WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2020

5

ANGKASA

Naik Taraf Tiga Ribu Koperasi Mikro Program BA100 Oleh: MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

» Dato’ Abdul Fattah diberi penerangan tentang sistem jimat.biz oleh pegawai BA100 di kaunter kedai Koperasi UMK Berhad.

» Dato’ Abdul Fattah turut berkesempqtqn meninjau operasi kedai Koperasi UMK Berhad.

T iga ribu koperasi mikro di bawah program Barang Asas 100 (BA100) bakal dinaiktaraf secara berperingkat kepada koperasi sederhana bermula tahun ini. Ia berasaskan kepada sasaran peningkatan kapasiti jualan yang lebih tinggi melalui aktiviti perniagaan berasaskan runcit. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah berkata, usaha mentransformasikan koperasi- koperasi mikro kini giat dijalankan di seluruh negara bagi mengenalpasti mana-mana koperasi yang berminat untuk menyertai program BA100. Ia sekaligus menaik taraf operasi perniagaan runcit sedia ada berasaskan pendekatan urusniaga e-runcit JIMATBIZ. Katanya, koperasi mikro yang menjalankan operasi perniagaan runcit termasuk koperasi sekolah berpeluang untuk menggandakan perolehan koperasi masing-masing sehingga RM2.4 juta setahun dengan menyertai BA100. Usaha yang sedang digerakkan itu dibahagi kepada dua fasa bermula Januari hingga Mei dengan sasaran 1,500 koperasi berdaftar dan 1,500 lagi menjelang November depan selain menyasarkan bilangan pengguna yang aktif sekurang-kurangnya 1,000 orang sebulan. Menurutbeliau,pendekatanserba baharu dalam perniagaan berteraskan e-runcit itu juga turut menyasarkan

pengguna berpendapatan rendah (B40) bandar dan luar bandar untuk membeli barangan keperluan semasa khususnya produk kegunaan isi rumah dengan harga yang berpatutan. BA100 adalah program nasional yang diperkenalkan oleh ANGKASA dalam usaha berterusan untuk membantu menggerak dan memperkasa perniagaan koperasi terutama untuk membantu dan menawarkan penjualan barangan asas dengan harga berpatutan selain mengelak daripada manipulasi harga daripada orang tengah. Dato’ Abdul Fattah berkata demikian kepada media sewaktu hadir merasmikan Majlis Pelancaran Barang Asas (BA100) dengan kerjasama antara ANGKASA dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah berlangsung di Coopmart Koperasi UMK Berhad, Taman Pinggiran Universiti, UMK di Bachok, Kelantan pada 16 Januari lalu. Koperasi UMK Berhad merupakan Universiti awam pertama di Malaysia yang mengikuti Program BA100. Sementara itu, Naib Canselor UMK, Prof. Dato’ TS. Dr. Noor Azizi Ismail berkata, sebagai sebuah universiti yang berteraskan keusahawanan, UMK komited dalam usahanya untuk membantu meningkatkan taraf hidup warga koperasi dan masyarakat melalui peranan yang dapat dimainkan oleh Koperasi UMK Berhad.

Katanya, projek BA100 dilihat amat baik dengan cara menawarkan barang asas dengan harga yang berpatutan dan secara tidak langsung akan dapat membantu menaiktaraf kualiti hidup anggota koperasi selain membantu merangsang perniagaan Koperasi UMK Berhad. Selain itu katanya, program objektif tersebut mampu membantu menaik- taraf operasi koperasi peruncitan secara lebih holistik dan kompetitif selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 di bawah Teras Strategik 3, iaitu ‘Merangsang Pembangunan Keusahawanan Ber-

sepadu dan Holistik’.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Prof. TS Dr. Arham Abdullah; Pengerusi Koperasi Universiti Malaysia Kelantan, Prof. Madya Dr. Muhammda Ismail; Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease