11 KOPERASI Gerak Bersama Bangunkan Hartanah Koperasi
melalui projek yang akan dibangunkan. Beliau berkata demikian kepada media PELANCAR selepas Majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara KKHNB dan CIDB IBS Sdn Bhd di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, 12 Februari lalu. Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif CIDB Malaysia, Datuk Ir. Elias Ismail berkata, untuk projek perumahan yang bernilai RM50 juta dan ke atas, perlu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan. Beliau juga turut menyatakan kecenderungan CIDB terhadap kaedah pembinaan menggunakan sistem pembinaan menggunakan teknologi IBS dalam program pembangunan rumah mampu milik. Hadir sama ialah Anggota Lembaga KKHNB merangkap Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa; Setiausaha KKHNB merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Johor, Haji Sazali Abdul Hamid; Ahli Lembaga Pengarah CIDB, Encik Ismail Mat Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif CIDB IBS Sdn. Bhd., Encik Zuraihi Abd Ghani.
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
» Wakil KKHNB dan CIDB bersama dokumen perjanjian yang dimeterai
C abaran untuk memastikan tanah-tanah milik koperasi yang masih terbiar dapat dimanfaat dan dibangunkan dengan sebaik mungkin kini menjadi agenda penting buat Konsortium Koperasi Hartanah Negara Berhad (KKHNB). Pengerusi KKHNB merangkap Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan berkata,
dalam usaha untuk merealisasikan matlamat tersebut dapat digerakkan secara bersama dan lebih profesional, KKHNB kini telah menjalin kerjasama dengan CIDB IBS Sdn. Bhd. Katanya, kerjasama tersebut lebih terarah kepada pelaksanaan sistem IBS melalui projek pembinaan rumah dalam bentuk khidmat nasihat serta latihan
Model Perniagaan Koperasi Sekatarakyat Wajar Dicontohi
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
oleh Ketua Pegawai Kewangan Bank Rakyat, Encik Nor Haimee Zakaria. Beliau mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dato’ Rosman Mohamed. Hadir sama pada majlis perasmian tersebut ialah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Wilayah Persekutuan, Encik Amran Abd. Kadir. Sementara itu, Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik yang hadir mewakili Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah menyatakan rasa bangga dengan prestasi dan pencapaian Sekatarakyat. Beliau berkata, Model Perniagaan Koperasi (Business Model Co-operative) yang diguna pakai oleh Sekatarakyat wajar menjadi contoh kepada koperasi lain dalam mempelbagaikan perniagaan bagi menambahkan pendapatan koperasi. Menurutnya, kepelbagaian aktiviti koperasi menerusi penglibatan dalam perniagaan mampu mengekalkan kelestarian Sekatarakyat bagi mencapai objektif dan wawasannya untuk terus maju, relevan serta menambahkan hasil pendapatan dalam mengekalkan kelestarian Sekatarakyat.
» Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Sekatarakyat Berhad yang berlangsung bertempat di Bangunan Bank Rakyat Jalan Tangsi, Kuala Lumpur
P restasi kewangan Sekatarakyat tahun 2019 menyaksikan peningkatan mem- berangsangkan khususnya pengeluaran pembiayaan kepada anggota yang memberi impak yang cukup besar dalam perolehan pendapatan. Pengerusi Koperasi Sekatarakyat Berhad, Datuk Mohamed Arsad Sehan berkata, jumlah pembiayaan dikeluarkan meningkat dari RM202 juta bagi tahun 2018 kepada RM227 juta bagi tahun 2019 manakala perolehan pendapatan dari aktiviti
pembiayaan mencatatkan peningkatan daripada RM30.1 juta bagi tahun 2018 kepada RM32.3 juta pada tahun 2019. Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan bersempena Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad (Sekatarakyat) di Bangunan Bank Rakyat Jalan Tangsi, Kuala Lumpur, 7 Mac lalu. Mesyuarat Agung bagi kali Ke-24 itu yang dihadiri seramai 175 perwakilan telah dirasmikan
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease