14 KOPERASI
Oleh : NORAZAH ABD AZIZ Jana Perolehan Menerusi Pembekalan Barangan Asas Koperasi SMK Senggarang Batu Pahat Berhad
P enularan wabak Covid-19 walaupun secara kasarnya dilihat meningkat kelangsungan hayat ekonomi penduduk di Malaysia, namun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan masih lagi memberi ruang ekonomi kepada Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senggarang Johor Berhad. Kesan daripada pandemik tersebut juga, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) cawangan Negeri Johor telah membantu koperasi dengan insentif mempromosi barangan asas bernilai RM5,000 untuk setiap kedai koperasi sekolah mahupun koperasi dewasa. Purata jualan sehari Koperasi SMK Senggarang Johor Berhad sebelum tempoh PKP adalah RM4,000 sehari dan koperasi menyasarkan jualan akan mencecah sehingga RM7,000 sehari pada bulan Ramadhan. Koperasi juga amat menghargai sokongan ANGKASA terhadap Program Barang Asas 100 (BA100). Kedai koperasi yang baru berusia dua tahun itu turut menghadapi persaingan daripada kedai-kedai runcit di kawasan sekitar sepanjang PKP.
Pengerusi koperasi, Encik As Aziz Salam berkata, sokongan Anggota Lembaga Koperasi (ALK), SKM dan ANGKASA, adalah sangat penting dan sentiasa bersemangat, berinovatif, kreatif dalam membantu perancangan koperasi. ALK juga sentiasa bekerja keras mencari peluang baharu, menimba ilmu melalui kursus dan seminar terutamanya dalam sektor pemborongan dan peruncitan bagi menyokong program BA100 yang diperkenalkan oleh ANGKASA. Katanya, setakat ini koperasi yang beroperasi sepanjang tempoh PKP telah menempah barangan asas seperti produk-produk keluaran syarikat Faiza, Adabi dan Nestle dengan anggaran nilai berjumlah RM30,000. Selain menyediakan jualan barangan asas, koperasi juga turut menjual telur dan ikan serta makanan laut sejuk beku. Menurut beliau, jualan produk sejuk beku ternyata berjaya memacu perniagaan koperasi ke arah perolehan yang lebih baik. Justeru, koperasi berazam untuk menjadi salah sebuah pusat jualan produk makanan sejuk beku yang utama di kawasan tersebut. Produk makanan sejuk beku merupakan antara kelebihan yang
ada pada kedai koperasi dan menjadi daya tarikan yang tersendiri kepada pelanggan. Tumpuan koperasi selepas PKP dijangka beralih kepada pasaran produk makanan untuk peniaga tomyam dan makanan laut. Bagi menghadapi musim selepas tamat tempoh PKP, koperasi telah membeli sebuah lori dan bersiap sedia dengan beberapa produk seperti pembekalan telur ayam, memborong ikan sejuk beku serta membekal daging sejuk beku. Justeru, koperasi tidak lagi terlalu bergantung dengan membekal produk asas kepada pihak kantin sahaja. Alamat Penuh: Koperasi SMK Senggarang Batu Pahat Berhad Jalan Parit Jabar 83200 Senggarang, Johor Darul Takzim. Tel. : 07-429 1550 E-mel : koperasismksenggarangbpberhad @gmail.com Fb : IMcoop senggarang
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease