WADAH PELANCAR NOVEMBER 2020

10 RENCANA

Kepentingan Literasi Kewangan Kepada Anggota Koperasi

Oleh : SAFINAH SAUPI

Kesannya, ramai dalam kalangan mereka bergelut dalam menguruskan kewangan sehingga memberi impak berhadapan isu kewangan di luar jangkaan. Ada di antaranya dibuang kerja, menghadapi penyakit berpanjangan atau terpaksa menanggung bil yang besar. Ditambah lagi produk kewangan dan pelaburan kini semakin kompleks dan pelbagai, individu perlu menanggung risiko dan mengambil tanggungjawab yang lebih besar terhadap sebarang keputusan kewangan yang dibuat. Masalah ini bukan sahaja dihadapi oleh masyarakat Malaysia secara keseluruhannya, tetapi juga oleh enam juta anggota koperasi yang merupakan sebahagian penduduk negara ini. Lebih-lebih lagi dalam persekitaran pasca Covid-19 ini. Permasalahan ini timbul disebabkan tahap literasi kewangan yang rendah. Fakta ini disokong oleh beberapa situasi membimbangkan berkaitan kewangan yang sedang melanda masyarakat negara ini, seperti dilaporkan Jaringan Pendidikan Kewangan (FENetwork) yang membuktikan perlunya melahirkan pengguna kewangan yang bijak. Antaranya, mereka terpaksa meminjam untuk meneruskan kelangsungan hidup. Dilaporkan tiga daripada 10 individu dewasa yang bekerja membuat pinjaman untuk membeli barang asas yang diperlukan bagi kelangsungan hidup. Pada masa kini, hutang isi rumah di Malaysia adalah tertinggi pada kadar 82.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ia lebih tinggi daripada negara-negara yang mempunyai pendapatan perkapita yang tinggi seperti Itali (40.3 peratus), Jepun (58.1 peratus) dan Amerika Syarikat (76.3 peratus). Peminjam khususnya di bandar yang berpendapatan kurang daripada RM5,000 sebulan, didapati sudah mula menunjukkan tanda- tanda kesukaran membayar balik hutang. Ini berdasarkan peningkatan bilangan peminjam yang menyertai Program Pengurusan Hutang yang ditawarkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Sehingga akhir Julai 2019, seramai 460,031 individu menghadiri perkhidmatan kaunseling AKPK. Daripada jumlah itu, 156,892 individu berdaftar dengan Program Pengurusan Kredit. Seramai 10,704 peserta berjaya menamatkan Program Pengurusan Kredit. Menurut laporan AKPK yang dimuatkan dalam Laporan Ekonomi 2019, punca menyumbang kepada ketidakmampuan membayar balik hutang adalah perancangan kewangan yang lemah, kekurangan pengetahuan dan kelemahan disiplin dalam pengurusan kewangan. Masalah kewangan juga boleh berpunca daripada perkara tidak dijangka atau perubahan dalam hidup seperti masalah kesihatan, kematian pencari nafkah, kehilangan pekerjaan dan kegagalan dalam perniagaan. Selain itu, dari segi simpanan atau tabiat menabung, satu daripada lima golongan dewasa yang bekerja tidak mempunyai simpanan untuk tempoh enam bulan. Sebanyak 85 peratus rakyat Malaysia menyimpan secara tetap, namun menggunakan dalam tempoh terdekat contohnya mengeluarkan simpanan pada hujung bulan bagi menampung perbelanjaan harian. Ini menunjukkan mereka tidak berdisiplin dalam mengurus kewangan. Antara kerisauan lain adalah 92 peratus rakyat negara ini hanya tahu mendeposit wang bagi tujuan simpanan, namun tidak mengambil tahu mengenai produk pelaburan. Tambah merisaukan lagi, hanya K ajian dijalankan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development dan Bank Negara Malaysia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia mempunyai pengetahuan kewangan yang rendah serta lebih cenderung untuk mengurus keperluan semasa tanpa berpandangan jauh dalam mengurus kewangan peribadi.

Punca Hutang Tidak Berbayar

Lain 3.1%

Taraf Hidup 9.6%

Kehilangan pekerjaan/ diberhentikan kerja/ kematian pencari nafkah 9.8%

Kurang perancangan kewangan 50.8%

Perbelanjaan perubatan 11.5%

Kegagalan/ aktiviti perniagaan yang perlahan 15.2%

Sumber: Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit

Sumber: Malaysia Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019 - 2023

17 peratus sahaja rakyat Malaysia mempunyai perlindungan insurans hayat dan takaful keluarga. Selebihnya tidak mempunyai perlindungan insurans. Dari segi kesediaan untuk meneruskan kehidupan, 52 peratus rakyat Malaysia sukar untuk mengumpul wang RM10,000 untuk dijadikan dana kecemasan. Malahan, hanya 24 peratus mampu mengekalkan perbelanjaan hidup untuk tempoh tiga bulan atau lebih sekiranya mereka hilang punca pendapatan utama. Hanya 10 peratus dapat bertahan untuk tempoh melebihi enam bulan.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease