WADAH PELANCAR EDISI MEI 2020

ANGKASA 11

Sumbangan Barangan Keperluan Harian BA100

Oleh : WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

S ebanyak 40 set barangan keperluan harian melalui Program Barangan Asas 100 (BA100) disumbangkan kepada Pusat Jagaan Mahmudah, Jalan Bangi Lama, Semenyih, baru baru ini. Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail kepada Pengurus Pusat Jagaan Mahmudah iaitu Encik Sazali Mohiden sebagai tanda prihatin Badan Puncak Gerakan Koperasi terhadap mereka yang memerlukan. Pusat Jagaan Mahmudah yang ditubuhkan pada Januari 2016 terdiri daripada 55 penghuni pelbagai bangsa beragama Islam yang majoritinya berusia 50 tahun ke atas dan dibantu 15 petugas. Pusat ini menyediakan pelbagai kemudahan selesa termasuk penyediaan makanan harian, pakaian, peralatan perubatan, rawatan ke hospital, riadah, pengisian ilmu, kerohanian dan lain-lain. Turut hadir dalam majlis penyerahan tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Mohd Che Shukree Che Isa, Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Alias Hamzah dan Bendahari ANGKASA Negeri Selangor, Haji Zulkifli Ahmad.

» Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail menyerahkan sumbangan barangan keperluan harian BA100 kepada Pengurus Pusat Jagaan Mahmudah, Encik Sazali Mohiden.

Jasa Petugas Barisan Hadapan Terus Dihargai

Oleh : NOR AZAH ABD AZIZ

A NGKASA amat menghargai pengorbanan serta jasa para petugas barisan hadapan yang mengorbankan masa dan tenaga mereka, dalam memutuskan rantaian wabak Covid-19 yang melanda Malaysia dan juga dunia ketika ini. Sesuai dengan Prinsip Koperasi yang ketujuh iaitu ‘Keprihatinan Terhadap Masyarakat’, ANGKASA melahirkan penghargaan tersebut, dengan penyerahan sumbangan keperluan harian melalui Program Barangan Asas 100, kepada seramai 160 orang warga kakitangan Klinik Kesihatan Kelana Jaya pada 15 Mei lalu. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah berkata, sumbangan tersebut diharap dapat merìngankan beban mereka dalam perbelanjaan harian dan kekangan masa, semasa membuat persiapan menyambut Syawal yang bakal menjelang. Ini kerana mereka perlu bertungkus lumus sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang disambung sehingga 9 Jun ini. Antara barangan asas yang disumbangkan ialah beras, gula, tepung, minyak masak yang keseluruhannya berjumlah sekitar RM8,000. Barangan BA100 merupakan platform edagang yang

» Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah menyerahkan sumbangan barangan keperluan harian BA100 kepada petugas barisan hadapan Klinik Kesihatan Kelana Jaya. Turut sama ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr’ Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.

mengumpulkan belian barangan asas secara pukal, mengikut permintaan di kedai runcit koperasi. BA100 menawarkan harga yang lebih jimat kepada pelanggan menerusi platform digital www.jimatshop.com Hadir sama pada program CSR ‘Coop Care’ anjuran ANGKASA ialah Pengarah Jabatan

Kesihatan Negeri Selangor, Dato’ Indera Dr’ Shaari Ngadiman, Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail, Naib-Naib Presiden ANGKASA, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof. Madya Dato’ Dr’ Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease