5
WAWANCARA ANGKASA
ANGKASA Sedia Laman Web Baharu, Media Sosial Platform Khidmat Pelanggan P enularan wabak Covid-19 memaksa lebih 32 juta penduduk Malaysia untuk ANGKASA juga menjadikan laman web ini sebagai saluran eksklusif untuk anggota koperasi mendapatkan hebahan terkini Oleh : NADIAH KAMARUDIN
mengubah gaya hidup dan rutin harian mereka secara drastik ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan dalam empat fasa bermula 18 Mac hingga 12 Mei 2020. Perintah tersebut sekaligus meningkatkan kebergantungan rakyat terhadap platform media sosial seperti Facebook dan Twitter untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Covid-19. Kebergantungan ini juga perlu dilaksanakan dengan tanggungjawab untuk memastikan maklumat yang diperoleh adalah daripada sumber yang sahih sebelum dikongsikan. Malah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah menubuhkan Pasukan Respon Pantas, yang hampir setiap hari sejak PKP bermula, mengeluarkan pemakluman dalam usaha menafikan berita-berita palsu yang tular di media sosial. Menyedari akan kepentingan untuk penduduk Malaysia terutama anggota koperasi mempunyai satu platform di mana mereka boleh mengakses maklumat berkaitan Covid-19 dan PKP serta perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi, ANGKASA telah menubuhkan laman sesawang baharu, www.covid19. angkasa.coop Antara maklumat yang dipaparkan adalah teks perutusan Perdana Menteri; siaran media yang dikeluarkan oleh kementerian- kementerian, Majlis Keselamatan Negara, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Bank Negara Malaysia (BNM), soalan-soalan lazim (FAQ’s), pemakluman berita palsu oleh KKMM dan keratan akhbar.
mengenai perkhidmatan potongan gaji terutama apabila BNM menawarkan penangguhan pembayaran balik pinjaman sedia ada bagi individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) selama enam bulan. Jumlah terkumpul pelawat yang melayari laman web ini sejak mula beroperasi pada 18 Mac 2020 sehingga 12 Mei 2020 adalah sebanyak 10,230. Facebook turut dijadikan alat penghubung antara koperasi dengan anggota,malah jumlah terkumpul orang yang berkunjung ke profail halaman Facebook rasmi ANGKASA sepanjang PKP fasa satu hingga empat adalah sebanyak 88 ribu. Jumlah ‘Page Views’ Facebook ANGKASA menyaksikan peningkatan yang mendadak terutama apabila Bank Negara Malaysia mengumumkan penangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan untuk individu, PKS dan syarikat korporat yang terjejas oleh wabak Covid-19 bermula 1 April 2020. Pengumuman tersebut memberi manfaat kepada individu-individu yang terdiri daripada pekerja perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau swasta yang menjadi pelanggan kepada koperasi atau bank koperasi untuk melayari Facebook ANGKASA bagi mengetahui status potongan gaji mereka melalui penghantaran mesej atau meninggalkan pertanyaan di ruangan komen. Jumlah terkumpul mesej yang dihantar oleh orang ramai ke Facebook ANGKASA sepanjang PKP adalah sebanyak 1,352 mesej dengan jumlah mesej yang tertinggi diterima adalah sebanyak 193 pada 22 April 2020.
» Facebook rasmi ANGKASA menjadi platform utama ANGKASA menyebarkan maklumat mengenai perkhidmatan potongan gaji.
» Homepage laman web baharu yang dibina oleh ANGKASA pada permulaan PKP.
» Facebook ANGKASA menyaksikan peningkatan jumlah ‘Likes’ yang mendadak sepanjang PKP.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease