WADAH PELANCAR EDISI MAC 2020

MuatTurun Aplikasi Mudah Alih

PERCUMA

MAC 2020 JILID: WP02 / 3

ANGKASACoop

www.angkasa.coop RM1.00

Kertas Kitar Semula

Tanjong Watefront Harbour Cruise Bantu Perkasa Sektor Pelancongan Koperasi Bersama Majukan Koperasi Sekolah

muka 4

Berita Penuh

muka 6

Berita Penuh

Hasil Cukai Koperasi Terus Meningkat

muka 7

Berita Penuh

‘Malaysian Coop Plate’ bantu ketengah produk keluaran koperasi Sarawak Berita Penuh

muka 5

Tahniah diucapkan kepada Penerima Anugerah Khas Koperator Koperasi Sekolah Negeri Pahang: SPM Terbaik 2019 (9A) iaitu Muhammad Mursyidi Bin Mohamad Hasan.

B eliau yang mula terlibat secara aktif dalam koperasi sekolah sejak tingkatan dua bertekad untuk terus aktif di peringkat universiti melalui koperasi siswa (KOSISWA) selain mahu membantu alumni di sekolahnya untuk menubuhkan koperasi. Menurutnya, seiring dengan Revolusi Industri 4.0, anak-anak muda perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi. Beliau berharap gerakan koperasi pada masa hadapan dapat digerakkan secara

optimum dengan penglibatan generasi muda sekali gus sektor koperasi dapat menjadi pengeluar atau mencipta sesuatu yang lebih hebat. Sepanjang terlibat sebagai anggota Koperasi Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah Raub Berhad, Muhammad Mursyidi pernah membantu dalam pembukaan kiosk koperasi di kawasan asrama selain membantu melancarkan pengurusan penjualan barang untuk memasuki asrama kepada para pelajar termasuk sewaktu sesi kemasukan pelajar tingkatan 1.

» Muhammad Mursyidi Bin Mohamad Hasan

Dari Meja Presiden ANGKASA

Koperasi Malaysia (IKM) dapat terus memainkan peranan dan membantu ANGKASA bagi melonjak serta memperkasa program pembangunan sektor koperasi di seluruh negara. Marilah kita bersama-sama jalankan tanggungjawab ini dengan tulus ikhlas serta bersungguh- sungguh demi kecemerlangan gerakan koperasi.

P erjuangan memartabatkan gerakan koperasi semakin terlaksana selepas nama koperasi dimasukkan dalam kementerian pada tanggal 22 Januari 2020. Terima kasih atas sumbangan oleh mantan YB Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang telah banyak berusaha menjana pembangunan gerakan koperasi.

Kini sudah tiba masanya untuk kita gerakkan agenda pembangunan ekonomi koperasi seperti yang telah digariskan oleh MEDAC sehingga 2050. Perancangan strategik untuk generasi akan datang juga perlu diberi tumpuan dan dalam konteks ini, kita harus bersama-sama memperkasa sektor koperasi melalui program yang telah disediakan. Kita juga berharap Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut

SIDANG PENGARANG

Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah

Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Halim Haji Ibrahim

Pengurus Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor

Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal

Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,

Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail

Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Mohamad Zairul Hafiz Sardin

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com

Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600

Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya

Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin

Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik

3

KOPERASI

Cakna Pembangunan Sosial Melalui Koperasi

Oleh : NADIAH KAMARUDIN

» Anggota KOPROJAYA bergambar bersama tetamu kehormat.

K operasi perlu memainkan peranan secara lebih aktif dan cakna

Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) di Putrajaya pada 22 Februari lalu. Datuk Seri Mohd Zuki turut menyarankan koperasi supaya mempelbagaikan kegiatan ekonomi dengan meneroka beberapa bidang baru selaras dengan aspirasi dan harapan kerajaan melihat Sektor Koperasi mencapai sasaran perolehan sebanyak RM60 bilion pada tahun 2025. Terdahulu, Pengerusi KOPROJAYA, Encik Mohd Arif Adenan dalam kata alu- aluan berkata, pihaknya sentiasa memastikan keutamaan diberikan kepada pekerja tempatan dari aspek peluang pekerjaan, terutama kepada yang kurang bernasib baik. KOPROJAYA juga memastikan stesen Shell Presint 18 yang dibina atas tanah milikannya hanya mengambil pekerja orang tempatan sahaja. Tambah Encik Mohd Arif, kejayaan terbesar koperasi tersebut sepanjang enam tahun penubuhannya adalah penganjuran program berimpak tinggi iaitu larian ‘9 to 5 Run Half Marathon 2019’ di Putrajaya yang telah disertai hampir 50 ribu pelari dan pengunjung. Pada majlis yang sama, mantan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Tan Sri Mohd

Hashim Abdullah telah menerima Anugerah Jasa Terbilang atas sumbangan beliau terhadap penubuhan dan pencapaian KOPROJAYA. Hadir sama ke majlis perasmian mesyuarat agung tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi; Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan dan Naib Pengerusi Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Haji Abas Abu Bakar.

» Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

terhadap dalam masyarakat di samping menggerakkan aktiviti penjanaan ekonomi untuk anggotanya. Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri pembangunan sosial Mohd Zuki Ali berkata, usaha tersebut bukan sahaja selaras dengan prinsip ketujuh koperasi iaitu ‘Berprihatin Terhadap Masyarakat’ malah inisiatif yang dijalankan dapat membantu meningkatkan imej dan identiti korporat koperasi di mata masyarakat. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Profesional

» Pengerusi KOPROJAYA, Encik Mohd Arif Adenan

» Mantan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menerima sijil Anugerah Jasa Terbilang yang disampaikan oleh Datuk Seri Mohd Zuki.

» Anggota KORPOJAYA membaca ikrar ‘Nilai Kami Bersama’.

4

ANGKASA

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ Usaha Majukan Koperasi Sekolah

dan menggembleng tenaga bagi membimbing koperasi sekolah dalam menjalankan aktiviti perniagaan sekali gus memastikan kelestarian Koperasi Sekolah terus berkembang seiring dengan peredaran masa. Turut mengiringi Dato’ Haji Kamarudin ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman dan Pemangku Pengurus Bahagian Koperasi Sekolah ANGKASA, Encik Abu Bakar Busmah. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM berfungsi melaksanakan Dasar Pendidikan melalui perancangan; penyelarasan; pemantauan dan pengurusan melibatkan pengurusan program dan pengoperasian persekolahan dan pengurusan Hal Ehwal Murid.

usaha ANGKASA memperkasa dan memajukan gerakan koperasi sekolah di negara ini. Kehadiran wakil ANGKASA yang diketuai Timbalan Presiden, Dato’ Haji Kamarudin Ismail telah disambut oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Dato’ Mohd Jamil Mohamed dan Penolong Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum Dan Kesenian KPM, Encik Alias Yoop. Selain bertujuan untuk menjalin kerjasama lebih erat demi memperkasa koperasi sekolah di Malaysia, Dato’ Haji Kamarudin juga turut memaklumkan mengenai perkembangan koperasi sekolah dan perkembangan perniagaannya serta kejayaan koperasi sekolah di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Katanya, ANGKASA akan terus berusaha melakukan pemerkasaan sosioekonomi koperasi sekolah

» Dato’ Haji Kamarudin menyampaikan cenderamata berupa koleksi buku mengenai koperasi sekolah di Malaysia terbitan ANGKASA kepada Dato’ Mohd Jamil Mohamed (tiga dari kiri). Turut sama di gambar ialah Haji Mohd Jamil Othman (dua dari kiri), Encik Alias Yoop (paling kanan) dan Encik Abu Bakar Busmah (paling kiri)

S atu kunjung hormat ANGKASA ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), di

Putrajaya telah diadakan pada 28 Februari lalu bagi menyuarakan hasrat supaya bahagian tersebut dapat bersama-sama menyokong

Bersama Bentuk Personaliti Dan Kepimpinan Warga Koperasi

Oleh : MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

Katanya, ANGKASA juga turut menggalakkan penubuhan kiosk koperasi sekolah dan memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari aspek keusahawanan dalam koperasi secara lebih terbuka melalui aktiviti perniagaan yang dijalankan. Majlis dialog yang membincangkan mengenai isu dan cabaran koperasi sekolah serta cara penyelesaiannya itu adalah antara pengisian Program Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah Bersama Pengerusi Koperasi dan Pengetua Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya anjuran Bahagian Koperasi Sekolah ANGKASA. Selain Dato’ Haji Kamarudin, dua panel lain yang turut terlibat dalam program tersebut ialah Timbalan Pengarah Bahagian Sumber Manusia SKM, Encik Mohd Aznan Abdul Aziz dan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Encik Naim Bahari. Menurut Encik Mohd Aznan, SKM sedia membantu dalam memberi informasi tentang pendaftaran, audit dan membincangkan peluang perniagaan dengan koperasi sekolah. Selain itu, SKM juga menyediakan pakej bantuan dan peruntukan untuk koperasi sekolah bagi memberi peluang perniagaan yang sesuai untuk diceburi. Sementara itu, Encik Naim Bahari berkata, KPM pula sentiasa menyokong usaha SKM dan ANGKASA dalam mengenal pasti hala tuju perniagaan koperasi sekolah dan mengenal pasti peluang-peluang perniagaan yang boleh dan sesuai diceburi selain mengenal pasti kaedah untuk mengembangkan lagi aktiviti perniagaan koperasi sekolah.

» Program Pembangunan Perniagaan Koperasi Sekolah Bersama Pengerusi dan Pengetua Koperasi Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menyertai program Dialog bersama ANGKASA, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di Auditorium ANGKASA di Kelana Jaya.

U saha melahirkan pemimpin yang berilmu adalah sangat penting dalam membangunkan modal insan bagi membentuk personaliti diri dan kepimpinan warga koperasi. Peranan ANGKASA selaku badan apeks gerakan koperasi negara dalam memperkasa pembangunan ekonomi koperasi sekolah sentiasa proaktif selain turut memastikan

pencapaian modal insan dalam diri pelajar bergerak secara seiring. Demikian antara inti pati yang disuarakan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail sewaktu menyertai program Dialog Bersama ANGKASA, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di Auditorium ANGKASA di Kelana Jaya, 27 Februari lalu.

5

ANGKASA

‘Malaysian Coop Plate’ bantu ketengah produk keluaran koperasi Sarawak Oleh: NADIAH KAMARUDIN

» Produk-produk makanan keluaran koperasi di Sarawak dihidangkan untuk memudahkan orang ramai menguji rasa dan terus memberi penilaian.

» Dr. Mohd Azlan menyerahkan plak ‘Malaysian Coop Plate’ kepada wakil Koperasi Rezeki Kerjasama Kuching Berhad.

L ebih 30 produk makanan, minuman dan kraftangan keluaran lima buah koperasi di Sarawak telah dipersembahkan dalam program ‘Malaysian Coop Plate’, sebuah program yang menyediakan suasana pengalaman secara langsung untuk melihat dan menguji rasa produk koperasi tempatan. Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya berkata, ‘Malaysian Coop Plate’ adalah antara inisiatif ANGKASA untuk mengenal pasti produk koperasi yang mempunyai potensi untuk dibangunkan dari aspek pensijilan, pelabelan produk dan mutu bungkusan melalui program ‘100 Product Champion’. Katanya, ‘Malaysian Coop Plate’ bukan sahaja akan dikembangkan ke seluruh negara malah turut melibatkan negara-negara jiran seperti Brunei, Singapura dan Indonesia.

“Program akan menjadi platfrom untuk koperasi mengetengahkan makanan tradisional dari negeri masing-masing dan memberi peluang kepada orang ramai untuk memberi penilaian dan maklum balas secara terus terhadap produk- produk yang dihidangkan,” ujarnya. Terdahulu, Pengerusi ANGKASA tersebut Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin dalam ucapannya berkata, program ‘Malaysian Coop Plate’ mampu mengangkat nama dan populariti makanan tradisional Sarawak seperti gula apong yang lebih dikenali sebagai ‘signature’ produk di negeri tersebut. Tambah beliau, ANGKASA Sarawak sedang dalam perancangan untuk membangunkan perusahaan gula apong dan melihat bandar Pusa di Betong sebagai antara kawasan terbaik untuk penanaman pokok apong secara komersial.

Hadir sama ke program tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji

Nasir Khan Yahaya dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perniagaan Koperasi, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

» Produk kraftangan yang melambangkan kebudayaan dan identiti masyarakat Sarawak.

» Antara produk keluaran koperasi di Sarawak.

» Kakitangan ANGKASA menguji rasa makanan yang dihidangkan.

6

KOPERASI

Perkasa Sektor Pelancongan Koperasi Tanjong Watefront Harbour Cruise

Oleh : MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

» Dato’ Abdul Fattah meninjau jeti dan laluan yang bakal digunakan oleh Tanjong Watefront Harbour Cruise.

P ermintaan yang tinggi terutamanya daripada ka- langan pelancong luar negara terhadap aktiviti pengangkutan air mendorong ANGKASA untuk mengkaji pendekatan baharu dalam usaha berterusannya memperkasa sektor pelancongan koperasi. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, projek ‘Tanjong Waterfront Harbour Cruise’ umpamanya boleh dijadikan sebagai asas kepada koperasi untuk bergabung bagi menjayakan agenda pelancongan berskala tinggi menerusi pakej- pakej yang boleh dibentuk secara bersama. Menurut beliau, Pulau Pinang merekodkan kehadiran pelancong seramai 9.85 juta pelancong setahun (Draf Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinnag 2020-2030). Pengangkutan air mempunyai potensi besar untuk meningkatkan pelbagai kemudahan dan menyokong objektif pembangunan serta melengkapkan Pelan Induk Pengangkutan di Pulau Pinang. Tanjong Watefront Harbour Cruise Pulau Pinang adalah satu projek yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada pelancong untuk bersiar-siar di sepanjang pinggir pantai Pulau Pinang dan Seberang Perai. Selain itu, ia juga boleh berfungsi sebagai pengangkutan awam kepada penduduk-penduduk di Pulau Pinang dan sekitarnya. Beliau yang mengetuai delegasi ANGKASA turut berkesempatan meninjau lokasi projek selain diberi taklimat mengenai

kajian awalan oleh Ketua Perunding Tanjong Watefront Harbour Cruise Pulau Pinang, Profesor Dr. Badaruddin Mohamed. Dato’ Abdul Fattah turut diiringi Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perniagaan Koperasi, Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh.

» Antara jenis pengangkutan yang dicadangkan. Explorer E280 (Kapasiti penumpang : 30 orang)

» Cadangan awal laluan melibatkan Swettenham Pier Cruise Terminal – Clan Jetties – Pulau Jerejak – Pulau Aman – Jeti Bagan Ajam dan kembali ke Swettenham Pier Cruise Terminal.

7

ANGKASA

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI Hasil Cukai Koperasi Terus Meningkat

» Dr. Mohd Azlan Yahya (hadapan, tengah), Encik Azhar Husin (hadapan, kiri) dan Encik Mohd Ismail Ibrahim (hadapan, kanan) bergambar bersama peserta program.

P rogram bimbingan penyediaan cukai koperasi akan dijalankan secara komprehensif pada tahun ini bagi memantapkan lagi perkhidmatan bimbingan cukai yang dijalankan sebelum ini dalam usaha ANGKASA untuk memperkasa pengurusan penyelenggaraan akaun koperasi. Naib Presiden ANGKASA. Dr. Mohd Azlan Yahya berkata, program tersebut diharap dapat membantu memperkasa pembangunan modal insan warga kerja dan anggota koperasi yang terlibat menerusi ilmu dan panduan yang diterapkan.

Menurut prestasi kutipan cukai koperasi yang semakin menggalakkan menjadi bukti beliau, kepada pencapaian dan kejayaan ANGKASA dalam usaha berterusannya meningkatkan kualiti tadbir urus percukaian koperasi.

Katanya, sejak ANGKASA mengadakan perjanjian persefahaman dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 23 November 2018, pelbagai program berkaitan percukaian koperasi telah dijalankan. Sebelum ini, ANGKASA bersama LHDN telah melaksanakan tujuh program taklimat selain empat bengkel pengiraan cukai yang melibatkan empat zon iaitu utara, selatan, timur dan semenanjung barat (Sarawak). Selain itu, ANGKASA juga telah mewujudkan satu Jawatankuasa Khas antara LHDN, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi

Malaysia (IKM) bagi mengkaji struktur cukai sedia ada bagi memberi manfaat yang lebih kepada sektor koperasi serta membolehkan koperasi dapat memberi sumbangan secara lebih besar kepada pembangunan negara melalui kutipan cukai. Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam Program Pengiraan Cukai Koperasi anjuran bersama LHDN dan ANGKASA di KL International Hotel Kuala Lumpur. Seramai 46 peserta yang mewakili 25 buah koperasi dewasa dari Wilayah Persekutuan, Selangor dan Pahang hadir dalam majlis selama dua hari itu dan majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah Seksyen Pungutan dan Fungsi Am LHDN, Encik Azhar Husin. Hadir sama ialah Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti ANGKASA, Encik Mohd Ismail Ibrahim. Sebanyak enam kertas kerja telah dibentangkan sepanjang program melibatkan tajuk penting seperti Pengurusan Cukai Koperasi Efektif, Taklimat Pendaftaran Fail (CP600CS), e-Filing (E-C1) dan CP204, Pengiraan Cukai Koperasi dan Pengisian Borang Penyata Cukai Pendapatan, Tanggungjawab Majikan Di Bawah Peruntukan Subseksyen 107 (2) Akta Cukai Pendapatan, Tanggungjawab Majikan Di bawah Peruntukan Seksyen 83 Akta Cukai Pendapatan 1967, Elaun Modal dan Elaun Pertanian.

JUMLAH KUTIPAN 3,963 KOPERASI RM189 JUTA

JUMLAH KUTIPAN RM170 JUTA 3,734 KOPERASI

KOPERASI 1,429 JUMLAH KUTIPAN RM74 JUTA

2017 2018 2019

» Surat penghargaan yang diterima daripada LHDN

PERSIDANGAN N

8

Kekalkan Sokongan Dan Perpadu Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI A NGKASA sentiasa me- nyokong penuh setiap usaha yang dijalankan pembangunan sektor koperasi dapat digerak secara seiring dengan dasar- dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Demikian menurut Dato’ Abdul

oleh kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) untuk merasionalisasikan usaha demi mengekalkan semangat perpaduan dan kecemerlangan warga koperasi secara keseluruhannya. Usaha yang dijalankan oleh ANGKASA juga sentiasa dipastikan selari dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi Malaysia (IKM) supaya program

Fattah Abdullah sewaktu berucap dalam sesi Ucapan Presiden ANGKASA pada Persidangan ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan yang membuka tirai Persidangan ANGKASA Negeri 2020 (PN 2020) pada tahun ini. Menurut beliau, peranan dan tanggungjawab ANGKASA sangat besar untuk sentiasa memastikan agar koperasi dapat memberi

» Dato’ Abdul Fattah sewaktu berucap di PN 2020 Peringkat Wilayah Persekutuan.

Pengerusi : Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Negeri Sembilan Dato’ Haji Abdullah Haji Abas Dato’ Haji Selamat Paigo

Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 1 Haji Mat Husin Yunus Hajah Asiah Ismail Haji Sayed Hamzah S. Abdullah Puan Asiyah Wati Alwi Encik Mamat Jusoh Haji Asruddin Haji Abas

Pengerusi : Haji Mohd Zahidi Haji Husain

Hajah Rohani Manaf Haji Maradzi Ismail Hajah Nor Asiah Haron Encik Mohd Nazri Rosli Dr Haji Abd Jalil Ahmad

Timbalan Pengerusi: Hajah Noorizan Abd. Latif

Timbalan Pengerusi: Haji Aris @ Mahmod Basri

Setiausaha: Haji Nor Hashim Othman

Setiausaha: Abdul Latif Haji Abdullah

Jurucakap Negeri Di PKTA Ke 35 : Mohammad Shafian Haji Abu Bakar Koperasi Setia Lempahan Tasek Chini Pekan Berhad

Jurucakap Negeri Di PKTA Ke 35 : Encik Mad Amin Mad Yusof Koperasi Permodalan dan Perusahaan Melayu Negeri Sembilan Berhad

Bendahari: Datin Hajah Normah Ali

Bendahari: Syed Abdl Rahim Syed Ab. Rahman

Ahli JPAN : Dato’ Haji Ibrahim Che Mat

Ahli JPAN : Haji Zulkifli Haji Yunus Haji Ismail Nihat

Mohd Sharir @ Mohd Shaharir Abdullah Koperasi Reflisia Timur Berhad

Puan Saadiah Saad Koperasi SMK Puteri Seremban Berhad

NEGERI 2020

uan

bergerak dengan lebih cergas dan berani dalam menjalankan aktiviti perniagaan berskala tinggi. Justeru, beliau berharap agar koperasi terus diperkasa melalui strategi yang lebih berkesan selain komitmen daripada semua pihak khususnya Anggola Lembaga Koperasi (ALK). Hadir sama pada persidangan tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dr. Mohd Azlan Yahya, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik dan Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa.

sumbangan secara lebih signifikan kepada pembangunan sosioekonomi anggotanya selain Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). “Hampir 100 tahun koperasi telah wujud di negara ini dan sejumlah 14,417 koperasi yang berdaftar sehingga Jun 2019 (sumber skm) membuktikan bahawa sumbangan gerakan koperasi terus signifikan kepada pembangunan sosio ekonomi negara,” ujarnya. Katanya, koperasi juga perlu dibantu menerusi sokongan dan peruntukan yang lebih seimbang dan lebih mesra agar koperasi mampu

Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pengerusi : Haji Zulkifli Jamaludin

Mohd Azham Abdul Jabar Sariah Mohd Dom Mustapha A. Jalil

Timbalan Pengerusi: Haji M Nasir Ramli

Datuk Haji Abdul Razak Hussain Mohd Razman Datuk Seri Rahim

Setiausaha: Mohd Najib Abd Latiff

Jurucakap Negeri Di PKTA Ke 35 : Mohd Fadzil Abdul Ghani Koperasi New Straits Times Press

Bendahari: Datuk Lo Kong Boon

Jamilah Itam Koperasi Walit Bersatu Wilayah Persekutuan Berhad

Ahli JPAN : Mohd Shapie Idris Sharifah Aminah Syed Mohssain Mohd Roszeli Majid

Mohd Zikri Dato Mohd Zaihan Koperasi Kasih Anana Kuala Lumpur Berhad

Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 2

Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Pahang Zon 3

Pengerusi : Haji Mansor Ab. Rahman

Hajah Hasanah Wok Bakar Dato’ Haji Abd Rahman Haji Daud Dato’ Haji Sarif Haji Azib Haji Parudi Md Noor Badri Yunus Dato’ Zainal Azman Bidin

Pengerusi : Dato’ Syed Ali Syed Mohammad

Mohd Radzi Mohd Noh Hajah Rokiah Zamzam

Timbalan Pengerusi: Haji Mohamad Norzari Haji Yahya

Timbalan Pengerusi: Abi Hurairah Ahmad

Mohamad Mat Saad Mohd Halimi Mohd Hashim Razali Zainal Nor Izar Mohd Zain

Setiausaha: Razali Haji Abdul Manaf

Setiausaha: Norizah Abdullah

Jurucakap Negeri Di PKTA Ke 35 : Mohamad Hanifah B. K Koya Moideen Kutty Koperasi Guru Melayu Pahang Selatan Berhad

Jurucakap Negeri Di PKTA Ke 35 : Dato’ Haji Ahmed Fauzan Abdul Ghani Koperasi Bekas Pelajar Melayu Khas 1959 Bentong Berhad

Bendahari: Haji Mohd Nor Yatim

Bendahari: Mohd Amin Haji Munir

Ahli JPAN : Haji Sulaiman Bakar Hajah Maharani Awang Ngah

Puan Salmah Hamzah Koperasi Keluarga Mak Siti Berhad

Ahli JPAN : Habibah Ja’afar Haji Mohd Najib Dato’ Haji Sidek

Badrul Hisham Hanafiah Koperasi Pembangunan Daerah Bentong Berhad

ANGKASA 10 Pelajar Disaran Tingkat Nilai Kebolehpasaran

Oleh : MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

kepada pelajar dengan menyediakan khidmat nasihat, peluang perniagaan melalui jaringan koperasi dan bantuan penubuhan koperasi. Dato’ Abdul Fattah berkata demikian sewaktu berucap di majlis perasmian Program Kerjaya Pelajar Tahun Akhir, Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA 2020 pada 22 Februari lalu di Kuala Lumpur. Program yang berlangsung selama tiga hari itu dihadiri oleh 50 pelajar tajaan Yayasan ANGKASA dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam serta diisi dengan pelbagai aktiviti dan modul yang menfokuskan peluang keusahawanan dan latihan dalam sektor koperasi. Hadir sama ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA. Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Konsultan Ketua Jurulatih, Koperasi DPA 5158 Berhad, Dato Dr. Ismail Alias.

» Majlis perasmian Program Kerjaya Pelajar Tahun Akhir, Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA 2020 bersama Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA

P emilihan kerjaya pada masa kini merupakan satu bentuk cabaran yang perlu dilalui oleh semua individu khususnya graduan yang bakal menempuh alam pekerjaan. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, program kerjaya merupakan antara inisiatif yang dijalankan oleh

Yayasan ANGKASA dengan matlamat supaya pelajar pembiayaannya dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan mempunyai nilai kebolehpasaran dalam mencari pekerjaan. Menurut beliau, Yayasan ANGKASA menerapkan modul usahawan sebagai kerjaya pilihan dan menjadikannya sebagai modul utama. ANGKASA juga turut membuka peluang

11 KOPERASI Gerak Bersama Bangunkan Hartanah Koperasi

melalui projek yang akan dibangunkan. Beliau berkata demikian kepada media PELANCAR selepas Majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara KKHNB dan CIDB IBS Sdn Bhd di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, 12 Februari lalu. Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CIDB Malaysia, Datuk Ir. Elias Ismail berkata, untuk projek perumahan yang bernilai RM50 juta dan ke atas, perlu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan. Beliau juga turut menyatakan kecenderungan CIDB terhadap kaedah pembinaan menggunakan sistem pembinaan menggunakan teknologi IBS dalam program pembangunan rumah mampu milik. Hadir sama ialah Anggota Lembaga KKHNB merangkap Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Setiausaha KKHNB merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Johor, Haji Sazali Abdul Hamid; Ahli Lembaga Pengarah CIDB, Encik Ismail Mat Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif CIDB IBS Sdn. Bhd., Encik Zuraihi Abd Ghani.

Oleh : NADIAH KAMARUDIN

» Wakil KKHNB dan CIDB bersama dokumen perjanjian yang dimeterai

C abaran untuk memastikan tanah-tanah milik koperasi yang masih terbiar dapat dimanfaat dan dibangunkan dengan sebaik mungkin kini menjadi agenda penting buat Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad (KKHNB). Pengerusi KKHNB merangkap Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berkata,

dalam usaha untuk merealisasikan matlamat tersebut dapat digerakkan secara bersama dan lebih profesional, KKHNB kini telah menjalin kerjasama dengan CIDB IBS Sdn. Bhd. Katanya, kerjasama tersebut lebih terarah kepada pelaksanaan sistem IBS melalui projek pembinaan rumah dalam bentuk khidmat nasihat serta latihan

Model Perniagaan Koperasi Sekatarakyat Wajar Dicontohi

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

oleh Ketua Pegawai Kewangan Bank Rakyat, Encik Nor Haimee Zakaria. Beliau mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato’ Rosman Mohamed. Hadir sama pada majlis perasmian tersebut ialah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Wilayah Persekutuan, Encik Amran Abd. Kadir. Sementara itu, Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik yang hadir mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah menyatakan rasa bangga dengan prestasi dan pencapaian Sekatarakyat. Beliau berkata, Model Perniagaan Koperasi (Business Model Co-operative) yang diguna pakai oleh Sekatarakyat wajar menjadi contoh kepada koperasi lain dalam mempelbagaikan perniagaan bagi menambahkan pendapatan koperasi. Menurutnya, kepelbagaian aktiviti koperasi menerusi penglibatan dalam perniagaan mampu mengekalkan kelestarian Sekatarakyat bagi mencapai objektif dan wawasannya untuk terus maju, relevan serta menambahkan hasil pendapatan dalam mengekalkan kelestarian Sekatarakyat.

» Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Sekatarakyat Berhad yang berlangsung bertempat di Bangunan Bank Rakyat Jalan Tangsi, Kuala Lumpur

P restasi kewangan Sekatarakyat tahun 2019 menyaksikan peningkatan mem- berangsangkan khususnya pengeluaran pembiayaan kepada anggota yang memberi impak yang cukup besar dalam perolehan pendapatan. Pengerusi Koperasi Sekatarakyat Berhad, Datuk Mohamed Arsad Sehan berkata, jumlah pembiayaan dikeluarkan meningkat dari RM202 juta bagi tahun 2018 kepada RM227 juta bagi tahun 2019 manakala perolehan pendapatan dari aktiviti

pembiayaan mencatatkan peningkatan daripada RM30.1 juta bagi tahun 2018 kepada RM32.3 juta pada tahun 2019. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan bersempena Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad (Sekatarakyat) di Bangunan Bank Rakyat Jalan Tangsi, Kuala Lumpur, 7 Mac lalu. Mesyuarat Agung bagi kali Ke-24 itu yang dihadiri seramai 175 perwakilan telah dirasmikan

12 KOPERASI

Co-op SPA Cikgu Cun

Bantu Semarak Kemenjadian Warga Koperasi dan Komuniti

Oleh : MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

berkenaan dan telah dirasmikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Pengerusi Koperasi Guru Besar SK Pulau Pinang Berhad, Encik Zakaria Othman berkata, selain bermatlamatkan peningkatan perolehan koperasi melalui perkhidmatan kesihatan penjagaan kulit muka, badan dan perunding kecantikan, Co-op SPA Cikgu Cun juga diharap dapat membantu menyemarakkan kemenjadian warga SK Seri Impian dan komuniti selain meningkatkan jalinan dan jaringan sosioekonomi setempat. Menurut beliau, Co-op Spa Cikgu Cun dilestarikan hasil idea dan bimbingan secara bersama selain mendapat kerjasama daripada Koperasi Guru Besar SK Pulau Pinang dan juga pemilik Skinzen Professional Care. Katanya, perniagaan tersebut akan terus diperkembang bagi memberi literasi kemahiran hidup kepada warga SK Seri Impian, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) dan Penglibatan Ibu bapa dan Komuniti (PIBK) yang berminat untuk mendalami bidang berkenaan. Hadir sama dalam majlis pelancaran tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang, Haji Mohd. Jamil Othman dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perniagaan Koperasi, Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh.

» Pembukaan Co-op SPA Cikgu Cun telah dirasmikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah di Koperasi Warga SK Seri Impian, Pulau Pinang.

K operasi Warga SK Seri Impian berjaya melangkah maju ke hadapan dalam aktiviti perniagaannya dengan menceburi bidang kecantikan dan kesihatan

menerusi pembukaan Co-op SPA Cikgu Cun. SPA tersebut yang bertempat di kawasan Sekolah Kebangsaan Seri Impian merupakan antara rangkaian perniagaan milik koperasi

RENCANA 13

Perwarisan Melalui MyANGKASA Amanah Berhad Oleh: NORSYAH BIN SHARIPUDDIN Pengurus, Operasi Legasi dan Peramanahan,MyANGKASA Amanah Berhad

M yANGKASA AMANAH BERHAD (MAAB) adalah sebuah syarikat amanah yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949. MAAB merupakan anak syarikat milik penuh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan merupakan Syarikat Amanah yang dimiliki oleh sektor koperasi. Sejak penubuhannya pada 2014, MAAB telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan dan terus berkembang setiap tahun dan berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan. Ini adalah hasil kerjasama semua pihak. Sokongan kuat pengurusan tertinggi ANGKASA, barisan Lembaga Pengarah serta tadbir urus yang baik di samping perancangan yang teliti telah menyumbang kepada kejayaan ini. Sehingga Disember 2019, MAAB telah berjaya menyimpan lebih 100,000 wasiat dan 90 peratus daripada jumlah tersebut adalah hasil daripada kerjasama rakan niaga strategik yang terdiri daripada institusi kewangan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), agensi kerajaan, rakan korporat swasta dan rakan korporat koperasi. MAAB mendapat perhatian dan pilihan masyarakat apabila membawa nilai produk yang amat baik dan menepati keperluan industri. FI PENULISAN WASIAT YANG MAMPU MILIK Dalam pasaran penulisan wasiat, MAAB adalah antara penyedia perkhidmatan yang menjadi pilihan orang ramai. Antara faktor penyumbang adalah fi penulisan wasiat yang termurah dan mampu milik. Fi penulisan wasiat MAAB adalah RM400 berbanding penyedia perkhidmatan lain yang harganya mencecah ribuan ringgit. Pembayaran pula dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman yang dibuat oleh pelanggan di mana-mana institusi kewangan atau koperasi dan pelanggan tidak perlu mengeluarkan wang tunai untuk membayar fi penulisan wasiat. SIMPANAN WASIAT PERCUMA Syarikat amanah bertanggungjawab menyimpan dan memastikan keselamatan dokumen wasiat agar sentiasa selamat dan dipelihara dari segi fizikal dan kerahsiaannya. Untuk itu, dokumen tersebut telah disimpan di tempat yang selamat dan terkawal. Semestinya perkara tersebut melibatkan kos yang tinggi kepada syarikat amanah. Walau bagaimanapun, pihak MAAB menawarkan simpanan wasiat secara percuma sepanjang hidup pewasiat. Ini dapat menjimatkan kos pewasiat dan memudahkan mereka untuk dalam membuat perancangan harta pusaka semasa hidup.

mengubah kandungan wasiat mereka pada bila- bila masa jika mereka merasakan ada keperluan. Sesetengah penyedia perkhidmatan wasiat mengenakan bayaran bagi setiap kali pindaan dilakukan dan kadarnya pula berbeza-beza iaitu di antara RM150 dan RM600 mengikut senarai pindaan dan ini akan membebankan pelanggan, berbanding dengan pindaan wasiat MAAB yang tidak dikenakan caj. Ya, ianya PERCUMA. FI PENTADBIRAN HARTA PUSAKA YANG BERPATUTAN Masyarakat umum menyangkakan kos untuk mentadbir harta pusaka adalah amat tinggi, Bahkan, ada di antara mereka yang mengatakan pernah dikenakan caj keseluruhan sehingga 23 peratus oleh pihak yang menguruskan dan mentadbir harta pusaka. Fi pentadbiran pusaka MAAB pula adalah pada kadar rata dua peratus sahaja (tidak termasuk caj pihak ketiga) dan antara paling rendah jika dibandingkan dengan penyedia perkhidmatan lain. Dengan kadar fi yang rendah dan berpatutan maka pelanggan tidak akan merasa terbeban untuk menggunakan perkhidmatan pentadbiran hartap pusaka melalui MAAB. Kakitangan MAAB adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan wasiat dan pusaka dan kebanyakan mereka pernah berkhidmat dalam perkhidmatan wasiat dan pusaka sebelum berkhidmat di MAAB. Ini secara tidak langsung dapat membantu menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Setiap pelanggan tidak mempunyai pengalaman dalam penulisan wasiat atau pengurusan pusaka ini kerana penulisan wasiat dan pengurusan pusaka dilakukan sekali seumur hidup bagi setiap orang. Jadi mereka memerlukan seseorang yang berpengetahuan dan mahir untuk membimbing mereka. Di MAAB kita bersedia untuk membantu pelanggan bagaimana membuat penulisan wasiat yang betul supaya tidak berlaku pertelingkahan di kemudian hari. KEPAKARAN DAN BERPENGALAMAN PERMUDAHKAN URUSAN WARIS DENGAN PERKHIDMATAN PINTU-KE-PINTU (DOOR-TO- DOOR SERVICES) MAAB memperkenalkan satu pendekatan baru dalam penulisan wasiat dan pentadbiran harta pusaka kepada masyarakat umum di Malaysia. Perkhidmatan pintu-ke-pintu (door-to- door services) memudahkan pewasiat dan waris si mati dalam menguruskan perkara-perkara yang berkaitan. Waris tidak perlu berulang alik ke saluran pentadbiran harta pusaka (Mahkamah Tingi, Pejabat Pusaka Kecil JKPTG atau AmanahRaya). Kakitangan MAAB yang akan melaksanakan

tugasan tersebut bagi pihak waris sehinggalah urusan pembahagiaan harta pusaka tersebut selesai ditadbir. MAAB amat memahami keupayaan pengetahuan pihak waris dan pergerakan terhad mereka untuk mentadbir harta pusaka. PRODUK BARU YANG MEMENUHI KEPERLUAN MASYARAKAT Pada tahun 2020, MAAB akan melancarkan produk-produk baru yang memenuhi keperluan perancangan kewangan dan harta pusaka. Produk Hibah dan Amanah semakin menjadi pertimbangan kepada masyarakat dalam merancang harta dan harta pusaka. Hibah Hartanah & Amanah Tunai adalah produk perancangan harta yang menjadi permintaan masyarakat Islam. Manakala Hibah Saham Koperasi dan Amanah Takaful/Insurans dalam merancang keperluan kewangan waris selepas kematian pelanggan. Empat produk terbaru ini bakal membawa MAAB menjadi pilihan masyarakat dalam pertimbangan merancang harta pusaka mereka. Inilah faktor utama yang menjadikan MAAB sebagai salah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan wasiat dan pusaka utama di Malaysia walaupun hanya mula beroperasi sejak 2014. Sebanyak 108,122 wasiat telah didaftarkan di MAAB dengan anggaran nilai harta pusaka bakal ditadbir sebanyak RM43.25 billion. MAAB juga kini mentadbir harta pusaka melebihi 400 kes pentadbiran harta pusaka sehingga kini. MAAB juga ingin mengajak mana-mana syarikat atau koperasi untuk menjadi rakan niaga strategik bagi memasarkan perkhidmatan ini dan secara tidak langsung dapat membantu orang ramai untuk menyelesaikan urusan pentadbiran pusaka mereka. Layari www.myangkasaamanah.com.my untuk keterangan lanjut. KESIMPULAN

PINDAAN WASIAT PERCUMA

MAAB tidak mengenakan sebarang bayaran bagi mana-mana pelanggan yang ingin membuat pindaan kepada wasiat mereka. Pelanggan boleh

14 KOPERASI

Coop Farmasi Mula Operasi April 2020

Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI

P rojek Pharma Wellness usahasama ANGKASA dan Koperasi Farmasi Muslim Pahang Berhad (KOPFAM) dirancang akan mula beroperasi pada bulan Jun 2020 setelah semua proses dokumentasi dan kelulusan pihak berkuasa tempatan siap sepenuhnya. Pengerusi KOPFAM, Encik Abdul Aziz Jamaludin berkata, projek tersebut yang dirancang sejak setahun yang lalu bakal menyediakan perkhidmatan farmasi secara runcit dengan jenama perniagaan Coop Farmasi dan pusat bekalan berpusat secara borong.

Katanya,

projek

pembekalan

tersebut cara membekalkan ubat-ubatan dan lain-lain produk berasaskan penjagaan kesihatan secara borong kepada jaringan 40 outlet anggota KOPFAM di negeri Pahang. Menurut beliau lagi, ruangan di adalah dengan bahagian atas bangunan akan dijadikan sebagai tempat latihan dan bimbingan kepada koperasi yang berminat untuk membuka outlet KOPFAM selain dijadikan sebagai pusat latihan intensif kepada kakitangan farmasi dan taklimat strategi pemasaran.

» Bangunan Coop Farmasi Bandar Indera Mahkota, Kuantan

Beliau berkata demikian kepada media PELANCAR sewaktu menyambut lawatan kerja Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah di premis Pharma Wellnes KOPFAM di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, 10 Mac lalu. Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abd. Razak Shaik; Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim.

» Dato’ Abdul Fattah Abdullah (dua dari kiri) bergambar di ruang produk jendela Coop Farmasi Bandar Indera Mahkota. Turut sama di gambar ialah Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (tiga dari kanan) dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abd. Razak Shaik (dua dari kanan)

Pemilikan Saham Syarikat Mampu Tingkat Sosioekonomi Koperasi

Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

Presiden ANGKASA Presiden ASEAN Co-operative Or- ganization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, pemilikan sa- ham dalam syarikat bukan sahaja dapat memberi manfaat jangka panjang kepada kedua- dua pihak (syarikat dan koperasi), malah berupaya menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi anggotanya sendiri. Menurut beliau, merangkap tahap pencapaian syarikat akan mempengaruhi ko- perasi dan anggotanya.

berucap mengalu-alukan lawatan mesra delegasi koperasi tersebut di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, 9 Mac lalu. Seramai 48 anggota terdiri daripada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan warga kerja koperasi yang diketuai Setiausaha koperasi, Puan Suraihan Samiran hadir dalam lawatan tersebut. Turut sama meraikan kehadiran pelawat tersebut ialah Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim. Lawatan mesra yang terdiri daripada Anggota Lembaga Koperasi (ALK), kakitangan koperasi dan anggota ini bermatlamat menjalinkan hubungan lebih erat antara kedua-dua pihak di samping menjadi platform terbaik berkongsi idea dan pandangan untuk kemajuan serta manfaat maksimum kepada Gerakan Koperasi Negara. Selain memiliki saham dalam Syarikat Renesas Semi-Conductor KL Sdn. Bhd. yang menjalankan perniagaan berasaskan komponen elektronik di Zon Perindustrian Bebas, Telok Panglima Garang, Selangor, koperasi tersebut juga turut mengusahakan pasar mini dan kafeteria, perniagaan Ar-Rahnu X’ Change, pelaburan dan aktiviti berasaskan perkhidmatan.

» Pelawat turut meninjau produk koperasi di Kedai Jimat

P endekatan yang digunakan Koperasi Renesas KL Kuala Langat Berhad iaitu dengan memiliki sejumlah saham dalam Syarikat Renesas Semi-Conductor KL Sdn. Bhd. wajar dijadikan sebagai contoh.

Menerusi semangat, kesungguhan dan motivasi anggota yang juga warga kerja syarikat itu sendiri mampu ditingkatkan demi kejayaan bersama. Dato’ Abdul Fattah berkata demikian sewaktu pemilikan saham,

15 ANGKASA NIAGA

Stesen Petronas Koperasi FELDA Mempaga 3 Berhad Stesen Minyak Pertama Sertai Program BA100 Oleh: RAHMAT MOHD DID S tesen Petronas Koperasi FELDA Mempaga 3 Berhad menjadi stesen minyak

Berhad, Haji Anuar Haji Jamal menegaskan bahawa beliau akan terus menyokong program BA100 dengan mengambil tempahan barangan keperluan secara lebih banyak. Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Dr. Mohd Azlan Yahya dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perniagaan Koperasi, Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh; Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat, Encik Halim Ibrahim dan Pengurus Jualan dan Pemasaran BA100, Encik Husnaidy Ibrahim.

pertama di negara ini yang terlibat dengan program Barang Asas 100 (BA100). Stesen tersebut yang terletak di Bentong, Pahang itu telah membuat pesanan pertamanya pada 12 Mac 2020. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah yang melawat stesen minyak tersebut berkata, penyertaan itu diharap dapat memberi inspirasi kepada stesen-stesen minyak milik koperasi yang lain untuk turut serta menyertai program BA100 sekaligus membantu komuniti setempat untuk mendapatkan barangan keperluan asas dengan harga lebih kompetitif. Sementara itu, Pengerusi Koperasi FELDA Mempaga 3

PROJEK BARANGAN ASAS (BA100) Dilaksana di Peringkat Nasional (NACCOL) untuk rantaian koperasi sebagai pemacu pengurangan kos sara hidup rakyat melalui aktiviti pemborongan/peruncitan.

PROJEK INDUSTRI JAGUNG BIJIAN NEGARA (AJB 100) Bank tanah koperasi dalam penanaman & penghasilan ANGKASA Jagung Bijian (AJB100).

PROJEK PERNIAGAAN COOP FARMASI (PHARMAWELLNESS) Gerakan Koperasi menceburi industri farmaseutikal & kesihatan melalui jaringan Coop Farmasi & Coop Wellness.

ANGKASA Menawarkan Projek Perniagaan Baru Yang Berdaya Saing Untuk Gerakan Koperasi Bagi Merealisasikan Hasrat Koperasi Sebagai ‘Third Driving Force of Economy’ Selaras Dengan Aspirasi Dasar Ekonomi Baru.

COOP UMRAH Koperasi sebagai Ejen Penyatuan Umrah di bawah jaringan Coop Umrah.

Sebarang pertanyaan sila hubungi: BAHAGIAN ANGKASA NIAGA 03-7800 8128 / 6012-3492427 E-mel: angkasaniaga.angkasa@gmail.com ENCIK CHE MAHALIM CHE HASHIM Pengurus ANGKASA Niaga

Koperasi Dipelawa Untuk Menyertai Projek Perniagaan Baru Bersama ANGKASA.

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease