WADAH PELANCAR NOVEMBER 2020

MuatTurun Aplikasi Mudah Alih

PERCUMA

NOVEMBER 2020 JILID: WP02 / 11 ANGKASACoop Memacu Kemajuan Koperasi Melalui Perbankan Digital Islam

www.angkasa.coop RM1.00

Perkasakan Ekonomi Sektor Koperasi

Oleh: MOHD ZAKUAN AZMI

muka 3

Berita Penuh

Kerjasama KPDNHEP – ANGKASA

Bantu Pertingkat Pelan Perdagangan BA100

muka 4

Berita Penuh

Urus Cukai Koperasi Secara Efektif

muka 8

Berita Penuh

Honorarium : Penghargaan Kepada Anggota Lembaga Koperasi Sekolah

muka 9

Berita Penuh

C adangan ANGKASA untuk mewujudkan Bank Digital ANGKASA berlandaskan Islam dilihat sangat baik dan wajar diberi perhatian selaras dengan perkembangan dunia digital pada masa kini. » Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi melihat produk koperasi yang disampaikan oleh Dato’ Abdul Fattah. Turut sama hadir ialah Datuk Nordin Salleh (tiga dari kiri), Haji Nasir Khan Yahaya (dua dari kiri) dan Dr Hajah Salmah Ishak (paling kiri).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar berharap agar sistem tersebut mampu memberi kemudahan yang seimbang kepada semua peringkat terutamanya usahawan di peringkat mikro selain akses yang lancar di kawasan luar bandar.

Selain itu katanya, aspek latihan serta ‘ coaching ’ juga perlu diberi keutamaan sebelum perkara tersebut dilaksanakan. Beliau berkata demikian sewaktu mendengar sesi penerangan mengenai model pelaksanaan MyANGKASA Islamic Digital Bank oleh ANGKASA di pejabatnya di Putrajaya, 8 Oktober 2020.

Berita Penuh Projek Berimpak Tinggi Nadi Kecemerlangan Koperasi muka 12

bersambung di muka surat 2

2

ANGKASA

» Sesi penerangan mengenai projek MyANGKASA Islamic Digital Bank yang berlangsung di ibu pejabat MEDAC di Putrajaya.

(ACO), Dato’ Abdul Fattah Abdullah berharap agar cadangan penubuhan bank tersebut dapat direalisasikan demi kelestarian gerakan koperasi di Malaysia. Katanya lagi, ia sekaligus dapat menjadikan koperasi sebagai penggerak kepada bank digital berkonsepkan Islam di dunia. Rancangan itu juga dilihat selari dengan hasrat Bank Negara yang memutuskan untuk meluluskan penubuhan lima bank digital di Malaysia.

Antara yang hadir menyertai sesi tersebut ialah Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Nordin Salleh; Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Koperasi), Datuk Haji Md Yusof Haji Samsudin; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Haji Nasir Khan Yahaya; Setiausaha Bahagian Pembangunan Koperasi MEDAC, Dr. Hajah Salmah Ishak dan Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Pembangunan Kapasiti Koperasi MEDAC, Puan Norihan Mohamed Naim.

S ituasi pandemik Covid-19 yang masih belum pulih sehingga kini amat membimbangkan dan pastinya, proses pemulihan ekonomi akan menjadi sangat lambat dan dibimbangi boleh menjejaskan masa depan pekerja dan masyarakat secara amnya. Berbekalkan simpanan yang terhad, hutang yang masih tinggi dan memerlukan masa yang lama untuk dilunaskan selain tanggungjawab yang tinggi dalam menyara keluarga, pastinya kita tidak mahu sesuatu yang tidak baik melanda hidup kita di masa depan. Sesi penerangan MyANGKASA Islamic Digital Bank bersama Dato’ Sri Dr. Haji Wan Junaidi adalah bagi memberi gambaran secara umum tentang fungsi institusi kewangan berteraskan digital itu dalam persekitaran koperasi termasuk kelebihan yang bakal dinikmati oleh anggota serta masyarakat di Malaysia dan di negara-negara Asia Tenggara yang lain. Presiden ANGKASA yang juga merangkap Presiden ASEAN Co-operative Organization

Dari Meja Presiden ANGKASA

memupuk prinsip-prinsip persaudaraan dan tolong-menolong telah menjadi asas yang semakin kukuh sebagaimana anggota koperasi dapat saling membantu dalam mendepani cabaran sosioekonomi semasa. Mungkin kita boleh memikirkan

Saya tertarik untuk mengungkap kembali idea penubuhan koperasi yang diutarakan oleh Robert Owen (1771-1858). Beliau yang juga dikenali sebagai ‘Bapa Koperasi’ telah menyedari perlunya satu sistem masyarakat yang lebih dinamik dan layanan yang lebih adil kepada golongan pekerja. Berasaskan kepada keperluan tersebutlah, maka lahirnya idea penubuhan satu perkampungan yang berasaskan prinsip-prinsip persaudaraan dan tolong- menolong (Villages of Co-operation) pada tahun 1799. Meskipun idea tersebut tidak memberi hasil seperti yang diharapkan, namun usaha untuk

sejenak apakah bentuk bantuan dan sokongan kepada masyarakat yang boleh kita sumbangkan melalui koperasi.

Dato’ Abdul Fattah Abdullah Presiden ANGKASA

SIDANG PENGARANG

Presiden Dato’ Abdul Fattah Abdullah

Panel Penasihat Editorial Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah Dato’ Haji A. Aziz Deraman Datuk Zulkifli Hamzah Dr. Zaharani Ahmad Dr. Aminudin Mansor (AMI MASRA) Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Haji Nasir Khan Yahaya Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat Halim Haji Ibrahim

Pengurus Mohd. Zakuan Azmi Penolong Pengarang Nor Azah Abd. Aziz Hajah Wan Adlina Wan Ab. Aziz

Pereka Grafik Faizatulliza Mohd. Nor

Pruf Dan Rekaletak Haji Anuar Ismail Datin Hajah Fauziah Zainal

Dicetak Oleh Ultimate Print Sdn. Bhd. Diedar Oleh SR Express (M) Sdn. Bhd.

Timbalan Presiden Dato’ Haji Kamarudin Haji Ismail

Pemberita / Jurugambar Rahmat Mohd. Did Aizal Azizan Sajari Mohamad Zairul Hafiz Sardin

Disediakan Oleh Unit PELANCAR Bahagian Komunikasi Korporat Telefon: 03-7884 6491 E-mel: pelancar.angkasa@gmail.com

Naib Presiden Datuk Haji Mohamad Ali Haji Hasan Dr. Mohd. Azlan Yahya

Pegawai Media Sosial Nadiah Kamarudin

Dato’ Haji Che Mohd Shukree Haji Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik

3

ANGKASA

Oleh : WAN ADLINA WAN AB AZIZ Perkasakan Ekonomi Sektor Koperasi

» Dato’ Abdul Fattah menyerahkan dokumen mengenai maklumat Pemerkasaan Ekonomi Gerakan Koperasi di Malaysia kepada Tuan Shahar Abdullah. Turut sama ialah Dr. Mohd Azlan Yahya (dua dari kiri); Datuk Ahmad Jamil Hashim (paling kiri) dan Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh (paling kanan).

S atu sesi perbincangan antara ANGKASA dengan Timbalan Menteri Kewangan II, Tuan Mohd Shahar Abdullah telah berlangsung di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya pada 5 Oktober 2020 bagi membincangkan beberapa perkara penting berkaitan program pemerkasaan ekonomi koperasi. Menerusi kunjungan hormat ANGKASA yang diketuai Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah, beberapa perkara mengenai isu pemerkasaan ekonomi koperasi telah dibincangkan termasuk Projek Barangan Asas (BA100) dan Projek Industri Jagung Bijian Negara. Menurut Dato’ Abdul Fattah, kedua-dua projek tersebut adalah prospek perniagaan baharu koperasi di

bawah Pelan Induk Ekonomi Strategik ANGKASA yang berdaya saing bagi merealisasikan hasrat menjadikan sektor koperasi sebagai “ Third Driving Force Of Economy ” selaras dengan Aspirasi Dasar Ekonomi Baru. Pertemuan ringkas itu juga turut membawa hasrat ANGKASA yang mahu kerajaan melihat peranan gerakan koperasi dalam pembangunan sosioekonomi negara menerusi Pembentangan Belanjawan Negara Tahun 2021 demi manfaat kepada lebih enam juta anggota. Selain itu, Dato’ Abdul Fattah turut menyuarakan hasrat supaya agensi-agensi kerajaan dapat memberikan sokongan khususnya dalam program-program pemerkasaan koperasi komuniti.

» Timbalan Menteri Kewangan II, Tuan Mohd Shahar Abdullah.

Sementara itu, Tuan Mohd Shahar merakamkan penghargaan tinggi terhadap kepimpinan Dato’ Abdul Fattah dan kepimpinan tertinggi ANGKASA dalam memaju dan meletakkan ANGKASA sebagai Badan Puncak Koperasi negara yang disegani di persada negara dan antarabangsa. Usaha memperkasakan ekonomi anggota koperasi yang diperjuangkan ANGKASA ini katanya wajar dipuji dan beliau secara peribadi menyatakan akan terus memberi sokongan padu terhadap segala usaha ANGKASA untuk sektor koperasi secara keseluruhannya. Turut sama dalam kunjungan tersebut ialah Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA merangkap Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perniagaan Koperasi, Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh.

» Dato’ Abdul Fattah bergambar bersama Tuan Shahar Abdullah. Turut sama ialah Dr. Mohd Azlan Yahya (dua dari kiri), Datuk Ahmad Jamil Hashim (paling kiri) dan Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh (paling kanan).

4

ANGKASA

Oleh : MOHD ZAKUAN AZMI Bantu Pertingkat Pelan Perdagangan BA100 Kerjasama KPDNHEP – ANGKASA

» Dr. Mohd Azlan Yahya menyampaikan barangan BA100 kepada Timbalan Menteri KPDNHEP, Dato’ Rosol bin Wahid.

P elan perdagangan berasaskan projek Barangan Asas 100 (BA100) akan terus dilonjak ke tahap yang lebih tinggi melalui kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Timbalan Menteri KPDNHEP, Dato’ Rosol bin Wahid yang mengetuai sesi perbincangan bersama delegasi ANGKASA di pejabatnya di Putrajaya telah menyatakan persetujuan untuk membantu dengan membawa usul pemerkasaan projek BA100 ANGKASA dalam Mesyuarat Pos Kabinet Kementarian. Beliau juga turut mengusulkan cadangan agar projek BA100 dapat dipromosikan secara lebih holistik di peringkat domestik dan antarabangsa menerusi sokongan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah yang mengetuai delegasi ANGKASA turut menyuarakan hasrat agar KPDNHEP dapat memberikan sokongan lebih padu bagi sama- sama menyemarakkan potensi ekonomi sektor pemborongan dan peruncitan koperasi. Hadir sama dalam perbincangan

Operasi Kumpulan Perniagaan Koperasi, Datuk Haji Abdullah Haji Jusoh; Pengurus Besar Sektor Pemborongan dan Peruncitan ANGKASA, Encik Ahmad Marzuki Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif ROBU Group, Raja Danir Ikram.

yang berlangsung pada 2 Oktober 2020 itu ialah Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya; Penasihat Korporat ANGKASA (Sektor Kerajaan), Datuk Ahmad Jamil Hashim; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA merangkap Ketua Pegawai

» Dato’ Abdul Fattah Abdullah bersama Dato’ Rosol bin Wahid.

» Antara produk koperasi yang berpotensi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

5

ANGKASA

6

ANGKASA

Oleh : NADIAH KAMARUDIN Pelan Jangka Sederhana ANGKASA (2021-2030)

» Perbincangan Meja Bulat Validasi Pelan Hala Tuju ANGKASA 2050 yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Strategik ANGKASA.

ANGKASA 7 P elan Jangka Sederhana ANGKASA (2021-2030) akan lebih fokus kepada usaha memperkasa taraf serta mempertingkatkan penglibatan wanita dan belia dalam bidang keusahawanan melalui gerakan koperasi. Pelan tersebut yang diselaraskan sosioekonomi golongan B40 secara berstruktur dan sistematik turut mengambil kira 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs), Wawasan Kemakmuran Bersama, Dasar Keusahawanan Nasional dan Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (2021-2025). Pelan Transformasi Koperasi Malaysia (2021-2025) atau singkatannya, TRANSKOM, menggariskan langkah- langkah transformasi bagi memperkasa gerakan koperasi sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sosioekonomi rakyat. Pelan tersebut yang dirangka oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkumi lima bidang tujuan strategik, 20 langkah strategik dan 36 program serta aktiviti. ANGKASA telah mengadakan Perbincangan Meja Bulat Validasi Pelan Hala Tuju ANGKASA 2050 untuk menyelaraskan Pelan Jangka Sederhana (2021-2030) di Kuala Lumpur pada 3 Oktober 2020. Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah dalam ucapannya berkata, dasar yang tepat dan polisi yang fleksibel adalah salah satu prinsip utama tadbir urus yang baik bagi membolehkan gerakan koperasi bergerak ke arah landasan yang lebih kukuh dan masa hadapan yang lebih cerah. Katanya, semua pihak bermula dari kerajaan sehinggalah anggota koperasi mempunyai kepentingan untuk memastikan dasar dan polisi mendukung dan menjadi pemudah cara bagi koperasi menjalankan perniagaan. “Sebagai contoh, ANGKASA telah mencadangkan kepada kerajaan supaya koperasi diiktiraf setara dengan Perusahaan Kecil dan Sederhana agar kita (koperasi) turut menikmati insentif yang selama ini diberikan kepada kumpulan tersebut,” ujarnya. Perbincangan meja bulat yang dihadiri oleh barisan Anggota Lembaga dan pengurusan ANGKASA turut menjemput panel pemikir daripada Institut Koperasi Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Utara Malaysia, Jabatan Perdana

PUISI

Menteri (Unit Perancang Ekonomi), Malaysia Institute Economic Research (MIER), Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) dan Far Legacy. Pelan Jangka Sederhana ANGKASA (2021-2030), yang mendukung tema “Koperasi Menjadi Pilihan Utama Menjalankan Perniagaan”, juga akan berusaha mengatasi jurang perolehan yang besar antara koperasi kluster besar dengan koperasi kluster mikro. Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah melaporkan sebanyak 276 koperasi kluster besar mencatatkan perolehan sejumlah RM43.6 bilion pada tahun 2019, manakala 12,179 koperasi kluster mikro telah merekodkan perolehan sejumlah RM295.7 juta.

Koperasi utamakan nilai berdikari, Kukuh kuat dalam diri sendiri. Gurindam Nilai-Nilai Koperasi

Setiap ahli mesti bertanggungjawab. Laksanakan tugas teliti dan cekap.

Amalkan juga sikap demokrasi, Saling membantu cekap bervisi.

Nilai kesamaan tetap diutamakan Dalam kerja amal dan kebajikan.

Barisan Anggota Lembaga Pelan Strategik ANGKASA 2017 – 2050

Laksana kesaksamaan dan keadilan, Itulah sebaik-baiknya jalan.

     

Dato’ Abdul Fattah Abdullah Dato’ Haji Kamarudin Ismail Datuk Haji Mohamad Ali Hasan

Dalam koperasi utamakan perpaduan, Kuat matlamat jadikan panduan.

Dr. Mohd. Azlan Yahya

Dato’ Haji Mohd. Shukree Che Isa Prof Madya Dato’ Dr. Haji Abdul Rahman Abdul Razak Shaik

Kukuh kesetiaan dan bersatu hati, Bersatu teguh dan selalu perhati.

Senarai Panel Jemputan

Prof. Dr. Norman Mohd Saleh Pro Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat) dan Pengarah Eksekutif Pusat Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia Prof. Madya Dr. Chandrakantan Subramaniam Pengarah Eksekutif Institusi Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi, Universiti Utara Malaysia Encik Hariz Husin Timbalan Pengarah MIER Centre Social Infrastructure Research (Public Private Partnership), MIER Cik Sharina Abdullah Pengarah Kanan (Dasar & Strategi), Institut Koperasi Malaysia Puan Mazlina Mahmud Penolong Pengarah (Unit Perancang Ekonomi), Jabatan Perdana Menteri

Nilai etika sadik dan amanah, Jadi pegangan sepenuh hikmah.

Telus laksana tanggungjawab sosial, Dalam dunia di era digital.

Prihatin juga pada orang lain, Terutamanya pada golongan miskin.

Prinsip koperasi menjadi panduan, Bersatu hati dalam kehidupan.

Ambil berat terhadap masyarakat Bersatu erat kuat dan berpakat.

Unitar, Kelana Jaya, Selangor Darul Ehsan E-mel: farha.alya@hotmail.com Penulis Pemenang Hadiah Tunas Cipta DBP 2018/2019 Farha Alya Binti Mohd. Fitri

Puan Rokiah Haron Penasihat Khas Far Legacy

Encik Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO

8

ANGKASA

Urus Cukai Koperasi Secara Efektif Oleh: WAN ADLINA WAN AB. AZIZ

D alam usaha meningkat-kan pengetahuan ang-gota koperasi terhadap kepentingan ilmu percukaian, ANGKASA menerusi Bahagian Pengurusan Risiko, Tadbir Urus & Integriti (BPRTUI) telah mengadakan Program Pengiraan Cukai Koperasi bertempat di Hotel Taiping Perdana, Perak pada 28 September 2020 lalu. Program selama tiga hari tersebut yang dianjurkan bagi kali kedua dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyaksikan penyertaan seramai 60 koperator dari Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka. Naib Presiden ANGKASA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Tadbir Urus & Integriti ANGKASA, Dr. Mohd Azlan Yahya dalam ucapan perasmiannya menyatakan, anggota koperasi perlu dididik dalam bidang percukaian ke arah mening- katkan kesedaran, kefahaman pengurusan cukai yang lebih efisien dan pematuhan sistem percukaian dalam tadbir urus koperasi di Malaysia. Katanya, walaupun terdapat pengecualian dalam percukaian untuk koperasi, namun

» Naib Presiden ANGKASA, Dr. Mohd Azlan berucap di majlis perasmian Program Pengiraan Cukai Koperasi.

pengurusan koperasi perlu lebih memahami tentang pendekatan pengurusan percukaian dalam koperasi. Beliau berkata, program seperti ini juga amat bermanfaat kepada peserta kerana dapat membuka ruang lebih luas dalam membangun dan menyediakan kapasiti modal insan. Seterusnya, mereka akan dapat membantu

» Petugas LHDN mengedarkan Borang Pendaftaran Nombor Cukai Pendapatan Koperasi.

» Peserta mengemukakan soalan kepada penceramah.

menguruskan secara lebih efisien, sekaligus dapat membantu meningkatkan manfaat koperasi melalui pengecualian cukai bagi faedah yang lebih menyeluruh. cukai koperasi Hari ketiga program menyaksikan sesi dialog yang disertai tiga panel terdiri daripada Dr. Mohd Azlan Yahya, Timbalan Pengarah III, Cawangan Pembayar Cukai Besar merangkap Pengarah Bahagian Pungutan & Fungsi Am, Encik Azhar Husin dan Pengurus Besar BPRTUI, Encik Mohd Ismail Ibrahim yang dikendalikan moderator iaitu Pengerusi JPAN Negeri Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin. Antara isu dan persoalan yang dikemukakan peserta ialah keperluan setiap koperasi membuat pendaftaran cukai, kebimbangan koperasi baru yang mendaftar cukai dikenakan denda/penalti bagi tahun sebelumnya dan cadangan menganjurkan ‘Klinik Cukai’ kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) dan kakitangan koperasi untuk mengira cukai koperasi. Hadir sama dalam majlis perasmian program tersebut ialah Pengerusi Jawatan- kuasa Perhubungan ANGKASA Negeri (JPAN) Perak, Haji Mohd Rosli Haji Basri; Pengerusi JPAN Negeri Sarawak, Encik Wan Azizan Wan Zainal Abidin dan Pegawai Kanan Subseksyen Amanah Dan Koperasi Cawangan Pembayar Cukai Besar, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jalan Duta, Kuala Lumpur, Encik Rosman Sapi.

Kadar Cukai Koperasi

PENDAPATAN BERCUKAI (RM)

TAHUN TAKSIRAN (2014)

TAHUN TAKSIRAN (2015 - 2020)

1 - 30,000 30,001 - 60,000 60,001 - 100,000 100,001 - 150,000 150,001 - 250,000 250,001 - 500,000 500,001 - 750,000 Melebihi 750,000

0% 5%

0% 5%

10% 15% 20% 22% 24% 25%

10% 15% 18% 21% 23% 24%

Pengecualian Cukai Koperasi

Selepas 5 tahun tamat, jika kumpulan wang ahli pada hari pertama tempoh asas kurang daripada RM750,000.

5 tahun pertama mulai dari tarikh pendaftaran koperasi tersebut.

1

2

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

ANGKASA 9 Honorarium : Penghargaan Kepada Anggota Lembaga Koperasi Sekolah

Berita disumbang oleh : CIKGU KAMILAH MOHAMED NOOR SETIAUSAHA KOPERASI

» Tetamu kehormat yang hadir ke Mesyuarat Agung Koperasi SMK Mantin Berhad iaitu dari kiri Yang Dipertua PIBG SMK Mantin, Encik Gani Md Daud; Pengetua SMK Mantin, Haji Zahari Dato’ Wira Haji Lon; Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Pengarah SKM Negeri Sembilan, Encik Latib Talib dan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Abdullah.

» Dato’ Haji Kamarudin menyampaikan Anugerah Koperator Guru Terbaik kepada Puan Norlaili Hassan.

K operasi sekolah digalakkan supaya memberi penghargaan dalam bentuk honorarium lebih tinggi kepada Anggota Lembaga Koperasi (ALK) sebagai penghargaan selain galakan kepada mereka untuk terus berjuang meningkatkan unjuran prestasi koperasi. Timbalan Presiden ANGKASA yang juga Anggota Lembaga ICA, Dato’ Kamarudin Ismail berkata, honorarium tersebut juga adalah sebagai tanda terima kasih atas sumbangan kepada mereka yang terlibat dan boleh dijadikan sebagai pemangkin semangat untuk terus memajukan koperasi sekolah.

Katanya, Koperasi SMK Mantin Berhad banyak membantu memberi sumbangan kepada sekolah melalui hasil daripada keuntungan yang diperoleh. Antaranya adalah seperti menyediakan kemudahan kipas angin wakaf dan bangku untuk kemudahan pelajar berehat atau sewaktu kehadiran ibu bapa. Bagi meningkatkan jumlah pendapatan, beliau juga turut mencadangkan supaya koperasi membuka lebih banyak kios jualan seperti kebanyakan koperasi lain, selain mencadangkan saham minimum pelajar dan guru dinaikkan.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Mesyuarat Agung ke- 27 Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin Berhad yang berlangsung pada 30 September 2020. Seramai 473 pelajar, guru dan kakitangan hadir pada mesyuarat tersebut. Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan ANGKASA Negeri Sembilan, Dato’ Haji Ibrahim Haji Abdullah; Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sembilan, Encik Abd Latib Talib; Yang Dipertua PIBG SMK Mantin, Encik Abdul Gani Md Daud dan Pengetua SMK Mantin, Haji Zahari Dato’ Wira Haji Long.

» Koperator Siti Sufia Nasuha Mohamad menyerahkan buku kehadiran pelawat kepada Dato’ Haji Kamarudin diperhatikan oleh koperator Nur Adrieana Zam Mohammad Kinal.

» Sebahagian anggota Koperasi SMK Mantin Berhad yang menghadiri Mesyuarat Agung Koperasi Kali Ke-27.

10 RENCANA

Kepentingan Literasi Kewangan Kepada Anggota Koperasi

Oleh : SAFINAH SAUPI

Kesannya, ramai dalam kalangan mereka bergelut dalam menguruskan kewangan sehingga memberi impak berhadapan isu kewangan di luar jangkaan. Ada di antaranya dibuang kerja, menghadapi penyakit berpanjangan atau terpaksa menanggung bil yang besar. Ditambah lagi produk kewangan dan pelaburan kini semakin kompleks dan pelbagai, individu perlu menanggung risiko dan mengambil tanggungjawab yang lebih besar terhadap sebarang keputusan kewangan yang dibuat. Masalah ini bukan sahaja dihadapi oleh masyarakat Malaysia secara keseluruhannya, tetapi juga oleh enam juta anggota koperasi yang merupakan sebahagian penduduk negara ini. Lebih-lebih lagi dalam persekitaran pasca Covid-19 ini. Permasalahan ini timbul disebabkan tahap literasi kewangan yang rendah. Fakta ini disokong oleh beberapa situasi membimbangkan berkaitan kewangan yang sedang melanda masyarakat negara ini, seperti dilaporkan Jaringan Pendidikan Kewangan (FENetwork) yang membuktikan perlunya melahirkan pengguna kewangan yang bijak. Antaranya, mereka terpaksa meminjam untuk meneruskan kelangsungan hidup. Dilaporkan tiga daripada 10 individu dewasa yang bekerja membuat pinjaman untuk membeli barang asas yang diperlukan bagi kelangsungan hidup. Pada masa kini, hutang isi rumah di Malaysia adalah tertinggi pada kadar 82.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ia lebih tinggi daripada negara-negara yang mempunyai pendapatan perkapita yang tinggi seperti Itali (40.3 peratus), Jepun (58.1 peratus) dan Amerika Syarikat (76.3 peratus). Peminjam khususnya di bandar yang berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan, didapati sudah mula menunjukkan tanda- tanda kesukaran membayar balik hutang. Ini berdasarkan peningkatan bilangan peminjam yang menyertai Program Pengurusan Hutang yang ditawarkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Sehingga akhir Julai 2019, seramai 460,031 individu menghadiri perkhidmatan kaunseling AKPK. Daripada jumlah itu, 156,892 individu berdaftar dengan Program Pengurusan Kredit. Seramai 10,704 peserta berjaya menamatkan Program Pengurusan Kredit. Menurut laporan AKPK yang dimuatkan dalam Laporan Ekonomi 2019, punca menyumbang kepada ketidakmampuan membayar balik hutang adalah perancangan kewangan yang lemah, kekurangan pengetahuan dan kelemahan disiplin dalam pengurusan kewangan. Masalah kewangan juga boleh berpunca daripada perkara tidak dijangka atau perubahan dalam hidup seperti masalah kesihatan, kematian pencari nafkah, kehilangan pekerjaan dan kegagalan dalam perniagaan. Selain itu, dari segi simpanan atau tabiat menabung, satu daripada lima golongan dewasa yang bekerja tidak mempunyai simpanan untuk tempoh enam bulan. Sebanyak 85 peratus rakyat Malaysia menyimpan secara tetap, namun menggunakan dalam tempoh terdekat contohnya mengeluarkan simpanan pada hujung bulan bagi menampung perbelanjaan harian. Ini menunjukkan mereka tidak berdisiplin dalam mengurus kewangan. Antara kerisauan lain adalah 92 peratus rakyat negara ini hanya tahu mendeposit wang bagi tujuan simpanan, namun tidak mengambil tahu mengenai produk pelaburan. Tambah merisaukan lagi, hanya K ajian dijalankan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development dan Bank Negara Malaysia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai pengetahuan kewangan yang rendah serta lebih cenderung untuk mengurus keperluan semasa tanpa berpandangan jauh dalam mengurus kewangan peribadi.

Punca Hutang Tidak Berbayar

Lain 3.1%

Taraf Hidup 9.6%

Kehilangan pekerjaan/ diberhentikan kerja/ kematian pencari nafkah 9.8%

Kurang perancangan kewangan 50.8%

Perbelanjaan perubatan 11.5%

Kegagalan/ aktiviti perniagaan yang perlahan 15.2%

Sumber: Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit

Sumber: Malaysia Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019 - 2023

17 peratus sahaja rakyat Malaysia mempunyai perlindungan insurans hayat dan takaful keluarga. Selebihnya tidak mempunyai perlindungan insurans. Dari segi kesediaan untuk meneruskan kehidupan, 52 peratus rakyat Malaysia sukar untuk mengumpul wang RM10,000 untuk dijadikan dana kecemasan. Malahan, hanya 24 peratus mampu mengekalkan perbelanjaan hidup untuk tempoh tiga bulan atau lebih sekiranya mereka hilang punca pendapatan utama. Hanya 10 peratus dapat bertahan untuk tempoh melebihi enam bulan.

RENCANA 11

yang kukuh. Lebih-lebih lagi dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu dan cabaran kewangan yang semakin kompleks. Ia mampu menjadikan anggota koperasi yang lebih menghargai keperluan menyimpan, menjadi asas pengumpulan kekayaan, persediaan menghadapi ketidaktentuan kewangan, jaminan keselesaan selepas persaraan serta melindungi diri daripada amalan pasaran yang tidak adil atau sebarang bentuk penipuan kewangan yang semakin berleluasa kini. Selain itu, kewujudan

kewangan adalah ciri hidup yang sangat diperlukan untuk mencapai dan mengekalkan kualiti kehidupan yang baik. Mereka yang celik kewangan dapat membuat keputusan kewangan secara bijak pada setiap peringkat kehidupan ke arah peningkatan taraf hidup masing- masing. Keupayaan kewangan membolehkan anggota koperasi berinteraksi secara bertanggungjawab dengan penyedia perkhidmatan kewangan. Justeru, meningkatkan literasi kewangan menjadi tanggungjawab setiap anggota koperasi. Adalah amat penting memastikan koperator muda memahami dan berupaya mengaplikasikan asas pengetahuan kewangan, kemahiran dan nilai yang dipelajari apabila membuat keputusan tentang kewangan. Melalui kesinambungan ini akan melahirkan masyarakat yang celik kewangan. Usaha ini juga mampu meningkatkan tahap keyakinan pengetahuan dan kemahiran kewangan rakyat Malaysia yang dilaporkan rendah.

Sumber: Malaysia Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019 - 2023

Rujukan

produk dan perkhidmatan kewangan yang semakin canggih dan boleh diakses melalui saluran digital telah menjadikan literasi kewangan semakin penting. Ia penting untuk anggota koperasi memahami produk dan perkhidmatan serta saluran yang digunakan untuk membuat keputusan kewangan yang tepat. Keupayaan membuat keputusan kewangan dengan bijak bukan hanya penting ketika membuat pinjaman atau pembelian produk kewangan tetapi turut diperlukan ketika membeli insurans, membuat pelaburan dan menguruskan pendapatan bagi memastikan hidup tidak dibelenggu tekanan kewangan. Keyakinan dan keupayaan untuk menguruskan

Hasil kaji selidik Financial Behaviour and State of Financial Well-Being of Malaysian Working Adults 2018 (AFBES’18) oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Assessment of Capital Markets through Malaysians Investors’ Perspective 2018 (ACM 2018) oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mendapati bahawa pendidikan kewangan memainkan peranan yang penting dalam memperbaiki tabiat masyarakat dalam hal kewangan. Literasi dan kemahiran kewangan antara faktor yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lestari dan mewujudkan anggota koperasi dan masyarakat yang mempunyai daya tahan kewangan

1. Laporan Ekonomi Malaysia 2019, Kementerian Kewangan Malaysia

2. Laporan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit 2019.

3. Malaysia Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019- 2023.

4. The Organization for Economic Co-operation and Development (OECD)

12 KOPERASI P englibatan dalam perniagaan berimpak tinggi berasaskan lapan Sektor Bidang Keberhasilan Utama Koperasi menjadi nadi kecemerlangan Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak Berhad (KPRFSPB). Bukan hanya tertumpu dalam Sektor Pertanian & Industri Asas Tani dan Sektor Perladangan, KPRFSPB juga turut aktif dalam sektor hartanah dan industri binaan. Projek teknikal dan hartanah yang dikendalikan oleh koperasi tersebut telah berjaya menyumbang sebanyak RM4.8 juta atau 26.2 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatannya pada tahun 2019. Pengerusi KPRFSPB, Haji Zol Kepli Samuri berkata, beliau serta barisan Lembaga dan Pengurusan telah meletakkan sasaran nilai urusniaga tahunan sehingga RM70 juta dalam tempoh antara lima hingga 10 tahun. Sasaran tersebut katanya mampu dicapai dengan cara mengukuhkan perniagaan sedia ada selain menjalankan projek-projek berimpak tinggi. Antara projek berimpak tinggi yang dijalankan adalah seperti projek pembinaan tali air di estet padi milik FELCRA seluas 3,500 hektar bernilai RM16.55 juta, membangunkan Kompleks Dewan Kuliah di Kampus Induk, Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang bernilai RM13.2 juta, projek perumahan yang merangkumi rumah teres, berkembar dan banglo di tanah seluas 20.2 hektar di Ulu Dedap. Koperasi juga sedang dalam perancangan untuk membina sebuah homestay di tapak lama ibu pejabat KPRFSPB. Selain itu, koperasi ini juga bercadang untuk memperbaharui lesen pembelian padi bagi meneruskan projek pemasaran padinya supaya satu bentuk perniagaan padi yang lebih ekonomik dapat dihasilkan. Haji Zol Kepli turut menzahirkan kebanggaannya terhadap KPRFSPB yang bukan sahaja dapat memberi manfaat dan kesejahteraan kepada anggota, malah mampu membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Kerja mengangkut Buah Tandan Segar (BTS) dari ladang ke kilang pemprosesan dan kerja- kerja sawah dikawal selia oleh pekerja yang kebanyakannya merupakan anak jati kawasan tersebut. Dalam sebulan, koperasi mengangkut sehingga 15 ribu tan BTS yang melibatkan tujuh ribu hektar tanah sawit dan melaksanakan kerja- kerja sawah seperti membajak, menuai dan mengangkut padi yang melibatkan tiga ribu hektar tanah padi di Seberang Perak. Sebagai rekod, KPRFSPB juga memiliki ladang sawit di Tapah dan Tanjung Tualang yang masing-masing berkeluasan 101 hektar dan 20.2 hektkar. ‘Coop Business Centre’ yang menempatkan ibu pejabat koperasi juga berperanan sebagai pusat komuniti untuk masyarakat setempat. Selain mempunyai Coop Mart, Coop Café, Coop Hardware & Input Pertanian, pusat tersebut juga turut menyediakan kemudahan stesen minyak, penjualan gas masak dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM). Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak Berhad (KPRFSPB) Lot 04217, Coop Business Centre, Lebuh Paduka, FELCRA Bandar Seberang Perak, 36800 Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan. Tel. : 05 – 6558101 E-mel: admin@coopseberangperak.com.my Laman Web: www.coopseberangperak.com.my Facebook: @coopseberangperak

4 K o p p e r a R A K

Projek Berimpak Tinggi Nadi Kecemerlangan Koperasi

Oleh : NADIAH KAMARUDIN

» Ibu pejabat koperasi yang siap dibina pada hujung tahun 2011 dan mula diduduki pada tahun 2012.

» Encik Abd Razak Masturi yang sudah hampir 27 tahun bekerja bersama KPRFSPB bersedia membawa BTS ke kilang pemprosesan.

» Pengerusi KPRFSPB, Haji Zol Kepli Samuri memegang replika cek, sijil dan trofi Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Perak yang diterima pada Hari Koperasi Malaysia.

» Pekerja koperasi menjalankan kerja persediaan penanaman padi.

» Coop Business Centre yang dibangunkan oleh KPRFSPB menempatkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti Coop Mart, Coop Café dan stesen minyak Shell.

» KPRFSPB terlibat dalam pembinaan perumahan untuk kakitangan FELCRA Bandar Seberang Perak.

» Mahkamah Baru Tapah merupakan antara projek teknikal yang telah dilaksanakan oleh KPRFSPB.

» KPRFSPB mengeluarkan produk air mineral jenama ‘Al-Safiy’ secara pengeluar peralatan asli (OEM).

ANGKASA 13 ANGKASA Sahut Pelaksanaan Peruntukan Liabiliti Korporat A NGKASA menyahut seruan kerajaan dalam pelaksanaan peruntukan liabiliti korporat yang telah dikuatkuasakan mulai 1 Jun 2020 lalu membabitkan organisasi komersial Oleh : RAHMAT MOHD DID

termasuk koperasi. Liabiliti korporat itu terletak di bawah peruntukan Akta SPRM 2009 Seksyen 17A yang antara lainnya adalah bagi mengukuhkan lagi integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam urusan operasi ANGKASA dan subsidiarinya. Peruntukan baharu tersebut akan mendorong organisasi komersial untuk mengambil langkah yang wajar dan selari bagi memastikan perniagaan dijalankan dengan integriti tanpa rasuah. Sesi Penerangan Liabiliti Korporat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berlangsung di Auditorium ANGKASA pada 22 September 2020 dan turut dihadiri Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Kamarudin Ismail; Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA dan pengurusan kanan ANGKASA. Pada majlis sama, Penolong Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Encik Hamzah Ibrahim telah membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Liabiliti Korporat Dalam Organisasi dan Kesannya’ serta menjayakan sesi soal jawab dengan peserta.

» Penolong Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Encik Hamzah Ibrahim membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Liabiliti Korporat Dalam Organisasi dan Kesannya’.

14 KOPERASI

4 K o p p e r a A N

Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Pahang Berhad (KPKP)

Sedia Program Mentor Menti Ar-Rahnu Oleh: NOR AZAH ABD AZIZ

» Pengerusi KPKP, Encik Ahmad Sharifuddin Haji Salleh.

Pengerusi KPKP, Encik Ahmad Sharifuddin Haji Saleh ketika ditemu bual PELANCAR berkata, kejayaan KPKP banyak dipengaruhi hasil pemerhatian dan perancangan yang rapi sebelum mewujudkan perniagaan baharu selain memperbaiki perkhidmatan yang ada agar menjadi lebih baik. Menurut beliau, perniagaan Ar-Rahnu ternyata lebih menonjol sebagai penyumbang utama kepada keuntungan koperasi selepas aktiviti pembiayaan yang menjadi aktiviti utama KPKP (menyumbang sekitar 70 peratus keuntungan pada KPKP). KPKP yang mempunyai anggota lebih lapan ribu orang kini sedang aktif mendidik tiga koperasi lain sebagai mentee hasil jalinan kerjasama antara koperasi. Kerjasama dalam ‘Program Mentor Menti’ bermula apabila mendapat permintaan daripada beberapa buah koperasi bagi melaksanakan Pilot Project dalam perniagaan Ar-Rahnu. KPKP juga turut menerima jemputan untuk membentangkan kertas kerja perkhidmatan Mentor Menti Ar-Rahnu yang diiktiraf SKM dan mendapat pengkelasan Patuh Syariah daripada Bank Islam (M) Berhad, sebagai rujukan kepada koperasi yang ingin menubuhkan perniagaan Ar-Rahnu. Kini, KPKP mempunyai tiga cawangan Ar-Rahnu iaitu di sekitar Kuantan (dua buah) dan sebuah lagi di Jerantut, Pahang. “Perancangan perlulah rapi, pemilihan lokasi dan pasaran mestilah strategik, perlu melihat kepada kepadatan penduduk, potensi pelanggan, pesaing T ahniah kepada Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Pahang Berhad (KPKP) yang menerima Anugerah Koperasi Terbaik bagi negeri Pahang sempena Sambutan Hari Koperasi Malaysia 2020 anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

» Hotel milik KPKP di bandar Kuantan.

perniagaan dan penyediaan sumber manusia yang terlatih serta sumber kewangan yang kukuh. “Menjaga kebajikan kakitangan juga merupakan resipi dalam memastikan warga KPKP setia, bekerja dengan penuh amanah selain membantu perkembangan kerjaya mereka,” katanya. KPKP juga sentiasa

terbuka dalam menjalin kerjasama dengan mana- mana koperasi, selagi KPKP mampu dan bersedia, tanpa menjejaskan kepentingan KPKP mahupun koperasi tersebut. Selain perniagaan Ar-Rahnu, KPKP turut mempunyai bangunan hotel miliknya di Bandar Kuantan (Hotel Espikay) yang dibuka sekitar tahun 2015 selain menyewakan tanah untuk tanaman kelapa sawit. KPKP juga mempunyai lapan lot bangunan kedai yang disewakan di sekitar bandar Kuantan, Jerantut dan Temerloh. Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad (KPKP) Tingkat 1, Wisma KPKP, Jalan Gambut 2, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Tel. : 09-517 8589

» Perniagaan Ar-Rahnu KPKP di bangunan Wisma KPKP.

» Kedai makan milik KPKP terletak di Wisma KPKP.

15

Promosi Produk Pilihan Koperasi Oleh: BAHAGIAN KEPIMPINAN MODAL INSAN & PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN “Rangup Di Luar Lembut Di Dalam” Muruku Ikan -

P roduk Fish Crisp keluaran Koperasi Industri Asas Tani Berhad (COOPIAT) dihasilkan daripada isi ikan segar dengan formula daripada bahan semulajadi, tanpa bahan pengawet. Keropok Lekor Rangup bertemakan “Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam” itu mudah dibawa berjalan kerana ia ringan, kecil dan boleh terus dimakan begitu sahaja. Bagi memenuhi permintaan pasaran yang tinggi, sebanyak 500 kilogram keropok diproses dalam sehari di kilang sendiri yang terletak di Pontian, Johor. Keropok ini juga diproses mengikut prosedur halal yang ditetapkan oleh JAKIM dan sijil halal juga telah diperoleh sejak tahun 2010.

Kawasan edaran produk meliputi kawasan sekitar daerah Pontian, Johor Bahru, Kukup, Simpang Renggam, Batu Pahat, Air Itam, Pasir Gudang dan Singapura. COOPIAT berwawasan untuk menjadi pakar pengeluar produk berasaskan perikanan sehingga menembusi pasaran di peringkat global, selain bermatlamat untuk meningkatkan kualiti produk bagi memenuhi cita rasa pelanggan dan meningkatkan pemasaran dalam dan luar negara. Koperasi Industri Asas Tani Berhad No. 161, Kampung Serkat 82300 Pontian, Johor Darul Takzim. Tel. : 017 714 3307 E-mel : piallekorchips@gmail.com Hubungi : Nurfarhan Md Ghazali

Produk Roti Guna Teknologi Tinggi

P ada tahun 2010, roti paratha (roti canai) dihasilkan dengan mesin berteknologi tinggi yang mampu mengeluarkan 3,000 keping dalam masa satu jam. Kini, rangkaian produk roti paratha perasa asli telah bertambah kepada roti paratha perasa durian, roti paratha bawang putih dan pada masa akan datang roti paratha bawang merah. Produk tersebut boleh didapati di seluruh pasar raya Tesco, Giant, Mydin, Lulu Hypermarket, selain turut menembusi pasaran luar negara seperti Arab Saudi, Brunei, Singapura dan China.

Koperasi Fasto Global Berhad No. 35, Jalan 31/10A, Taman Perindustrian IKS,

Kawasan Miel, Mukim Batu Fasa 4, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur. E-mel : Koopfastoglobal@gmail.com Tel. : 03-6187 3961 Hubungi : Fatihah Anis Ibrahim

Page 1 Page 2 Page 3 Page 4 Page 5 Page 6 Page 7 Page 8 Page 9 Page 10 Page 11 Page 12 Page 13 Page 14 Page 15 Page 16

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease