12 KOPERASI
Co-op SPA Cikgu Cun
Bantu Semarak Kemenjadian Warga Koperasi dan Komuniti
Oleh : MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN
berkenaan dan telah dirasmikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Pengerusi Koperasi Guru Besar SK Pulau Pinang Berhad, Encik Zakaria Othman berkata, selain bermatlamatkan peningkatan perolehan koperasi melalui perkhidmatan kesihatan penjagaan kulit muka, badan dan perunding kecantikan, Co-op SPA Cikgu Cun juga diharap dapat membantu menyemarakkan kemenjadian warga SK Seri Impian dan komuniti selain meningkatkan jalinan dan jaringan sosioekonomi setempat. Menurut beliau, Co-op Spa Cikgu Cun dilestarikan hasil idea dan bimbingan secara bersama selain mendapat kerjasama daripada Koperasi Guru Besar SK Pulau Pinang dan juga pemilik Skinzen Professional Care. Katanya, perniagaan tersebut akan terus diperkembang bagi memberi literasi kemahiran hidup kepada warga SK Seri Impian, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) dan Penglibatan Ibu bapa dan Komuniti (PIBK) yang berminat untuk mendalami bidang berkenaan. Hadir sama dalam majlis pelancaran tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang, Haji Mohd. Jamil Othman dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perniagaan Koperasi, Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh.
» Pembukaan Co-op SPA Cikgu Cun telah dirasmikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah di Koperasi Warga SK Seri Impian, Pulau Pinang.
K operasi Warga SK Seri Impian berjaya melangkah maju ke hadapan dalam aktiviti perniagaannya dengan menceburi bidang kecantikan dan kesihatan
menerusi pembukaan Co-op SPA Cikgu Cun. SPA tersebut yang bertempat di kawasan Sekolah Kebangsaan Seri Impian merupakan antara rangkaian perniagaan milik koperasi
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease