WADAH PELANCAR EDISI MAC 2020

RENCANA 13

Perwarisan Melalui MyANGKASA Amanah Berhad Oleh: NORSYAH BIN SHARIPUDDIN Pengurus, Operasi Legasi dan Peramanahan,MyANGKASA Amanah Berhad

M yANGKASA AMANAH BERHAD (MAAB) adalah sebuah syarikat amanah yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949. MAAB merupakan anak syarikat milik penuh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan merupakan Syarikat Amanah yang dimiliki oleh sektor koperasi. Sejak penubuhannya pada 2014, MAAB telah menunjukkan prestasi yang amat membanggakan dan terus berkembang setiap tahun dan berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan. Ini adalah hasil kerjasama semua pihak. Sokongan kuat pengurusan tertinggi ANGKASA, barisan Lembaga Pengarah serta tadbir urus yang baik di samping perancangan yang teliti telah menyumbang kepada kejayaan ini. Sehingga Disember 2019, MAAB telah berjaya menyimpan lebih 100,000 wasiat dan 90 peratus daripada jumlah tersebut adalah hasil daripada kerjasama rakan niaga strategik yang terdiri daripada institusi kewangan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), agensi kerajaan, rakan korporat swasta dan rakan korporat koperasi. MAAB mendapat perhatian dan pilihan masyarakat apabila membawa nilai produk yang amat baik dan menepati keperluan industri. FI PENULISAN WASIAT YANG MAMPU MILIK Dalam pasaran penulisan wasiat, MAAB adalah antara penyedia perkhidmatan yang menjadi pilihan orang ramai. Antara faktor penyumbang adalah fi penulisan wasiat yang termurah dan mampu milik. Fi penulisan wasiat MAAB adalah RM400 berbanding penyedia perkhidmatan lain yang harganya mencecah ribuan ringgit. Pembayaran pula dimasukkan ke dalam jumlah pinjaman yang dibuat oleh pelanggan di mana-mana institusi kewangan atau koperasi dan pelanggan tidak perlu mengeluarkan wang tunai untuk membayar fi penulisan wasiat. SIMPANAN WASIAT PERCUMA Syarikat amanah bertanggungjawab menyimpan dan memastikan keselamatan dokumen wasiat agar sentiasa selamat dan dipelihara dari segi fizikal dan kerahsiaannya. Untuk itu, dokumen tersebut telah disimpan di tempat yang selamat dan terkawal. Semestinya perkara tersebut melibatkan kos yang tinggi kepada syarikat amanah. Walau bagaimanapun, pihak MAAB menawarkan simpanan wasiat secara percuma sepanjang hidup pewasiat. Ini dapat menjimatkan kos pewasiat dan memudahkan mereka untuk dalam membuat perancangan harta pusaka semasa hidup.

mengubah kandungan wasiat mereka pada bila- bila masa jika mereka merasakan ada keperluan. Sesetengah penyedia perkhidmatan wasiat mengenakan bayaran bagi setiap kali pindaan dilakukan dan kadarnya pula berbeza-beza iaitu di antara RM150 dan RM600 mengikut senarai pindaan dan ini akan membebankan pelanggan, berbanding dengan pindaan wasiat MAAB yang tidak dikenakan caj. Ya, ianya PERCUMA. FI PENTADBIRAN HARTA PUSAKA YANG BERPATUTAN Masyarakat umum menyangkakan kos untuk mentadbir harta pusaka adalah amat tinggi, Bahkan, ada di antara mereka yang mengatakan pernah dikenakan caj keseluruhan sehingga 23 peratus oleh pihak yang menguruskan dan mentadbir harta pusaka. Fi pentadbiran pusaka MAAB pula adalah pada kadar rata dua peratus sahaja (tidak termasuk caj pihak ketiga) dan antara paling rendah jika dibandingkan dengan penyedia perkhidmatan lain. Dengan kadar fi yang rendah dan berpatutan maka pelanggan tidak akan merasa terbeban untuk menggunakan perkhidmatan pentadbiran hartap pusaka melalui MAAB. Kakitangan MAAB adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan wasiat dan pusaka dan kebanyakan mereka pernah berkhidmat dalam perkhidmatan wasiat dan pusaka sebelum berkhidmat di MAAB. Ini secara tidak langsung dapat membantu menawarkan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Setiap pelanggan tidak mempunyai pengalaman dalam penulisan wasiat atau pengurusan pusaka ini kerana penulisan wasiat dan pengurusan pusaka dilakukan sekali seumur hidup bagi setiap orang. Jadi mereka memerlukan seseorang yang berpengetahuan dan mahir untuk membimbing mereka. Di MAAB kita bersedia untuk membantu pelanggan bagaimana membuat penulisan wasiat yang betul supaya tidak berlaku pertelingkahan di kemudian hari. KEPAKARAN DAN BERPENGALAMAN PERMUDAHKAN URUSAN WARIS DENGAN PERKHIDMATAN PINTU-KE-PINTU (DOOR-TO- DOOR SERVICES) MAAB memperkenalkan satu pendekatan baru dalam penulisan wasiat dan pentadbiran harta pusaka kepada masyarakat umum di Malaysia. Perkhidmatan pintu-ke-pintu (door-to- door services) memudahkan pewasiat dan waris si mati dalam menguruskan perkara-perkara yang berkaitan. Waris tidak perlu berulang alik ke saluran pentadbiran harta pusaka (Mahkamah Tingi, Pejabat Pusaka Kecil JKPTG atau AmanahRaya). Kakitangan MAAB yang akan melaksanakan

tugasan tersebut bagi pihak waris sehinggalah urusan pembahagiaan harta pusaka tersebut selesai ditadbir. MAAB amat memahami keupayaan pengetahuan pihak waris dan pergerakan terhad mereka untuk mentadbir harta pusaka. PRODUK BARU YANG MEMENUHI KEPERLUAN MASYARAKAT Pada tahun 2020, MAAB akan melancarkan produk-produk baru yang memenuhi keperluan perancangan kewangan dan harta pusaka. Produk Hibah dan Amanah semakin menjadi pertimbangan kepada masyarakat dalam merancang harta dan harta pusaka. Hibah Hartanah & Amanah Tunai adalah produk perancangan harta yang menjadi permintaan masyarakat Islam. Manakala Hibah Saham Koperasi dan Amanah Takaful/Insurans dalam merancang keperluan kewangan waris selepas kematian pelanggan. Empat produk terbaru ini bakal membawa MAAB menjadi pilihan masyarakat dalam pertimbangan merancang harta pusaka mereka. Inilah faktor utama yang menjadikan MAAB sebagai salah sebuah syarikat penyedia perkhidmatan wasiat dan pusaka utama di Malaysia walaupun hanya mula beroperasi sejak 2014. Sebanyak 108,122 wasiat telah didaftarkan di MAAB dengan anggaran nilai harta pusaka bakal ditadbir sebanyak RM43.25 billion. MAAB juga kini mentadbir harta pusaka melebihi 400 kes pentadbiran harta pusaka sehingga kini. MAAB juga ingin mengajak mana-mana syarikat atau koperasi untuk menjadi rakan niaga strategik bagi memasarkan perkhidmatan ini dan secara tidak langsung dapat membantu orang ramai untuk menyelesaikan urusan pentadbiran pusaka mereka. Layari www.myangkasaamanah.com.my untuk keterangan lanjut. KESIMPULAN

PINDAAN WASIAT PERCUMA

MAAB tidak mengenakan sebarang bayaran bagi mana-mana pelanggan yang ingin membuat pindaan kepada wasiat mereka. Pelanggan boleh

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease