10 RENCANA
ANGKASA HARGAI PERANAN BARISAN HADAPAN PERANGI
Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ
K risis COVID-19 telah menyaksikan tanggungjawab dan peranan besar yang dipikul oleh para petugas barisan hadapan atau ‘frontliners’ khususnya petugas kesihatan dan badan beruniform seluruh negara. Mereka bukan sahaja sanggup memper- taruhkan nyawa demi memikul amanah yang diberi, malah komited dalam melaksanakan tugas demi untuk memastikan keselamatan dan kesihatan masyarakat terjaga sejak awal negara diserang wabak berbahaya ini. Mereka ini terdiri daripada petugas kesihatan di hospital, anggota keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Sukarelawan Malaysia Malaysia (RELA) dan pelbagai pihak lagi yang terlibat bertungkus-lumus secara langsung atau secara tidak langsung dalam membanteras pandemik ini. Semangat solidariti yang ditunjukkan oleh barisan hadapan atau ‘frontliners’ ini yang tidak mengira apa jua latar belakang sama ada agama atau pun bangsa sewajarnya dipuji. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan penghargaan kepada pertugas barisan
hadapan atau ‘frontliners’ yang bersungguh-sungguh mengekang penularan wabak COVID-19 sehingga Malaysia mendapat pengiktirafan dunia. Trend penurunan situasi terkini penularan kes COVID-19 di Malaysia telah membuktikan bahawa ini adalah hasil daripada peranan yang dimainkan wira dan wirawati negara. Sebagai menghargai jasa dan penghargaan tinggi terhadap golongan ini, ANGKASA sebagai Badan Puncak Koperasi Negara turut mengambil peranan proaktif dengan menghulurkan sumbangan berupa wang ringgit serta 1,800 pasang cermin mata keselamatan kitar semula, 10,000 pelitup muka, 24 botol pembersih tangan bebas alkohol (Hand Sanitizer) dan 2,000 pasang sarung tangan getah untuk kegunaan petugas barisan hadapan melibatkan petugas kesihatan dan anggota keselamatan. Selain itu, ANGKASA menerusi Program Coopcare turut menyumbangkan barangan asas keperluan harian di bawah Program Barang Asas 100 (BA 100) seperi beras, gula, tepung, minyak masak dan sebagainya bagi meringankan beban perbelanjaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta persiapan menyambut Aidilfitri.
Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah menyatakan, sumbangan ANGKASA menerusi anak syarikatnya iaitu MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. dengan kerjasama Shence Pack Sdn. Bhd. ini adalah bertepatan dengan Prinsip Koperasi Ketujuh iaitu Mengambil Berat Terhadap Masyarakat serta memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) ANGKASA. Beliau merakamkan setinggi-tinggi peng- hargaan kepada kumpulan wira negara ini di atas pengorbanan yang dilakukan serta menyuntik semangat mereka untuk melakukan yang terbaik dalam usaha menamatkan pandemik COVID-19 ini. Katanya, rakyat sewajarnya memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dengan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan Kerajaan. “Antara perkara penting yang boleh dilakukan oleh kita bagi menghargai pengorbanan mereka adalah dengan berada di rumah bagi menghentikan rantaian penularan wabak COVID-19. “Dengan terhentinya penularan wabak ini, mereka boleh kembali kepada tugas sedia ada tanpa perlu bertungkus-lumus menyelesaikan tugasan berat ini,” katanya.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease