15
Promosi Produk Pilihan Koperasi Oleh: BAHAGIAN KEPIMPINAN MODAL INSAN & PEMBANGUNAN KEUSAHAWANAN “Rangup Di Luar Lembut Di Dalam” Muruku Ikan -
P roduk Fish Crisp keluaran Koperasi Industri Asas Tani Berhad (COOPIAT) dihasilkan daripada isi ikan segar dengan formula daripada bahan semulajadi, tanpa bahan pengawet. Keropok Lekor Rangup bertemakan “Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam” itu mudah dibawa berjalan kerana ia ringan, kecil dan boleh terus dimakan begitu sahaja. Bagi memenuhi permintaan pasaran yang tinggi, sebanyak 500 kilogram keropok diproses dalam sehari di kilang sendiri yang terletak di Pontian, Johor. Keropok ini juga diproses mengikut prosedur halal yang ditetapkan oleh JAKIM dan sijil halal juga telah diperoleh sejak tahun 2010.
Kawasan edaran produk meliputi kawasan sekitar daerah Pontian, Johor Bahru, Kukup, Simpang Renggam, Batu Pahat, Air Itam, Pasir Gudang dan Singapura. COOPIAT berwawasan untuk menjadi pakar pengeluar produk berasaskan perikanan sehingga menembusi pasaran di peringkat global, selain bermatlamat untuk meningkatkan kualiti produk bagi memenuhi cita rasa pelanggan dan meningkatkan pemasaran dalam dan luar negara. Koperasi Industri Asas Tani Berhad No. 161, Kampung Serkat 82300 Pontian, Johor Darul Takzim. Tel. : 017 714 3307 E-mel : piallekorchips@gmail.com Hubungi : Nurfarhan Md Ghazali
Produk Roti Guna Teknologi Tinggi
P ada tahun 2010, roti paratha (roti canai) dihasilkan dengan mesin berteknologi tinggi yang mampu mengeluarkan 3,000 keping dalam masa satu jam. Kini, rangkaian produk roti paratha perasa asli telah bertambah kepada roti paratha perasa durian, roti paratha bawang putih dan pada masa akan datang roti paratha bawang merah. Produk tersebut boleh didapati di seluruh pasar raya Tesco, Giant, Mydin, Lulu Hypermarket, selain turut menembusi pasaran luar negara seperti Arab Saudi, Brunei, Singapura dan China.
Koperasi Fasto Global Berhad No. 35, Jalan 31/10A, Taman Perindustrian IKS,
Kawasan Miel, Mukim Batu Fasa 4, 68100 Batu Caves, Kuala Lumpur. E-mel : Koopfastoglobal@gmail.com Tel. : 03-6187 3961 Hubungi : Fatihah Anis Ibrahim
Made with FlippingBook. PDF to flipbook with ease