WADAH PELANCAR EDISI MAC 2020

6

KOPERASI

Perkasa Sektor Pelancongan Koperasi Tanjong Watefront Harbour Cruise

Oleh : MOHAMAD ZAIRUL HAFIZ SARDIN

» Dato’ Abdul Fattah meninjau jeti dan laluan yang bakal digunakan oleh Tanjong Watefront Harbour Cruise.

P ermintaan yang tinggi terutamanya daripada ka- langan pelancong luar negara terhadap aktiviti pengangkutan air mendorong ANGKASA untuk mengkaji pendekatan baharu dalam usaha berterusannya memperkasa sektor pelancongan koperasi. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, projek ‘Tanjong Waterfront Harbour Cruise’ umpamanya boleh dijadikan sebagai asas kepada koperasi untuk bergabung bagi menjayakan agenda pelancongan berskala tinggi menerusi pakej- pakej yang boleh dibentuk secara bersama. Menurut beliau, Pulau Pinang merekodkan kehadiran pelancong seramai 9.85 juta pelancong setahun (Draf Pelan Induk Pelancongan Pulau Pinnag 2020-2030). Pengangkutan air mempunyai potensi besar untuk meningkatkan pelbagai kemudahan dan menyokong objektif pembangunan serta melengkapkan Pelan Induk Pengangkutan di Pulau Pinang. Tanjong Watefront Harbour Cruise Pulau Pinang adalah satu projek yang menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada pelancong untuk bersiar-siar di sepanjang pinggir pantai Pulau Pinang dan Seberang Perai. Selain itu, ia juga boleh berfungsi sebagai pengangkutan awam kepada penduduk-penduduk di Pulau Pinang dan sekitarnya. Beliau yang mengetuai delegasi ANGKASA turut berkesempatan meninjau lokasi projek selain diberi taklimat mengenai

kajian awalan oleh Ketua Perunding Tanjong Watefront Harbour Cruise Pulau Pinang, Profesor Dr. Badaruddin Mohamed. Dato’ Abdul Fattah turut diiringi Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Pulau Pinang, Haji Mohd Jamil Othman; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perniagaan Koperasi, Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh.

» Antara jenis pengangkutan yang dicadangkan. Explorer E280 (Kapasiti penumpang : 30 orang)

» Cadangan awal laluan melibatkan Swettenham Pier Cruise Terminal – Clan Jetties – Pulau Jerejak – Pulau Aman – Jeti Bagan Ajam dan kembali ke Swettenham Pier Cruise Terminal.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease