14 KOPERASI
4 K o p p e r a A N
Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Pahang Berhad (KPKP)
Sedia Program Mentor Menti Ar-Rahnu Oleh: NOR AZAH ABD AZIZ
» Pengerusi KPKP, Encik Ahmad Sharifuddin Haji Salleh.
Pengerusi KPKP, Encik Ahmad Sharifuddin Haji Saleh ketika ditemu bual PELANCAR berkata, kejayaan KPKP banyak dipengaruhi hasil pemerhatian dan perancangan yang rapi sebelum mewujudkan perniagaan baharu selain memperbaiki perkhidmatan yang ada agar menjadi lebih baik. Menurut beliau, perniagaan Ar-Rahnu ternyata lebih menonjol sebagai penyumbang utama kepada keuntungan koperasi selepas aktiviti pembiayaan yang menjadi aktiviti utama KPKP (menyumbang sekitar 70 peratus keuntungan pada KPKP). KPKP yang mempunyai anggota lebih lapan ribu orang kini sedang aktif mendidik tiga koperasi lain sebagai mentee hasil jalinan kerjasama antara koperasi. Kerjasama dalam ‘Program Mentor Menti’ bermula apabila mendapat permintaan daripada beberapa buah koperasi bagi melaksanakan Pilot Project dalam perniagaan Ar-Rahnu. KPKP juga turut menerima jemputan untuk membentangkan kertas kerja perkhidmatan Mentor Menti Ar-Rahnu yang diiktiraf SKM dan mendapat pengkelasan Patuh Syariah daripada Bank Islam (M) Berhad, sebagai rujukan kepada koperasi yang ingin menubuhkan perniagaan Ar-Rahnu. Kini, KPKP mempunyai tiga cawangan Ar-Rahnu iaitu di sekitar Kuantan (dua buah) dan sebuah lagi di Jerantut, Pahang. “Perancangan perlulah rapi, pemilihan lokasi dan pasaran mestilah strategik, perlu melihat kepada kepadatan penduduk, potensi pelanggan, pesaing T ahniah kepada Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Pahang Berhad (KPKP) yang menerima Anugerah Koperasi Terbaik bagi negeri Pahang sempena Sambutan Hari Koperasi Malaysia 2020 anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
» Hotel milik KPKP di bandar Kuantan.
perniagaan dan penyediaan sumber manusia yang terlatih serta sumber kewangan yang kukuh. “Menjaga kebajikan kakitangan juga merupakan resipi dalam memastikan warga KPKP setia, bekerja dengan penuh amanah selain membantu perkembangan kerjaya mereka,” katanya. KPKP juga sentiasa
terbuka dalam menjalin kerjasama dengan mana- mana koperasi, selagi KPKP mampu dan bersedia, tanpa menjejaskan kepentingan KPKP mahupun koperasi tersebut. Selain perniagaan Ar-Rahnu, KPKP turut mempunyai bangunan hotel miliknya di Bandar Kuantan (Hotel Espikay) yang dibuka sekitar tahun 2015 selain menyewakan tanah untuk tanaman kelapa sawit. KPKP juga mempunyai lapan lot bangunan kedai yang disewakan di sekitar bandar Kuantan, Jerantut dan Temerloh. Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur Berhad (KPKP) Tingkat 1, Wisma KPKP, Jalan Gambut 2, 25000 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Tel. : 09-517 8589
» Perniagaan Ar-Rahnu KPKP di bangunan Wisma KPKP.
» Kedai makan milik KPKP terletak di Wisma KPKP.
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease