3
KOPERASI
Cakna Pembangunan Sosial Melalui Koperasi
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
» Anggota KOPROJAYA bergambar bersama tetamu kehormat.
K operasi perlu memainkan peranan secara lebih aktif dan cakna
Putrajaya Berhad (KOPROJAYA) di Putrajaya pada 22 Februari lalu. Datuk Seri Mohd Zuki turut menyarankan koperasi supaya mempelbagaikan kegiatan ekonomi dengan meneroka beberapa bidang baru selaras dengan aspirasi dan harapan kerajaan melihat Sektor Koperasi mencapai sasaran perolehan sebanyak RM60 bilion pada tahun 2025. Terdahulu, Pengerusi KOPROJAYA, Encik Mohd Arif Adenan dalam kata alu- aluan berkata, pihaknya sentiasa memastikan keutamaan diberikan kepada pekerja tempatan dari aspek peluang pekerjaan, terutama kepada yang kurang bernasib baik. KOPROJAYA juga memastikan stesen Shell Presint 18 yang dibina atas tanah milikannya hanya mengambil pekerja orang tempatan sahaja. Tambah Encik Mohd Arif, kejayaan terbesar koperasi tersebut sepanjang enam tahun penubuhannya adalah penganjuran program berimpak tinggi iaitu larian ‘9 to 5 Run Half Marathon 2019’ di Putrajaya yang telah disertai hampir 50 ribu pelari dan pengunjung. Pada majlis yang sama, mantan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Tan Sri Mohd
Hashim Abdullah telah menerima Anugerah Jasa Terbilang atas sumbangan beliau terhadap penubuhan dan pencapaian KOPROJAYA. Hadir sama ke majlis perasmian mesyuarat agung tersebut ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi; Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan dan Naib Pengerusi Eksekutif (Operasi dan Kawal Selia) Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Haji Abas Abu Bakar.
» Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.
terhadap dalam masyarakat di samping menggerakkan aktiviti penjanaan ekonomi untuk anggotanya. Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri pembangunan sosial Mohd Zuki Ali berkata, usaha tersebut bukan sahaja selaras dengan prinsip ketujuh koperasi iaitu ‘Berprihatin Terhadap Masyarakat’ malah inisiatif yang dijalankan dapat membantu meningkatkan imej dan identiti korporat koperasi di mata masyarakat. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Profesional
» Pengerusi KOPROJAYA, Encik Mohd Arif Adenan
» Mantan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah menerima sijil Anugerah Jasa Terbilang yang disampaikan oleh Datuk Seri Mohd Zuki.
» Anggota KORPOJAYA membaca ikrar ‘Nilai Kami Bersama’.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease