WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2020

4

WAWANCARA

Program

Majukan Rantaian Bekalan Sektor Koperasi

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI

Datuk Nordin Salleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Bagaimana strategi rantaian bekalan boleh membantu mengatasi ketidakstabilan harga barangan di pasaran?

Proses rantaian bekalan ini merupakan satu pendekatan yang saya kira boleh membawa kesan yang besar terhadap dunia perniagaan. Memandangkan aktiviti jual beli pada masa kini semakin terarah kepada pendekatan e-commerce, kita berhadap strategi rantaian bekalan yang lebih berkesan khususnya dalam aspek logistik dapat dibentuk dan diperkasa bagi membantu mengesan punca masalah, mengenal pasti item dan seterusnya dapat menyalurkan item tersebut kepada pengguna dengan lebih sempurna, cepat dan meluas. Kelebihan ini juga dengan sendirinya akan dapat membantu menurunkan harga barang.

Sempena tahun baharu 2020, apakah pelan pembangunan ekonomi koperasi yang akan dilaksanakan oleh SKM.

Terima kasih. Agenda memperkasa ekonomi sektor koperasi terus diberi tumpuan bagi mencapai sasaran dan kejayaan untuk meletakkan Malaysia sebagai negara keusahawanan unggul menjelang 2030 menerusi Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) oleh Kementerian Pembangunan Usahawan. Selain memberi tumpuan bagi melahirkan lebih ramai usahawan melalui sektor koperasi, lima objektif utama yang ditetapkan di bawah DKN itu juga diharap dapat membantu melonjakkan sosioekonomi negara kepada yang lebih baik.

Boleh Datuk beri pandangan terhadap program BA100 yang dijalankan secara peruncitan online.

Bagaimana Datuk melihat perkembangan Sektor Pemborongan dan Peruncitan dalam membantu mencapai matlamat DKN 2030.

Rancangan BA100 yang diasaskan oleh ANGKASA merupakan satu langkah ke hadapan untuk memperluaskan usaha bagi menyampaikan bahan-bahan keperluan rakyat dengan harga yang berpatutan dan pada masa yang sama membantu sektor koperasi untuk terus berkembang. Jika sebelum ini kita hanya dapat memberi tumpuan kepada beberapa jenis barangan pengguna sahaja kerana faktor-faktor yang terhad selain kos yang agak tinggi, namun menerusi pendekatan program BA100 ini, kita harap pendekatan baharu dalam rantaian bekalan dapat dilaksana dengan lebih cekap selain dapat merangkumkan lebih banyak item jualan.

Sektor Pemborongan dan Peruncitan sememangnya menjadi antara fokus penting kepada SKM bagi mencari jalan membantu kerajaan meningkatkan bilangan usahawan dan pada masa yang sama mengatasi kos sara hidup rakyat. Gerakan koperasi diharap dapat menyahut seruan tersebut dengan menggandakan usaha bagi melonjakkan jualan koperasi dan bersama-sama membantu mengatasi masalah harga dengan menawarkan harga yang lebih berpatutan kepada masyarakat pengguna. SKM juga giat dalam pelbagai aktiviti sedemikian seperti penganjuran karnival jualan harga patut dan lain-lain. Ini telah kita lakukan di seluruh negara dengan harapan dapat mengatasi masalah kos pembelian khusus-nya barangan asas dan makanan. Ia juga sekaligus dapat membuka peluang kepada masyarakat untuk membeli barang keperluan dangan harga patut. Tetapi kita percaya masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan pendekatan sebegitu sahaja. Justeru, strategi rantaian bekalan atau supply chain yang lebih mantap perlu dibangunkan bagi memastikan sebarang permasalahan yang wujud dapat diatasi.

Apa harapan Datuk terhadap program ini.

Saya berharap program BA100 dapat membantu melonjakkan perolehan koperasi dan memanfaatkan pengguna. Namun yang lebih penting, koperasi dapat menguasai pasaran barangan keperluan selain pengurusan perniagaan dapat dipantau dan diselaraskan secara profesional sehingga akhirnya dapat menurunkan harga jualan kepada satu tahap yang lebih baik.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease