14 KOPERASI
Coop Farmasi Mula Operasi April 2020
Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI
P rojek Pharma Wellness usahasama ANGKASA dan Koperasi Farmasi Muslim Pahang Berhad (KOPFAM) dirancang akan mula beroperasi pada bulan Jun 2020 setelah semua proses dokumentasi dan kelulusan pihak berkuasa tempatan siap sepenuhnya. Pengerusi KOPFAM, Encik Abdul Aziz Jamaludin berkata, projek tersebut yang dirancang sejak setahun yang lalu bakal menyediakan perkhidmatan farmasi secara runcit dengan jenama perniagaan Coop Farmasi dan pusat bekalan berpusat secara borong.
Katanya,
projek
pembekalan
tersebut cara membekalkan ubat-ubatan dan lain-lain produk berasaskan penjagaan kesihatan secara borong kepada jaringan 40 outlet anggota KOPFAM di negeri Pahang. Menurut beliau lagi, ruangan di adalah dengan bahagian atas bangunan akan dijadikan sebagai tempat latihan dan bimbingan kepada koperasi yang berminat untuk membuka outlet KOPFAM selain dijadikan sebagai pusat latihan intensif kepada kakitangan farmasi dan taklimat strategi pemasaran.
» Bangunan Coop Farmasi Bandar Indera Mahkota, Kuantan
Beliau berkata demikian kepada media PELANCAR sewaktu menyambut lawatan kerja Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah di premis Pharma Wellnes KOPFAM di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, 10 Mac lalu. Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abd. Razak Shaik; Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim.
» Dato’ Abdul Fattah Abdullah (dua dari kiri) bergambar di ruang produk jendela Coop Farmasi Bandar Indera Mahkota. Turut sama di gambar ialah Datuk Haji Mohamad Ali Hasan (tiga dari kanan) dan Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abd. Razak Shaik (dua dari kanan)
Pemilikan Saham Syarikat Mampu Tingkat Sosioekonomi Koperasi
Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
Presiden ANGKASA Presiden ASEAN Co-operative Or- ganization (ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, pemilikan sa- ham dalam syarikat bukan sahaja dapat memberi manfaat jangka panjang kepada kedua- dua pihak (syarikat dan koperasi), malah berupaya menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi anggotanya sendiri. Menurut beliau, merangkap tahap pencapaian syarikat akan mempengaruhi ko- perasi dan anggotanya.
berucap mengalu-alukan lawatan mesra delegasi koperasi tersebut di Wisma Ungku A. Aziz, Kelana Jaya, 9 Mac lalu. Seramai 48 anggota terdiri daripada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan warga kerja koperasi yang diketuai Setiausaha koperasi, Puan Suraihan Samiran hadir dalam lawatan tersebut. Turut sama meraikan kehadiran pelawat tersebut ialah Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim. Lawatan mesra yang terdiri daripada Anggota Lembaga Koperasi (ALK), kakitangan koperasi dan anggota ini bermatlamat menjalinkan hubungan lebih erat antara kedua-dua pihak di samping menjadi platform terbaik berkongsi idea dan pandangan untuk kemajuan serta manfaat maksimum kepada Gerakan Koperasi Negara. Selain memiliki saham dalam Syarikat Renesas Semi-Conductor KL Sdn. Bhd. yang menjalankan perniagaan berasaskan komponen elektronik di Zon Perindustrian Bebas, Telok Panglima Garang, Selangor, koperasi tersebut juga turut mengusahakan pasar mini dan kafeteria, perniagaan Ar-Rahnu X’ Change, pelaburan dan aktiviti berasaskan perkhidmatan.
» Pelawat turut meninjau produk koperasi di Kedai Jimat
P endekatan yang digunakan Koperasi Renesas KL Kuala Langat Berhad iaitu dengan memiliki sejumlah saham dalam Syarikat Renesas Semi-Conductor KL Sdn. Bhd. wajar dijadikan sebagai contoh.
Menerusi semangat, kesungguhan dan motivasi anggota yang juga warga kerja syarikat itu sendiri mampu ditingkatkan demi kejayaan bersama. Dato’ Abdul Fattah berkata demikian sewaktu pemilikan saham,
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease