12 KOPERASI P englibatan dalam perniagaan berimpak tinggi berasaskan lapan Sektor Bidang Keberhasilan Utama Koperasi menjadi nadi kecemerlangan Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak Berhad (KPRFSPB). Bukan hanya tertumpu dalam Sektor Pertanian & Industri Asas Tani dan Sektor Perladangan, KPRFSPB juga turut aktif dalam sektor hartanah dan industri binaan. Projek teknikal dan hartanah yang dikendalikan oleh koperasi tersebut telah berjaya menyumbang sebanyak RM4.8 juta atau 26.2 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatannya pada tahun 2019. Pengerusi KPRFSPB, Haji Zol Kepli Samuri berkata, beliau serta barisan Lembaga dan Pengurusan telah meletakkan sasaran nilai urusniaga tahunan sehingga RM70 juta dalam tempoh antara lima hingga 10 tahun. Sasaran tersebut katanya mampu dicapai dengan cara mengukuhkan perniagaan sedia ada selain menjalankan projek-projek berimpak tinggi. Antara projek berimpak tinggi yang dijalankan adalah seperti projek pembinaan tali air di estet padi milik FELCRA seluas 3,500 hektar bernilai RM16.55 juta, membangunkan Kompleks Dewan Kuliah di Kampus Induk, Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang bernilai RM13.2 juta, projek perumahan yang merangkumi rumah teres, berkembar dan banglo di tanah seluas 20.2 hektar di Ulu Dedap. Koperasi juga sedang dalam perancangan untuk membina sebuah homestay di tapak lama ibu pejabat KPRFSPB. Selain itu, koperasi ini juga bercadang untuk memperbaharui lesen pembelian padi bagi meneruskan projek pemasaran padinya supaya satu bentuk perniagaan padi yang lebih ekonomik dapat dihasilkan. Haji Zol Kepli turut menzahirkan kebanggaannya terhadap KPRFSPB yang bukan sahaja dapat memberi manfaat dan kesejahteraan kepada anggota, malah mampu membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Kerja mengangkut Buah Tandan Segar (BTS) dari ladang ke kilang pemprosesan dan kerja- kerja sawah dikawal selia oleh pekerja yang kebanyakannya merupakan anak jati kawasan tersebut. Dalam sebulan, koperasi mengangkut sehingga 15 ribu tan BTS yang melibatkan tujuh ribu hektar tanah sawit dan melaksanakan kerja- kerja sawah seperti membajak, menuai dan mengangkut padi yang melibatkan tiga ribu hektar tanah padi di Seberang Perak. Sebagai rekod, KPRFSPB juga memiliki ladang sawit di Tapah dan Tanjung Tualang yang masing-masing berkeluasan 101 hektar dan 20.2 hektkar. ‘Coop Business Centre’ yang menempatkan ibu pejabat koperasi juga berperanan sebagai pusat komuniti untuk masyarakat setempat. Selain mempunyai Coop Mart, Coop Café, Coop Hardware & Input Pertanian, pusat tersebut juga turut menyediakan kemudahan stesen minyak, penjualan gas masak dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM). Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak Berhad (KPRFSPB) Lot 04217, Coop Business Centre, Lebuh Paduka, FELCRA Bandar Seberang Perak, 36800 Kampung Gajah, Perak Darul Ridzuan. Tel. : 05 – 6558101 E-mel: admin@coopseberangperak.com.my Laman Web: www.coopseberangperak.com.my Facebook: @coopseberangperak
4 K o p p e r a R A K
Projek Berimpak Tinggi Nadi Kecemerlangan Koperasi
Oleh : NADIAH KAMARUDIN
» Ibu pejabat koperasi yang siap dibina pada hujung tahun 2011 dan mula diduduki pada tahun 2012.
» Encik Abd Razak Masturi yang sudah hampir 27 tahun bekerja bersama KPRFSPB bersedia membawa BTS ke kilang pemprosesan.
» Pengerusi KPRFSPB, Haji Zol Kepli Samuri memegang replika cek, sijil dan trofi Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Perak yang diterima pada Hari Koperasi Malaysia.
» Pekerja koperasi menjalankan kerja persediaan penanaman padi.
» Coop Business Centre yang dibangunkan oleh KPRFSPB menempatkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti Coop Mart, Coop Café dan stesen minyak Shell.
» KPRFSPB terlibat dalam pembinaan perumahan untuk kakitangan FELCRA Bandar Seberang Perak.
» Mahkamah Baru Tapah merupakan antara projek teknikal yang telah dilaksanakan oleh KPRFSPB.
» KPRFSPB mengeluarkan produk air mineral jenama ‘Al-Safiy’ secara pengeluar peralatan asli (OEM).
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease