WADAH PELANCAR EDISI MAC 2020

5

ANGKASA

‘Malaysian Coop Plate’ bantu ketengah produk keluaran koperasi Sarawak Oleh: NADIAH KAMARUDIN

» Produk-produk makanan keluaran koperasi di Sarawak dihidangkan untuk memudahkan orang ramai menguji rasa dan terus memberi penilaian.

» Dr. Mohd Azlan menyerahkan plak ‘Malaysian Coop Plate’ kepada wakil Koperasi Rezeki Kerjasama Kuching Berhad.

L ebih 30 produk makanan, minuman dan kraftangan keluaran lima buah koperasi di Sarawak telah dipersembahkan dalam program ‘Malaysian Coop Plate’, sebuah program yang menyediakan suasana pengalaman secara langsung untuk melihat dan menguji rasa produk koperasi tempatan. Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd. Azlan Yahya berkata, ‘Malaysian Coop Plate’ adalah antara inisiatif ANGKASA untuk mengenal pasti produk koperasi yang mempunyai potensi untuk dibangunkan dari aspek pensijilan, pelabelan produk dan mutu bungkusan melalui program ‘100 Product Champion’. Katanya, ‘Malaysian Coop Plate’ bukan sahaja akan dikembangkan ke seluruh negara malah turut melibatkan negara-negara jiran seperti Brunei, Singapura dan Indonesia.

“Program akan menjadi platfrom untuk koperasi mengetengahkan makanan tradisional dari negeri masing-masing dan memberi peluang kepada orang ramai untuk memberi penilaian dan maklum balas secara terus terhadap produk- produk yang dihidangkan,” ujarnya. Terdahulu, Pengerusi ANGKASA tersebut Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin dalam ucapannya berkata, program ‘Malaysian Coop Plate’ mampu mengangkat nama dan populariti makanan tradisional Sarawak seperti gula apong yang lebih dikenali sebagai ‘signature’ produk di negeri tersebut. Tambah beliau, ANGKASA Sarawak sedang dalam perancangan untuk membangunkan perusahaan gula apong dan melihat bandar Pusa di Betong sebagai antara kawasan terbaik untuk penanaman pokok apong secara komersial.

Hadir sama ke program tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Prof. Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji

Nasir Khan Yahaya dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perniagaan Koperasi, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

» Produk kraftangan yang melambangkan kebudayaan dan identiti masyarakat Sarawak.

» Antara produk keluaran koperasi di Sarawak.

» Kakitangan ANGKASA menguji rasa makanan yang dihidangkan.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease