WADAH PELANCAR EDISI JANUARI 2020

6

PENGANTARABANGSAAN KOPERASI

Koperasi Perlu Kukuh Identiti Di Serata Dunia – Presiden ICA Oleh: NADIAH KAMARUDIN

I su mengukuh dan memartabatkan identiti koperasi di serata dunia antara agenda utama yang dibincangkan dalam Mesyuarat Lembaga Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) di Brussels, Belgium pada 10 Januari 2020. Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Presiden ICA, Mr. Ariel Guarco antara lainnya turut membincangkan Pelan Strategik ICA 2020 – 2030 yang memberi fokus pada empat tema utama iaitu promosi identiti koperasi, pertumbuhan gerakan koperasi, kerjasama antara koperasi dan sumbangan kepada gerakan koperasi secara global. Mr. Ariel berkata, kekuatan gerakan koperasi dunia pada ketika ini telah tersebar di setiap kawasan geografi dan berkongsi identiti yang sama. “Namun begitu, gerakan ini mempunyai kelemahan di mana dalam rangkaian global ICA, masih lagi wujud kekurangan kerjasama antara koperasi, komitmen yang terhad untuk berkongsi sumber untuk penyelidikan dan pendidikan serta kekurangan penyertaan daripada koperasi besar,” katanya.

Beliau turut berkata, Pelan Strategik ICA yang dijangka akan dibentangkan pada Kongres ICA di Seoul, Korea Selatan pada Disember 2020 bertujuan untuk memberi panduan strategik kepada ICA sebagai organisasi yang menyatu dan mewakili koperasi di seluruh dunia untuk menghadapi cabaran globalisasi masa kini melalui inisiatif yang positif dan proaktif. Isu anak muda lewat didedahkan mengenai koperasi sebagai model perniagaan di beberapa negara membawa kepada cadangan agar koperasi dimasukkan dalam kurikulum sekolah di peringkat sekolah rendah dan menengah. Malaysia yang diwakili oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Kamarudin Haji Ismail menyambut baik hasrat Mr. Ariel yang mahu melihat penubuhan sekolah koperasi diperluaskan lagi di tanah kelahiran beliau iaitu Argentina dan menyeru agar negara-negara lain mengikuti jejak langkah Malaysia telah memperkasakan Gerakan Koperasi Sekolah sejak 1968. Seramai 20 pemimpin koperasi mewakili 18 buah negara telah hadir ke mesyuarat tersebut. Anggota mesyuarat juga turut diseru agar

membuat persediaan yang lebih terperinci untuk sambutan Hari Koperasi Antarabangsa yang akan tertumpu pada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) ke-13 iaitu tindakan perubahan iklim.

» Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail bersama Presiden ICA, Mr. Ariel Guarco.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease