WADAH PELANCAR EDISI MEI 2020

2

ANGKASA

» Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyanti Samsudin bergambar bersama pek produk BA100. Turut sama dalam gambar ialah Naib Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa (paling kiri); Naib Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Haji Zazali Haron (dua dari kiri); Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kiri); Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya (paling kanan).

» YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyanti diberi penerangan ringkas tentang produk di bawah Program BA100 oleh Dato’ Haji Kamarudin Ismail (tengah)

Dari Meja Presiden ANGKASA

Menerusi perbincangan secara online yang sentiasa dijalankan oleh ANGKASA bersama koperasi, setiap idea dan pandangan akan dinilai secara bersama dan akan dikongsi demi manfaat bersama.

N orma baharu dalam budaya berkoperasi kini menjadi sebahagian daripada perbincangan yang hangat sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan terkini, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Jelas sekali, impak terhadap cara hidup dan rutin seharian masyarakat yang terjejas akibat krisis kesihatan global ini telah memberi kesan yang sangat besar khususnya terhadap sektor perniagaan berteraskan perkhidmatan.

Memandangkan masih banyak premis dan perkhidmatan lain yang terpaksa ditutup ekoran PKP, masyarakat yang semakin biasa dengan norma baharu tersebut pastinya akan semakin biasa dan lebih berhati-hati dengan perbelanjaan seharian selain hanya akan mengutamakan keperluan asas sahaja. Keadaan seperti ini perlu diterima dengan hati yang redha. Namun persediaan dalam menghadapinya perlu disokong dengan bantuan dan cadangan pelbagai pihak selain

pemantauan yang berterusan daripada pihak kerajaan. Setiap warga koperasi boleh membantu dengan memberikan buah fikiran dan kerjasama mengikut kesesuaian demi kelangsungan perniagaan sekaligus meningkatkan perolehan koperasi. Pelbagai strategi boleh dilaksana dan dimanfaatkan khususnya dalam menjalani aktiviti jual beli seperti membantu mempromosi perniagaan melalui media sosial.

SIDANG PENGARANG

Presiden Dato’ Abdul Fattah Haji Abdullah

Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Dato’ Haji A. Aziz Deraman Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Halim Haji Ibrahim

Pengurus Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor

Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal

Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor, Seksyen 15, 40200 Shah Alam,

Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail

Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Mohamad Zairul Hafiz Sardin

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com

Selangor Darul Ehsan. Telefon: 03-5101 3388 Faks: 03-5101 3600

Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya

Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin

Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease