WADAH PELANCAR EDISI MAC 2020

7

ANGKASA

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI Hasil Cukai Koperasi Terus Meningkat

» Dr. Mohd Azlan Yahya (hadapan, tengah), Encik Azhar Husin (hadapan, kiri) dan Encik Mohd Ismail Ibrahim (hadapan, kanan) bergambar bersama peserta program.

P rogram bimbingan penyediaan cukai koperasi akan dijalankan secara komprehensif pada tahun ini bagi memantapkan lagi perkhidmatan bimbingan cukai yang dijalankan sebelum ini dalam usaha ANGKASA untuk memperkasa pengurusan penyelenggaraan akaun koperasi. Naib Presiden ANGKASA. Dr. Mohd Azlan Yahya berkata, program tersebut diharap dapat membantu memperkasa pembangunan modal insan warga kerja dan anggota koperasi yang terlibat menerusi ilmu dan panduan yang diterapkan.

Menurut prestasi kutipan cukai koperasi yang semakin menggalakkan menjadi bukti beliau, kepada pencapaian dan kejayaan ANGKASA dalam usaha berterusannya meningkatkan kualiti tadbir urus percukaian koperasi.

Katanya, sejak ANGKASA mengadakan perjanjian persefahaman dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 23 November 2018, pelbagai program berkaitan percukaian koperasi telah dijalankan. Sebelum ini, ANGKASA bersama LHDN telah melaksanakan tujuh program taklimat selain empat bengkel pengiraan cukai yang melibatkan empat zon iaitu utara, selatan, timur dan semenanjung barat (Sarawak). Selain itu, ANGKASA juga telah mewujudkan satu Jawatankuasa Khas antara LHDN, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Institut Koperasi

Malaysia (IKM) bagi mengkaji struktur cukai sedia ada bagi memberi manfaat yang lebih kepada sektor koperasi serta membolehkan koperasi dapat memberi sumbangan secara lebih besar kepada pembangunan negara melalui kutipan cukai. Beliau berkata demikian sewaktu berucap dalam Program Pengiraan Cukai Koperasi anjuran bersama LHDN dan ANGKASA di KL International Hotel Kuala Lumpur. Seramai 46 peserta yang mewakili 25 buah koperasi dewasa dari Wilayah Persekutuan, Selangor dan Pahang hadir dalam majlis selama dua hari itu dan majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah Seksyen Pungutan dan Fungsi Am LHDN, Encik Azhar Husin. Hadir sama ialah Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus dan Integriti ANGKASA, Encik Mohd Ismail Ibrahim. Sebanyak enam kertas kerja telah dibentangkan sepanjang program melibatkan tajuk penting seperti Pengurusan Cukai Koperasi Efektif, Taklimat Pendaftaran Fail (CP600CS), e-Filing (E-C1) dan CP204, Pengiraan Cukai Koperasi dan Pengisian Borang Penyata Cukai Pendapatan, Tanggungjawab Majikan Di Bawah Peruntukan Subseksyen 107 (2) Akta Cukai Pendapatan, Tanggungjawab Majikan Di bawah Peruntukan Seksyen 83 Akta Cukai Pendapatan 1967, Elaun Modal dan Elaun Pertanian.

JUMLAH KUTIPAN 3,963 KOPERASI RM189 JUTA

JUMLAH KUTIPAN RM170 JUTA 3,734 KOPERASI

KOPERASI 1,429 JUMLAH KUTIPAN RM74 JUTA

2017 2018 2019

» Surat penghargaan yang diterima daripada LHDN

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease