15 KOPERASI
Koperasi Pelancongan Sawah Sempadan Berhad
» Produk sos cili perasa nanas dan dodol
Pengeluar Dodol Dan Sos Cili Perasa Nanas
keluaran koperasi.
Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ
Kelebihan dodol dan sos cili perasa nanas keluaran koperasi adalah rasanya yang manis bercampur rasa masam. Buah nanas yang diperoleh dari negeri Johor itu terlebih dahulu dikisar dan seterusnya dimasak dalam tempoh yang lama serta diproses dengan teliti bagi menjamin kualiti dan keaslian rasa. Menurut beliau, harga dodol dan sos cili perasa nanas sedikit tinggi berbanding dodol dan sos cili asli. Dodol nenas dijual dengan harga RM30 sekilogram manakala dodol biasa dengan saiz yang sama dijual pada harga RM25/kg. Dodol dan sos cili kini dipasarkan di sekitar Tanjung Karang dan lain-lain daerah dalam negeri Selangor selain turut menerima tempahan dari negeri-negeri lain. Dodol perasa nanas juga sering menjadi pilihan pelanggan sempena hari raya selain dijadikan sebagai cenderahati untuk majlis kenduri. Koperasi Pelancongan Sawah Sempadan Berhad juga turut aktif mengeluarkan produk-produk lain yang juga berasaskan nenas seperti biskut tart nanas dan jem nanas. Pihak koperasi juga kini dalam perbincangan dengan beberapa pihak yang menjalankan perniagaan atau mempunyai platform atas talian bagi membantu mengedar produk koperasi. Koperasi turut membuka peluang kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi pengedar dodol dan sos cili ke negeri-negeri lain. Pembekal buah nanas juga boleh mengadakan kerjasama dengan koperasinya dalam memastikan stok buah nanas mencukupi, seiring dengan tempahan pelanggan. Koperasi juga turut mempunyai enam buah rumah kampung yang dijadikan sebagai homestay dan disewa dengan harga bermula RM170 hingga RM200. Melalui pakej yang ditawarkan, pelanggan atau ‘Tamu’ berpeluang menyertai aktiviti memancing serta berakit di kawasan sekitar. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : Koperasi Pelancongan Sawah Sempadan Berhad Blok B Sawah Sempadan, 45500 Tanjung Karang, Selangor Darul Ehsan. Tel. : 011-1494 6497 / 011-5773 8597 E-mel : zaibos71@gmail.com
» Bangunan tempat pembuatan sos cili dan dodol nanas, asli dan perasa lain.
K operasi Pelancongan Sawah Sempadan Berhad adalah antara koperasi yang berjaya menginovasikan produk keluarannya sehingga terpilih untuk berada di bawah Pra Product 100 Champion ANGKASA iaitu dodol dan sos cili perasa buah nanas. Pengerusinya, Puan Zaleha Ibos yang juga Ahli Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Selangor berkata, idea untuk menjadikan nanas sebagai perasa bagi dodol dan sos cili bermula hasil hubungan baik yang dibina oleh koperasi yang ditubuhkan pada tahun 2015 itu dengan Lembaga Nanas Selangor. Proses pengeluaran dodol dan sos cili dijalankan di sebuah bangunan di Tanjung Karang. Seramai empat orang tenaga kerja untuk kerja pengeluaran dodol dan sos cili, manakala, tiga orang pekerja untuk urusan pentadbiran dan pemasaran. Selain perasa nanas, koperasi juga turut mengeluarkan sos cili dan dodol perisa asli. Dodol yang siap dimasak akan dibungkus dalam pek paling kecil iaitu 500 gram hingga sekilogram dengan pengeluaran minimum 100 pek sehari manakala sos cili pula dikeluarkan sebanyak 200 botol sehari.
» Puan Zaleha Ibos dengan produk koperasinya di Wisma Ungku A. Aziz sempena pelancaran Pra 100 Product Champion .
» Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail merasmikan Majlis Penyerahan Alat Bantu Perniagaan dan Coop Plate, Program Pra 100 Product Champion 2019.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease