MuatTurun Aplikasi Mudah Alih
PERCUMA
MEI 2020 JILID: WP02 / 5
ANGKASACoop
www.angkasa.coop RM1.00
Bersama Kuatkan Rantaian Ekonomi Koperasi Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
K luster perniagaan koperasi sentiasa diselaras dan dipertingkat menerusi pelan jangka panjang ekonomi demi kelangsungan sosioekonomi koperasi dan anggotanya. Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyanti Binti Samsudin berkata, kerajaan bersedia untuk memberi sokongan, khususnya dalam aspek bantuan ekonomi secara lebih spesifik kepada koperasi yang memerlukan. Menurut beliau, kluster ekonomi yang pelbagai dalam koperasi mampu memberi impak dan kesan ekonomi yang berbeza. Justeru, ANGKASA mestilah sentiasa bersedia untuk mencari jalan terbaik bagi membantu kerajaan untuk mempertahan dan pada masa yang sama menguatkan rantaian ekonomi sektor koperasi yang mungkin terjejas akibat daripada kesan penularan COVID-19. Beliau berkata demikian dalam sesi pertemuan bersama ANGKASA yang diketuai Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah di Menara Bank Rakyat, Kuala Lumpur, pada 14 Mei lalu. » Sesi perbincangan bersama Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyanti Samsudin.
» YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyanti turut memberikan beberapa pandangan yang boleh membantu memperkasa sektor-sektor koperasi termasuk koperasi sekolah.
Selain
membincangkan
tentang
ANGKASA sebagai badan Apeks gerakan koperasi negara. Hadir sama ialah Timbalan Presiden, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib Presiden, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, Naib Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Haji Zazali Haron dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim.
cadangan pembangunan koperasi, Dato’ Abdul Fattah turut menyatakan harapan agar MEDAC dapat membantu ANGKASA untuk terus memperkasa dan menjulang gerakan koperasi secara lebih cemerlang. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan program ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya juga turut menyampaikan taklimat ringkas berkaitan peranan dan perkhidmatan
bersambung di muka surat 2
2
ANGKASA
» Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyanti Samsudin bergambar bersama pek produk BA100. Turut sama dalam gambar ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (paling kiri); Naib Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Haji Zazali Haron (dua dari kiri); Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kiri); Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya (paling kanan).
» YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyanti diberi penerangan ringkas tentang produk di bawah Program BA100 oleh Dato’ Haji Kamarudin Ismail (tengah)
Dari Meja Presiden ANGKASA
Menerusi perbincangan secara online yang sentiasa dijalankan oleh ANGKASA bersama koperasi, setiap idea dan pandangan akan dinilai secara bersama dan akan dikongsi demi manfaat bersama.
N orma baharu dalam budaya berkoperasi kini menjadi sebahagian daripada perbincangan yang hangat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan terkini, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Jelas sekali, impak terhadap cara hidup dan rutin seharian masyarakat yang terjejas akibat krisis kesihatan global ini telah memberi kesan yang sangat besar khususnya terhadap sektor perniagaan berteraskan perkhidmatan.
Memandangkan masih banyak premis dan perkhidmatan lain yang terpaksa ditutup ekoran PKP, masyarakat yang semakin biasa dengan norma baharu tersebut pastinya akan semakin biasa dan lebih berhati-hati dengan perbelanjaan seharian selain hanya akan mengutamakan keperluan asas sahaja. Keadaan seperti ini perlu diterima dengan hati yang redha. Namun persediaan dalam menghadapinya perlu disokong dengan bantuan dan cadangan pelbagai pihak selain
pemantauan yang berterusan daripada pihak kerajaan. Setiap warga koperasi boleh membantu dengan memberikan buah fikiran dan kerjasama mengikut kesesuaian demi kelangsungan perniagaan sekaligus meningkatkan perolehan koperasi. Pelbagai strategi boleh dilaksana dan dimanfaatkan khususnya dalam menjalani aktiviti jual beli seperti membantu mempromosi perniagaan melalui media sosial.
SIDANG PENGARANG
Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah
Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Halim Haji Ibrahim
Pengurus Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz
Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor
Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal
Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail
Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Mohamad Zairul Hafiz Sardin
Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com
Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600
Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya
Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin
Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik
ANGKASA 4 Tingkatkan Kualiti Koperasi Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
» Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek mengetuai sesi perbincangan antara MEDAC dengan ANGKASA.
K operasi perlu mempertingkatkan daya saing dan kualiti dalam tadbir urus korporatnya supaya mampu memberi sumbangan secara lebih berkesan kepada anggotanya. Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek berkata, koperasi harus berfungsi sebagai sebuah ‘Lifetime Corporation’ yang sentiasa konsisten dalam menjana pembangunan sosio ekonomi anggota dan masyarakat. Katanya, selain mengklusterkan koperasi mengikut kategori perniagaan dan menilai tahap keupayaannya, usaha untuk mentransformasi gerakan koperasi juga harus dilihat dari pelbagai sudut seperti penglibatan golongan profesional. Menurut beliau, sehingga Disember 2019, sebanyak 14,625 koperasi telah berdaftar di Malaysia dengan keanggotaan seramai 6.05 juta namun GDP (Gross Domestic Product) bagi sektor koperasi masih lagi di bawah paras tiga peratus. “Kita tidak mahu melihat koperasi sebagai ‘sunset organisation’ kerana faktor pengurusan yang tidak sempurna dan masalah-masalah lain yang masih gagal ditangani dengan sebaiknya. Justeru itu, ANGKASA perlu membantu kerajaan dengan melihat sebarang permasalahan serta isu yang menyekat kemajuan sektor perniagaan koperasi dan menanganinya dengan segera,” ujar beliau. Dato’ Sri Haji Mohammad bercakap sewaktu mengadakan perbincangan dua hala antara MEDAC dan ANGKASA di Putrajaya. Dalam perbincangan yang turut disertai oleh dua Timbalan KSU iaitu Datuk Haji Zamri Salleh dan Dato’ Mohammad Radhi
Abdul Razak antara lainnya turut membincangkan beberapa cadangan dan juga pandangan yang boleh digerakkan secara bersama antara kementerian, SKM dan ANGKASA dalam membantu membangun serta memperkasa sektor koperasi. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah yang mengetuai delegasi ANGKASA menyatakan penghargaan dan terima kasih atas kesungguhan MEDAC untuk menjalin kerjasama lebih erat bersama ANGKASA dalam usaha untuk menyerlahkan lagi peranan dan sumbangan gerakan koperasi. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya turut menyampaikan taklimat
berkaitan fungsi dan peranan ANGKASA sebagai badan puncak gerakan koperasi negara. Turut terlibat dalam sesi perbincangan tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib Pengerusi Eksekutif SKM, Haji Zazali Haron; Setiausaha Bahagian (SUB) MEDAC, Dr. Hajah Salmah Ishak; Timbalan-Timbalan SUB iaitu Puan June Suhaila Saran dan Encik Ibrahim Mohd Yusof; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perniagaan Koperasi ANGKASA, Datuk Haji Abdullah Jusoh.
» Dato’ Abdul Fattah Abdullah membincangkan sesuatu bersama Dato’ Sri Haji Mohammad bin Mentek.
5
WAWANCARA ANGKASA
ANGKASA Sedia Laman Web Baharu, Media Sosial Platform Khidmat Pelanggan P enularan wabak Covid-19 memaksa lebih 32 juta penduduk Malaysia untuk ANGKASA juga menjadikan laman web ini sebagai saluran eksklusif untuk anggota koperasi mendapatkan hebahan terkini Oleh : NADIAH KAMARUDIN
mengubah gaya hidup dan rutin harian mereka secara drastik ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan dalam empat fasa bermula 18 Mac hingga 12 Mei 2020. Perintah tersebut sekaligus meningkatkan kebergantungan rakyat terhadap platform media sosial seperti Facebook dan Twitter untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Covid-19. Kebergantungan ini juga perlu dilaksanakan dengan tanggungjawab untuk memastikan maklumat yang diperoleh adalah daripada sumber yang sahih sebelum dikongsikan. Malah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah menubuhkan Pasukan Respon Pantas, yang hampir setiap hari sejak PKP bermula, mengeluarkan pemakluman dalam usaha menafikan berita-berita palsu yang tular di media sosial. Menyedari akan kepentingan untuk penduduk Malaysia terutama anggota koperasi mempunyai satu platform di mana mereka boleh mengakses maklumat berkaitan Covid-19 dan PKP serta perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi, ANGKASA telah menubuhkan laman sesawang baharu, www.covid19. angkasa.coop Antara maklumat yang dipaparkan adalah teks perutusan Perdana Menteri; siaran media yang dikeluarkan oleh kementerian- kementerian, Majlis Keselamatan Negara, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Bank Negara Malaysia (BNM), soalan-soalan lazim (FAQ’s), pemakluman berita palsu oleh KKMM dan keratan akhbar.
mengenai perkhidmatan potongan gaji terutama apabila BNM menawarkan penangguhan pembayaran balik pinjaman sedia ada bagi individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) selama enam bulan. Jumlah terkumpul pelawat yang melayari laman web ini sejak mula beroperasi pada 18 Mac 2020 sehingga 12 Mei 2020 adalah sebanyak 10,230. Facebook turut dijadikan alat penghubung antara koperasi dengan anggota,malah jumlah terkumpul orang yang berkunjung ke profail halaman Facebook rasmi ANGKASA sepanjang PKP fasa satu hingga empat adalah sebanyak 88 ribu. Jumlah ‘Page Views’ Facebook ANGKASA menyaksikan peningkatan yang mendadak terutama apabila Bank Negara Malaysia mengumumkan penangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan untuk individu, PKS dan syarikat korporat yang terjejas oleh wabak Covid-19 bermula 1 April 2020. Pengumuman tersebut memberi manfaat kepada individu-individu yang terdiri daripada pekerja perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau swasta yang menjadi pelanggan kepada koperasi atau bank koperasi untuk melayari Facebook ANGKASA bagi mengetahui status potongan gaji mereka melalui penghantaran mesej atau meninggalkan pertanyaan di ruangan komen. Jumlah terkumpul mesej yang dihantar oleh orang ramai ke Facebook ANGKASA sepanjang PKP adalah sebanyak 1,352 mesej dengan jumlah mesej yang tertinggi diterima adalah sebanyak 193 pada 22 April 2020.
» Facebook rasmi ANGKASA menjadi platform utama ANGKASA menyebarkan maklumat mengenai perkhidmatan potongan gaji.
» Homepage laman web baharu yang dibina oleh ANGKASA pada permulaan PKP.
» Facebook ANGKASA menyaksikan peningkatan jumlah ‘Likes’ yang mendadak sepanjang PKP.
6
WAWANCARA
PROJEK BARANGAN ASAS (BA100) Dilaksana di Peringkat Nasional (NACCOL) untuk rantaian koperasi sebagai pemacu pengurangan kos sara hidup rakyat melalui aktiviti pemborongan/peruncitan.
Prospek Perniagaan Baharu Koperasi Di Bawah Pelan Induk Ekonomi Strategik ANGKASA
PROJEK INDUSTRI JAGUNG BIJIAN NEGARA (AJB 100) Bank tanah koperasi dalam penanaman & penghasilan ANGKASA Jagung Bijian (AJB100).
PROJEK PERNIAGAAN COOP FARMASI (PHARMAWELLNESS) Gerakan Koperasi menceburi industri farmaseutikal & kesihatan melalui jaringan Coop Farmasi & Coop Wellness.
ANGKASA Menawarkan Projek Perniagaan Baharu Yang Berdaya Saing Untuk Gerakan Koperasi Bagi Merealisasikan Hasrat Koperasi Sebagai ‘Third Driving Force of Economy’
COOP UMRAH Koperasi sebagai Ejen Penyatuan Umrah di bawah jaringan Coop Umrah.
Selaras Dengan Aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB).
Sebarang pertanyaan sila hubungi: BAHAGIAN ANGKASA NIAGA 03-7800 8128 / 6012-3492427 E-mel: angkasaniaga.angkasa@gmail.com ENCIK CHE MAHALIM CHE HASHIM Pengurus ANGKASA Niaga
Koperasi Dipelawa Untuk Menyertai Projek Perniagaan Baharu Bersama ANGKASA.
7
ANGKASA KOPERASI
Oleh : NORAZAH ABD AZIZ Cekal Berhadapan Pandemik Covid-19 Koperasi Kariah Masjid Jamek Kampung Boyan Taiping Berhad
P enularan wabak Covid-19 walaupun secara kasarnya dilihat meningkat kelangsungan hayat ekonomi penduduk di Malaysia, namun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan masih lagi memberi ruang ekonomi kepada Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senggarang Johor Berhad. Cabaran menguruskan pusat mencuci kenderaan yang menerima sambutan kurang memberangsangkan menjadi antara cabaran yang harus ditempuhi dalam perniagaan Koperasi Kariah Masjid (KKM) Jamek Kampung Boyan Taiping Perak Berhad. Pengerusinya, Cikgu Anjang Ab. Rahman Mat ketika ditemu bual media PELANCAR berkata, jumlah maksimum kereta yang dibasuh setiap hari adalah sekitar sembilan hingga 10 buah sahaja dengan purata perolehan sekitar RM500 sebulan. Menurut beliau, kempen promosi pusat mencuci kenderaan tersebut sentiasa diadakan melalui media sosial dan juga risalah. Antara promosi yang diadakan sejak 1 Mac 2020 adalah seperti cucian percuma sekali bagi setiap lima cucian yang dibuat. Koperasi juga turut mewujudkan kerjasama dengan syarikat pembekal bumiputera untuk menjual minyak pelincir di pusat cucian berkenaan sebagai langkah menambah pendapatan koperasi. Sepertimana koperasi-koperasi lain, Cikgu Anjang berharap, KKM Jamek Kampung Boyan Taiping Berhad dapat menempa kemajuan
» Majlis perasmian pusat cuci kereta asnaf milik KKM Jamek Kampung Boyan Taiping Berhad.
walaupun harus berdepan dengan pandemik Covid-19. Apa yang penting, Anggota Lembaga Koperasi (ALK) bekerjasama menggembleng idea, tenaga, masa dan wang ringgit dengan sokongan daripada anggota-anggota koperasi dan masyarakat sekitar.
Alamat : Koperasi Kariah Masjid Jamek Kamung Boyan Taiping Berhad Lorong Taman Long Jaafar, F3/18, Kampung Boyan, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan. Tel. : 012-515 1569
» Sumbangan 10 ribu pelitup muka, 24 botol pembersih tangan bebas alkohol dan 2,000 pasang sarung tangan getah untuk kegunaan anggota tentera yang bertugas di barisan hadapan sepanjang tempoh Pergerakan Kawalan Berperingkat (PKP). Sesi sumbangan tersebut yang berlangsung di ibu pejabat Kementerian Pertahanan telah disampaikan melalui Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaacob. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah hadir menyampaikan sumbangan tersebut dan turut diiringi Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail.
Program CSR ANGKASA terus aktif sepanjang tempoh PKP apabila MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. dengan kerjasama Shence Pack Sdn. Bhd. menyumbang pelitup muka, sarung tangan getah dan pembersih tangan bebas alkohol untuk kegunaan para petugas barisan hadapan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Program CSR ANGK Sepanjang Tempoh
» Sumbangan sebanyak 2,000 unit pelitup muka, 2,000 unit sarung tangan getah dan dua dozen pembersih tangan bebas alkohol untuk kegunaan para petugas media Sinar Harian di Shah Alam yang disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan turut diiringi Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail.
» Sebanyak 10 ribu pelitup muka, 24 botol pembersih tangan bebas alkohol dan 2,000 pasang sarung tangan getah telah disumbangkan untuk kegunaan para petugas barisan hadapan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Putrajaya. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan diterima oleh Pemangku Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman & Cukai Dalam Negeri), Dato’ Ahmad Maher Abd. Jalil. Hadir sama ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa.
» Sumbangan 2,000 unit pelitup muka, pembersih tangan tanpa alkohol dan sarung tangan getah kepada Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA). Sumbangan tersebut adalah bagi membantu mengisi dana bantuan yang dijalankan oleh pertubuhan tersebut bagi menangani penularan wabak COVID-19. Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan diterima oleh Presiden PAPISMA, Dato’ Dr. Suhaini Kadiman di perkarangan Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur.
» Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin menerima sumbangan 4,000 pelitup muka, pembersih tangan bebas alkohol dan sarung tangan getah bagi pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk kegunaan petugas barisan hadapan yang disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan Timbalan Presiden, Dato’ Haji Kamarudin Ismail di ibu pejabat KDN, Putrajaya.
KASA h PKP
» Sumbangan sebanyak 2,000 unit pelitup muka, 2,000 unit sarung tangan getah dan dua dozen pembersih tangan bebas alkohol untuk kegunaan para petugas media Shin Chew Media Corporation Berhad yang disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan turut diiringi Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail.
» Sumbangan sebanyak 2,000 unit pelitup muka, 2,000 unit sarung tangan getah dan dua dozen pembersih tangan bebas alkohol untuk kegunaan para petugas media Berita Harian di ibu pejabat NSTP, Kuala Lumpur. Sumbangan disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan diterima oleh wakil NSTP iaitu Editor Kumpulan, Encik Zainudin Isa. Hadir sama dalam sesi serahan tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail.
» Sumbangan sebanyak 2,000 unit pelitup muka, 2,000 unit sarung tangan getah dan pembersih tangan bebas alkohol untuk kegunaan petugas media TV3 di Sri Pentas. Serahan disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah kepada Editor Berita Kumpulan Media Prima, Encik Azhari Muhidin. Hadir sama dalam sesi serahan tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail.
10 RENCANA
ANGKASA HARGAI PERANAN BARISAN HADAPAN PERANGI
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
K risis COVID-19 telah menyaksikan tanggungjawab dan peranan besar yang dipikul oleh para petugas barisan hadapan atau ‘frontliners’ khususnya petugas kesihatan dan badan beruniform seluruh negara. Mereka bukan sahaja sanggup memper- taruhkan nyawa demi memikul amanah yang diberi, malah komited dalam melaksanakan tugas demi untuk memastikan keselamatan dan kesihatan masyarakat terjaga sejak awal negara diserang wabak berbahaya ini. Mereka ini terdiri daripada petugas kesihatan di hospital, anggota keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Sukarelawan Malaysia Malaysia (RELA) dan pelbagai pihak lagi yang terlibat bertungkus-lumus secara langsung atau secara tidak langsung dalam membanteras pandemik ini. Semangat solidariti yang ditunjukkan oleh barisan hadapan atau ‘frontliners’ ini yang tidak mengira apa jua latar belakang sama ada agama atau pun bangsa sewajarnya dipuji. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan penghargaan kepada pertugas barisan
hadapan atau ‘frontliners’ yang bersungguh-sungguh mengekang penularan wabak COVID-19 sehingga Malaysia mendapat pengiktirafan dunia. Trend penurunan situasi terkini penularan kes COVID-19 di Malaysia telah membuktikan bahawa ini adalah hasil daripada peranan yang dimainkan wira dan wirawati negara. Sebagai menghargai jasa dan penghargaan tinggi terhadap golongan ini, ANGKASA sebagai Badan Puncak Koperasi Negara turut mengambil peranan proaktif dengan menghulurkan sumbangan berupa wang ringgit serta 1,800 pasang cermin mata keselamatan kitar semula, 10,000 pelitup muka, 24 botol pembersih tangan bebas alkohol (Hand Sanitizer) dan 2,000 pasang sarung tangan getah untuk kegunaan petugas barisan hadapan melibatkan petugas kesihatan dan anggota keselamatan. Selain itu, ANGKASA menerusi Program Coopcare turut menyumbangkan barangan asas keperluan harian di bawah Program Barang Asas 100 (BA 100) seperi beras, gula, tepung, minyak masak dan sebagainya bagi meringankan beban perbelanjaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta persiapan menyambut Aidilfitri.
Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah menyatakan, sumbangan ANGKASA menerusi anak syarikatnya iaitu MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. dengan kerjasama Shence Pack Sdn. Bhd. ini adalah bertepatan dengan Prinsip Koperasi Ketujuh iaitu Mengambil Berat Terhadap Masyarakat serta memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) ANGKASA. Beliau merakamkan setinggi-tinggi peng- hargaan kepada kumpulan wira negara ini di atas pengorbanan yang dilakukan serta menyuntik semangat mereka untuk melakukan yang terbaik dalam usaha menamatkan pandemik COVID-19 ini. Katanya, rakyat sewajarnya memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dengan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan Kerajaan. “Antara perkara penting yang boleh dilakukan oleh kita bagi menghargai pengorbanan mereka adalah dengan berada di rumah bagi menghentikan rantaian penularan wabak COVID-19. “Dengan terhentinya penularan wabak ini, mereka boleh kembali kepada tugas sedia ada tanpa perlu bertungkus-lumus menyelesaikan tugasan berat ini,” katanya.
ANGKASA 11
Sumbangan Barangan Keperluan Harian BA100
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
S ebanyak 40 set barangan keperluan harian melalui Program Barangan Asas 100 (BA100) disumbangkan kepada Pusat Jagaan Mahmudah, Jalan Bangi Lama, Semenyih, baru baru ini. Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail kepada Pengurus Pusat Jagaan Mahmudah iaitu Encik Sazali Mohiden sebagai tanda prihatin Badan Puncak Gerakan Koperasi terhadap mereka yang memerlukan. Pusat Jagaan Mahmudah yang ditubuhkan pada Januari 2016 terdiri daripada 55 penghuni pelbagai bangsa beragama Islam yang majoritinya berusia 50 tahun ke atas dan dibantu 15 petugas. Pusat ini menyediakan pelbagai kemudahan selesa termasuk penyediaan makanan harian, pakaian, peralatan perubatan, rawatan ke hospital, riadah, pengisian ilmu, kerohanian dan lain-lain. Turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Mohd Che Shukree Che Isa, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah dan Bendahari ANGKASA Negeri Selangor, Haji Zulkifli Ahmad.
» Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail menyerahkan sumbangan barangan keperluan harian BA100 kepada Pengurus Pusat Jagaan Mahmudah, Encik Sazali Mohiden.
Jasa Petugas Barisan Hadapan Terus Dihargai
Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ
A NGKASA amat menghargai pengorbanan serta jasa para petugas barisan hadapan yang mengorbankan masa dan tenaga mereka, dalam memutuskan rantaian wabak Covid-19 yang melanda Malaysia dan juga dunia ketika ini. Sesuai dengan Prinsip Koperasi yang ketujuh iaitu ‘Keprihatinan Terhadap Masyarakat’, ANGKASA melahirkan penghargaan tersebut, dengan penyerahan sumbangan keperluan harian melalui Program Barangan Asas 100, kepada seramai 160 orang warga kakitangan Klinik Kesihatan Kelana Jaya pada 15 Mei lalu. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, sumbangan tersebut diharap dapat merìngankan beban mereka dalam perbelanjaan harian dan kekangan masa, semasa membuat persiapan menyambut Syawal yang bakal menjelang. Ini kerana mereka perlu bertungkus lumus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang disambung sehingga 9 Jun ini. Antara barangan asas yang disumbangkan ialah beras, gula, tepung, minyak masak yang keseluruhannya berjumlah sekitar RM8,000. Barangan BA100 merupakan platform edagang yang
» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah menyerahkan sumbangan barangan keperluan harian BA100 kepada petugas barisan hadapan Klinik Kesihatan Kelana Jaya. Turut sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr’ Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.
mengumpulkan belian barangan asas secara pukal, mengikut permintaan di kedai runcit koperasi. BA100 menawarkan harga yang lebih jimat kepada pelanggan menerusi platform digital www.jimatshop.com Hadir sama pada program CSR ‘Coop Care’ anjuran ANGKASA ialah Pengarah Jabatan
Kesihatan Negeri Selangor, Dato’ Indera Dr’ Shaari Ngadiman, Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr’ Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.
ANGKASA 12
MyANGKASA Amanah Berhad Sumbang Bantuan Kemanusiaan RM5,000 Kepada MRA
Oleh : RAHMAT MOHD DID
Menurut Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, pandemik yang melanda ini memberi keinsafan kepada semua yang selama ini alpa mencari keuntungan untuk bermuhasabah sekaligus membantu golongan yang lebih memerlukan. Beliau juga turut mengumumkan keuntungan MAAB naik sebanyak 27 peratus pada tahun 2019 berbanding 2018 menjadikannya yang tertinggi sejak ia ditubuhkan pada 2014. Sementara itu, Dr. Shahrizal mengakui bahawa ini merupakan kali pertama mereka berhadapan dengan krisis wabak semenjak ditubuhkan. Bagaimanapun, sumbangan yang diterima adalah amat mengejutkan. Sehingga kini, sudah hampir RM7 juta diterima daripada pelbagai pihak dan mereka komited menghiburkan bantuan setiap hari di setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak tanpa henti. Turut sama ialah Ahli Lembaga Pengarah MAAB, Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAAB, Encik Faudzi Mt Din dan Pengurus Besar MAAB, Aad Syahrul Mohamad.
» Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi MAAB , Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyerahkan sumbangan bantuan kepada Setiausaha Agung MRA, Dr. Shahrizal Azwan Samsudin di Ibu Pejabat ANGKASA.
M yANGKASA Amanah Berhad (MAAB) pada 14 Mei 2020 telah menyalurkan bantuan Covid-19 kepada Malaysian Relief Agency (MRA) dalam bentuk wang tunai sebanyak RM5,000.
Bantuan tersebut disampaikan oleh Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi MAAB, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan kepada Setiausaha Agung MRA, Dr. Shahrizal Azwan Samsudin di Ibu Pejabat ANGKASA.
Rakan Strategik
Memperkenalkan Sistem Dalam Talian (Online)
Harga Berpatutan, Jom Sertai Kami!!
Sayang keluarga, Rancang harta. Perancangan hari ini kebahagiaan masa hadapan.
www.myangkasaamanah.com.my
Alamat : C-504, Blok C, Glomac Business Centre Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Maklumat Perhubungan
admin@myangkasaamanah.com.my www.myangkasaamanah.com.my
myangkasaamanahberhad myangkasaamanah
03-7887 5600 /4300 09-7887 2300
ANGKASA 13
Coopcare ANGKASA Bantu Masyarakat Menerusi BA100
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
T empoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP) tidak menghalang ANGKASA untuk terus cakna kepada masyarakat menerusi Program Coopcare ANGKASA. Program tersebut yang mendapat kerjasama Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor dan Koperasi Ibukota Selangor Berhad telah berlangsung di Kampung Delek, Sungai Udang di Klang, Selangor. Sebanyak 21 pek barangan asas di bawah program Barang Asas 100 (BA 100) seperti beras, gula, tepung dan minyak masak untuk keperluan isi rumah di kampung tersebut telah disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Beliau yang menyampaikan sendiri bantuan tersebut ke rumah penerima turut diiringi Timbalan Presiden, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Mohd Alias Hamzah. Hadir sama ialah barisan anggota JPAN Selangor, Pengerusi Koperasi Ibukota Selangor Berhad, Puan Akmar Jamil dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim. Dalam pada itu, pada hari yang sama, Dato’ Abdul Fattah bersama barisan JPAN Selangor yang diketuai Dato’ Mohd Alias Hamzah berkesempatan melawat pusat ternakan ayam kampung dan itik yang
diusahakan oleh sebahagian anggota Koperasi Ibukota Selangor Berhad di Kampung Delek. Projek tersebut merupakan antara inisiatif program pem-bangunan perniagaan yang sedang aktif diusahakan oleh koperasi berkenaan bagi meningkatkan penyertaan anggota dalam aktiviti kelolaan koperasi selain membantu menjana sosio- ekonomi anggota dan masyarakat setempat.
14 KOPERASI
Oleh : NORAZAH ABD AZIZ Jana Perolehan Menerusi Pembekalan Barangan Asas Koperasi SMK Senggarang Batu Pahat Berhad
P enularan wabak Covid-19 walaupun secara kasarnya dilihat meningkat kelangsungan hayat ekonomi penduduk di Malaysia, namun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan masih lagi memberi ruang ekonomi kepada Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senggarang Johor Berhad. Kesan daripada pandemik tersebut juga, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) cawangan Negeri Johor telah membantu koperasi dengan insentif mempromosi barangan asas bernilai RM5,000 untuk setiap kedai koperasi sekolah mahupun koperasi dewasa. Purata jualan sehari Koperasi SMK Senggarang Johor Berhad sebelum tempoh PKP adalah RM4,000 sehari dan koperasi menyasarkan jualan akan mencecah sehingga RM7,000 sehari pada bulan Ramadhan. Koperasi juga amat menghargai sokongan ANGKASA terhadap Program Barang Asas 100 (BA100). Kedai koperasi yang baru berusia dua tahun itu turut menghadapi persaingan daripada kedai-kedai runcit di kawasan sekitar sepanjang PKP.
Pengerusi koperasi, Encik As Aziz Salam berkata, sokongan Anggota Lembaga Koperasi (ALK), SKM dan ANGKASA, adalah sangat penting dan sentiasa bersemangat, berinovatif, kreatif dalam membantu perancangan koperasi. ALK juga sentiasa bekerja keras mencari peluang baharu, menimba ilmu melalui kursus dan seminar terutamanya dalam sektor pemborongan dan peruncitan bagi menyokong program BA100 yang diperkenalkan oleh ANGKASA. Katanya, setakat ini koperasi yang beroperasi sepanjang tempoh PKP telah menempah barangan asas seperti produk-produk keluaran syarikat Faiza, Adabi dan Nestle dengan anggaran nilai berjumlah RM30,000. Selain menyediakan jualan barangan asas, koperasi juga turut menjual telur dan ikan serta makanan laut sejuk beku. Menurut beliau, jualan produk sejuk beku ternyata berjaya memacu perniagaan koperasi ke arah perolehan yang lebih baik. Justeru, koperasi berazam untuk menjadi salah sebuah pusat jualan produk makanan sejuk beku yang utama di kawasan tersebut. Produk makanan sejuk beku merupakan antara kelebihan yang
ada pada kedai koperasi dan menjadi daya tarikan yang tersendiri kepada pelanggan. Tumpuan koperasi selepas PKP dijangka beralih kepada pasaran produk makanan untuk peniaga tomyam dan makanan laut. Bagi menghadapi musim selepas tamat tempoh PKP, koperasi telah membeli sebuah lori dan bersiap sedia dengan beberapa produk seperti pembekalan telur ayam, memborong ikan sejuk beku serta membekal daging sejuk beku. Justeru, koperasi tidak lagi terlalu bergantung dengan membekal produk asas kepada pihak kantin sahaja. Alamat Penuh: Koperasi SMK Senggarang Batu Pahat Berhad Jalan Parit Jabar 83200 Senggarang, Johor Darul Takzim. Tel. : 07-429 1550 E-mel : koperasismksenggarangbpberhad @gmail.com Fb : IMcoop senggarang
15 ANGKASA NIAGA
Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease