RENCANA 11
yang kukuh. Lebih-lebih lagi dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu dan cabaran kewangan yang semakin kompleks. Ia mampu menjadikan anggota koperasi yang lebih menghargai keperluan menyimpan, menjadi asas pengumpulan kekayaan, persediaan menghadapi ketidaktentuan kewangan, jaminan keselesaan selepas persaraan serta melindungi diri daripada amalan pasaran yang tidak adil atau sebarang bentuk penipuan kewangan yang semakin berleluasa kini. Selain itu, kewujudan
kewangan adalah ciri hidup yang sangat diperlukan untuk mencapai dan mengekalkan kualiti kehidupan yang baik. Mereka yang celik kewangan dapat membuat keputusan kewangan secara bijak pada setiap peringkat kehidupan ke arah peningkatan taraf hidup masing- masing. Keupayaan kewangan membolehkan anggota koperasi berinteraksi secara bertanggungjawab dengan penyedia perkhidmatan kewangan. Justeru, meningkatkan literasi kewangan menjadi tanggungjawab setiap anggota koperasi. Adalah amat penting memastikan koperator muda memahami dan berupaya mengaplikasikan asas pengetahuan kewangan, kemahiran dan nilai yang dipelajari apabila membuat keputusan tentang kewangan. Melalui kesinambungan ini akan melahirkan masyarakat yang celik kewangan. Usaha ini juga mampu meningkatkan tahap keyakinan pengetahuan dan kemahiran kewangan rakyat Malaysia yang dilaporkan rendah.
Sumber: Malaysia Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019 - 2023
Rujukan
produk dan perkhidmatan kewangan yang semakin canggih dan boleh diakses melalui saluran digital telah menjadikan literasi kewangan semakin penting. Ia penting untuk anggota koperasi memahami produk dan perkhidmatan serta saluran yang digunakan untuk membuat keputusan kewangan yang tepat. Keupayaan membuat keputusan kewangan dengan bijak bukan hanya penting ketika membuat pinjaman atau pembelian produk kewangan tetapi turut diperlukan ketika membeli insurans, membuat pelaburan dan menguruskan pendapatan bagi memastikan hidup tidak dibelenggu tekanan kewangan. Keyakinan dan keupayaan untuk menguruskan
Hasil kaji selidik Financial Behaviour and State of Financial Well-Being of Malaysian Working Adults 2018 (AFBES’18) oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan Assessment of Capital Markets through Malaysians Investors’ Perspective 2018 (ACM 2018) oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mendapati bahawa pendidikan kewangan memainkan peranan yang penting dalam memperbaiki tabiat masyarakat dalam hal kewangan. Literasi dan kemahiran kewangan antara faktor yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lestari dan mewujudkan anggota koperasi dan masyarakat yang mempunyai daya tahan kewangan
1. Laporan Ekonomi Malaysia 2019, Kementerian Kewangan Malaysia
2. Laporan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit 2019.
3. Malaysia Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019- 2023.
4. The Organization for Economic Co-operation and Development (OECD)
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease