ANGKASA 12
MyANGKASA Amanah Berhad Sumbang Bantuan Kemanusiaan RM5,000 Kepada MRA
Oleh : RAHMAT MOHD DID
Menurut Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, pandemik yang melanda ini memberi keinsafan kepada semua yang selama ini alpa mencari keuntungan untuk bermuhasabah sekaligus membantu golongan yang lebih memerlukan. Beliau juga turut mengumumkan keuntungan MAAB naik sebanyak 27 peratus pada tahun 2019 berbanding 2018 menjadikannya yang tertinggi sejak ia ditubuhkan pada 2014. Sementara itu, Dr. Shahrizal mengakui bahawa ini merupakan kali pertama mereka berhadapan dengan krisis wabak semenjak ditubuhkan. Bagaimanapun, sumbangan yang diterima adalah amat mengejutkan. Sehingga kini, sudah hampir RM7 juta diterima daripada pelbagai pihak dan mereka komited menghiburkan bantuan setiap hari di setiap negeri termasuk Sabah dan Sarawak tanpa henti. Turut sama ialah Ahli Lembaga Pengarah MAAB, Encik Mohamad Darulnizam Mat Darus; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAAB, Encik Faudzi Mt Din dan Pengurus Besar MAAB, Aad Syahrul Mohamad.
» Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi MAAB , Datuk Haji Mohamad Ali Hasan menyerahkan sumbangan bantuan kepada Setiausaha Agung MRA, Dr. Shahrizal Azwan Samsudin di Ibu Pejabat ANGKASA.
M yANGKASA Amanah Berhad (MAAB) pada 14 Mei 2020 telah menyalurkan bantuan Covid-19 kepada Malaysian Relief Agency (MRA) dalam bentuk wang tunai sebanyak RM5,000.
Bantuan tersebut disampaikan oleh Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi MAAB, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan kepada Setiausaha Agung MRA, Dr. Shahrizal Azwan Samsudin di Ibu Pejabat ANGKASA.
Rakan Strategik
Memperkenalkan Sistem Dalam Talian (Online)
Harga Berpatutan, Jom Sertai Kami!!
Sayang keluarga, Rancang harta. Perancangan hari ini kebahagiaan masa hadapan.
www.myangkasaamanah.com.my
Alamat : C-504, Blok C, Glomac Business Centre Jalan SS 6/1, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Maklumat Perhubungan
admin@myangkasaamanah.com.my www.myangkasaamanah.com.my
myangkasaamanahberhad myangkasaamanah
03-7887 5600 /4300 09-7887 2300
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease