’ Dr. J Kannan Raman ketika ditemui media PELANCAR berkata, minat KPKSB terhadap industri dobi telah wujud sejak dua tahun yang lalu. Setelah mengkaji dan yakin dengan potensinya yang mampu meningkatkan perolehan KPKSB, semua Anggota Lembaga Koperasi (ALK) telah menyatakan persetujuan dan bersedia untuk memberikan komitmen penuh bagi memastikan rancangan tersebut berjaya mencapai matlamat sosioekonomi seperti yang diharapkan. Jalin Kerjasama Perkhidmatan Dobi Berskala Tinggi KPKSB - Rosby Fabricare
» Dato’ Abdul Fattah (berdiri lima dari kiri) bergambar bersama barisan ALK KPKSB dan pengurusan Rosby Fabricare.
» Dato’ Abdul Fattah turut berkesempatan meninjau ruang operasi Rosby Fabricare.
Koperasi Disaran Bergabung dan Teroka Peluang Baharu
Oleh : RAHMAT MOHD DID
K operasi disaran supaya lebih berani untuk meneroka peluang-peluang perniagaan baharu selain bergabung tenaga dan kebolehan bagi terus menjana dan memastikan aliran tunai terus kukuh. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi di Malaysia sentiasa komited untuk membantu koperasi menjalankan aktiviti perniagaan dan perkhidmatan yang dapat memberi pulangan dari segi sosioekonomi dan bermanfaat untuk anggota khasnya dan koperasi amnya. Katanya, kelangsungan koperasi juga dapat dipastikan dengan Pelan Korporat Lima Tahun yang disediakan oleh pihak pengurusan.
Dato’ Abdul Fattah berkata merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Gugusan Sungai Kambang Berhad Kali Ke-26 di Kuala Lipis pada 19 Disember 2019. Menurut beliau, Statistik demikian sewaktu koperasi di Pahang sehingga 30 Jun 2019 berjumlah 1,147 buah dengan keanggotaan seramai 244,631 orang, syer berjumlah RM290.30 juta dan perolehan berjumlah RM351.78 juta. “Dengan bilangan koperasi serta keanggotaan seramai ini, koperasi di sini mempunyai banyak peluang untuk bekerjasama dan meneroka bidang baru yang lebih berimpak tinggi sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi koperasi di
samping memberi pulangan kepada anggota,” katanya. Hadir sama ialah Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Raub/Kuala Lipis/Cameron Highlands, Encik Mohd Shukemei Ahmad; Ketua Unit Pengurusan Peserta Wilayah Pahang,
Encik Wan Kamaruddin Wan Idris; Pengurus Koperasi Peserta-Peserta Koperasi FELCRA Malaysia Berhad, Encik Muhamad Firdaus Mohd Fadzilah dan Pengerusi Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Gugusan Sungai Kambang Berhad, Haji Ahmad Salim.
» Dato’ Abdul Fattah berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Gugusan Sungai Kambang Berhad.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease