» Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin menerima sumbangan 4,000 pelitup muka, pembersih tangan bebas alkohol dan sarung tangan getah bagi pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk kegunaan petugas barisan hadapan yang disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan Timbalan Presiden, Dato’ Haji Kamarudin Ismail di ibu pejabat KDN, Putrajaya.
KASA h PKP
» Sumbangan sebanyak 2,000 unit pelitup muka, 2,000 unit sarung tangan getah dan dua dozen pembersih tangan bebas alkohol untuk kegunaan para petugas media Shin Chew Media Corporation Berhad yang disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan turut diiringi Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail.
» Sumbangan sebanyak 2,000 unit pelitup muka, 2,000 unit sarung tangan getah dan dua dozen pembersih tangan bebas alkohol untuk kegunaan para petugas media Berita Harian di ibu pejabat NSTP, Kuala Lumpur. Sumbangan disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan diterima oleh wakil NSTP iaitu Editor Kumpulan, Encik Zainudin Isa. Hadir sama dalam sesi serahan tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail.
» Sumbangan sebanyak 2,000 unit pelitup muka, 2,000 unit sarung tangan getah dan pembersih tangan bebas alkohol untuk kegunaan petugas media TV3 di Sri Pentas. Serahan disampaikan oleh Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah kepada Editor Berita Kumpulan Media Prima, Encik Azhari Muhidin. Hadir sama dalam sesi serahan tersebut ialah Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease