ANGKASA 10 Pelajar Disaran Tingkat Nilai Kebolehpasaran
Oleh : MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
kepada pelajar dengan menyediakan khidmat nasihat, peluang perniagaan melalui jaringan koperasi dan bantuan penubuhan koperasi. Dato’ Abdul Fattah berkata demikian sewaktu berucap di majlis perasmian Program Kerjaya Pelajar Tahun Akhir, Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA 2020 pada 22 Februari lalu di Kuala Lumpur. Program yang berlangsung selama tiga hari itu dihadiri oleh 50 pelajar tajaan Yayasan ANGKASA dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam serta diisi dengan pelbagai aktiviti dan modul yang menfokuskan peluang keusahawanan dan latihan dalam sektor koperasi. Hadir sama ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA. Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md. Yusof Haji Samsudin; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Konsultan Ketua Jurulatih, Koperasi DPA 5158 Berhad, Dato Dr. Ismail Alias.
» Majlis perasmian Program Kerjaya Pelajar Tahun Akhir, Pelajar Pembiayaan Pendidikan Yayasan ANGKASA 2020 bersama Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ANGKASA
P emilihan kerjaya pada masa kini merupakan satu bentuk cabaran yang perlu dilalui oleh semua individu khususnya graduan yang bakal menempuh alam pekerjaan. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, program kerjaya merupakan antara inisiatif yang dijalankan oleh
Yayasan ANGKASA dengan matlamat supaya pelajar pembiayaannya dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan mempunyai nilai kebolehpasaran dalam mencari pekerjaan. Menurut beliau, Yayasan ANGKASA menerapkan modul usahawan sebagai kerjaya pilihan dan menjadikannya sebagai modul utama. ANGKASA juga turut membuka peluang
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease