ANGKASA 13
Coopcare ANGKASA Bantu Masyarakat Menerusi BA100
Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI
T empoh Perintah kawalan Pergerakan (PKP) tidak menghalang ANGKASA untuk terus cakna kepada masyarakat menerusi Program Coopcare ANGKASA. Program tersebut yang mendapat kerjasama Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Selangor dan Koperasi Ibukota Selangor Berhad telah berlangsung di Kampung Delek, Sungai Udang di Klang, Selangor. Sebanyak 21 pek barangan asas di bawah program Barang Asas 100 (BA 100) seperti beras, gula, tepung dan minyak masak untuk keperluan isi rumah di kampung tersebut telah disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Beliau yang menyampaikan sendiri bantuan tersebut ke rumah penerima turut diiringi Timbalan Presiden, Dato’ Haji Kamarudin Ismail dan Pengerusi ANGKASA Negeri Selangor, Dato’ Mohd Alias Hamzah. Hadir sama ialah barisan anggota JPAN Selangor, Pengerusi Koperasi Ibukota Selangor Berhad, Puan Akmar Jamil dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA, Encik Halim Ibrahim. Dalam pada itu, pada hari yang sama, Dato’ Abdul Fattah bersama barisan JPAN Selangor yang diketuai Dato’ Mohd Alias Hamzah berkesempatan melawat pusat ternakan ayam kampung dan itik yang
diusahakan oleh sebahagian anggota Koperasi Ibukota Selangor Berhad di Kampung Delek. Projek tersebut merupakan antara inisiatif program pem-bangunan perniagaan yang sedang aktif diusahakan oleh koperasi berkenaan bagi meningkatkan penyertaan anggota dalam aktiviti kelolaan koperasi selain membantu menjana sosio- ekonomi anggota dan masyarakat setempat.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease