WADAH PELANCAR NOVEMBER 2020

ANGKASA 13 ANGKASA Sahut Pelaksanaan Peruntukan Liabiliti Korporat A NGKASA menyahut seruan kerajaan dalam pelaksanaan peruntukan liabiliti korporat yang telah dikuatkuasakan mulai 1 Jun 2020 lalu membabitkan organisasi komersial Oleh : RAHMAT MOHD DID

termasuk koperasi. Liabiliti korporat itu terletak di bawah peruntukan Akta SPRM 2009 Seksyen 17A yang antara lainnya adalah bagi mengukuhkan lagi integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam urusan operasi ANGKASA dan subsidiarinya. Peruntukan baharu tersebut akan mendorong organisasi komersial untuk mengambil langkah yang wajar dan selari bagi memastikan perniagaan dijalankan dengan integriti tanpa rasuah. Sesi Penerangan Liabiliti Korporat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah berlangsung di Auditorium ANGKASA pada 22 September 2020 dan turut dihadiri Presiden ANGKASA, Dato’ Abdul Fattah Abdullah; Timbalan Presiden ANGKASA, Dato’ Kamarudin Ismail; Naib-Naib Presiden ANGKASA iaitu Datuk Haji Mohamad Ali Hasan, Dr. Mohd Azlan Yahya dan Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, barisan Ahli Jawatankuasa Tadbir Kebangsaan ANGKASA dan pengurusan kanan ANGKASA. Pada majlis sama, Penolong Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Encik Hamzah Ibrahim telah membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Liabiliti Korporat Dalam Organisasi dan Kesannya’ serta menjayakan sesi soal jawab dengan peserta.

» Penolong Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Encik Hamzah Ibrahim membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Liabiliti Korporat Dalam Organisasi dan Kesannya’.

Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease