WADAH PELANCAR EDISI MEI 2020

7

ANGKASA KOPERASI

Oleh : NORAZAH ABD AZIZ Cekal Berhadapan Pandemik Covid-19 Koperasi Kariah Masjid Jamek Kampung Boyan Taiping Berhad

P enularan wabak Covid-19 walaupun secara kasarnya dilihat meningkat kelangsungan hayat ekonomi penduduk di Malaysia, namun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan masih lagi memberi ruang ekonomi kepada Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senggarang Johor Berhad. Cabaran menguruskan pusat mencuci kenderaan yang menerima sambutan kurang memberangsangkan menjadi antara cabaran yang harus ditempuhi dalam perniagaan Koperasi Kariah Masjid (KKM) Jamek Kampung Boyan Taiping Perak Berhad. Pengerusinya, Cikgu Anjang Ab. Rahman Mat ketika ditemu bual media PELANCAR berkata, jumlah maksimum kereta yang dibasuh setiap hari adalah sekitar sembilan hingga 10 buah sahaja dengan purata perolehan sekitar RM500 sebulan. Menurut beliau, kempen promosi pusat mencuci kenderaan tersebut sentiasa diadakan melalui media sosial dan juga risalah. Antara promosi yang diadakan sejak 1 Mac 2020 adalah seperti cucian percuma sekali bagi setiap lima cucian yang dibuat. Koperasi juga turut mewujudkan kerjasama dengan syarikat pembekal bumiputera untuk menjual minyak pelincir di pusat cucian berkenaan sebagai langkah menambah pendapatan koperasi. Sepertimana koperasi-koperasi lain, Cikgu Anjang berharap, KKM Jamek Kampung Boyan Taiping Berhad dapat menempa kemajuan

» Majlis perasmian pusat cuci kereta asnaf milik KKM Jamek Kampung Boyan Taiping Berhad.

walaupun harus berdepan dengan pandemik Covid-19. Apa yang penting, Anggota Lembaga Koperasi (ALK) bekerjasama menggembleng idea, tenaga, masa dan wang ringgit dengan sokongan daripada anggota-anggota koperasi dan masyarakat sekitar.

Alamat : Koperasi Kariah Masjid Jamek Kamung Boyan Taiping Berhad Lorong Taman Long Jaafar, F3/18, Kampung Boyan, 34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan. Tel. : 012-515 1569

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease